Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Sabtu, 13 Ogos 2011

SAYAP BERDARAH ( BLOOD WINGS )


Gelaran kepada sayap penerjun yang dipakai oleh setiap ahli payung terjun 10 Para. Gelaran ini diberi sempena memperingati pengorbanan pegawai dan anggotanya sepanjang penubuhan pasukan ini. Sayap ini juga diguna pakai oleh anggota 69 KomandoPGK PDRM.

Nak tengok cara atau istiadat pemakaiannya yang ISTIMEWA???
Tengok video ni :





Caranya dengan US atau mana-mana airbond negara luar lebih kurang sama. Mereka lebis meriah menyebutnya BLOOD WINGS!!!
Tengok video ni untuk melihat kesan pemasangan sayap tersebut!!!



Mana-mana yang ingin menyertai pasukan ini dikehendaki lulus dalam ujian fizikal atau dikenali sebagai Latihan Semangat Waja sebelum layak memakai beret Pegasus dan Sayap Berdarah.
Latihan Semangat Waja ini terdiri daripada:
Senaman perang
Larian hutan berpaya
Mara lasak sejauh 12 kilometer
Pelaksanaan serbuan khas
Latihan 5 kilometer bagi membolos dan mengelakkan diri
Latihan abseilling
Latihan rapelling
Junam selesa
Jalan laju 22 kilometer
Mendaki Gunung Ledang
Ikhtiar hidup
Pandu arah 33 kilometer
Berjalan lasak 65 kilometer
Mendayung perahu tempur sejauh 32 kilometer
Berlari sejauh 7 kilometer
Merentas desa
Larian balak
32 kilometer bagi larian berpasukan
Larian 42 kilometer
Kawad tempur seksyen dan platun
Kemahiran mengendalikan senjata
Latihan ini untuk ujian mental dan fizikal yang melayakkan diri seseorang itu untuk menyertai pasukan ini.
Latihan khas pula meliputi:
Operasi pendaratan secara taktikal melalui udara (TALO)
Latihan payung terjun
Latihan tempur jarak dekat (CQC)
Latihan penerjun bebas (HALO/HAHO)
Kursus penembak tepat
Kepakaran menggunakan bahan letupan
Kebolehan menembak
Menembak pantas

Setelah berjaya menamatkan kursus, upacara pemakaian Beret Merun dan Sayap Berdarah kepada pegawai dan anggota akan disempurnakan oleh Panglima 10 Briged Para.

Amacam???
Ada berani???

1 ulasan:

Unknown berkata...

insyaAllah, tiada yg mustahil apabila kite berusaha..

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design