Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.
Memaparkan catatan dengan label Nasihat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nasihat. Papar semua catatan

Jumaat, 10 Mei 2013

BERSYUKUR DENGAN APA YANG KITA ADA

ALHAMDULILLAH

Ada tak ucap kalimah tu hari ni?
Itulah ucapan yang memanjangkan lesen pinjam semua benda milik Allah SWT.
Pinjam apa?
Mata, telinga, hidung, mulut, suara, tekak, anak tekak, kerongkong, otak, saraf otak, kulit, bulu roma, rambut, kening, bulu mata, gigi, rahang, tulang-temulang, otot-otot.... woooooooooooaaaaa... banyak benda yang kita pinjam. Tu baru kat tubuh.  Isteri, anak, ilmu, ... semua tu milik Allah.

Padah tak bersyukur?
Kalau Allah ambik balik... hilang, mati, tak boleh guna, krem, jem, buta....
Kalau banyak bersyukur, dapat nikmat guna lama...

Kalau dah bersyukur tapi Allah ambil balik jugak?
Tanda Allah beri perhatian kat kita, nak uji untuk naikkan tahap Iman.  Syaratnya sabar dan redha.

Teringat pulak nasyid lama ni... group al-Arqam. Moga jadi iktibar. :)

Apa yang ada jarang disyukuri 
Apa yang tiada sering dirisaukan 
Nikmat yang dikecap 
 Baru kan terasa bila hilang 
Apa yang diburu timbul rasa jemu 
Bila sudah di dalam genggaman 

 Dunia ibarat air laut 
Diminum hanya menambah haus 
Nafsu bagaikan fatamorgana di padang pasir 
 Panas yang membahang disangka air 
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang 
Dilihat ada ditangkap hilang 

 Tuhan leraikanlah dunia 
Yang mendiam di dalam hatiku 
Kerana di situ tidakku mampu 
Mengumpul dua cinta 
Hanya cinta-Mu kuharap tumbuh 
Dibajai bangkai dunia yang kubunuh 

 Lagu : The Zikr 
 Lirik : Pahrol Mohd Juoi 
Hakcipta : OVA Productions

APA GUNA ADA FB TWITER BLOG DLL KALAU...


Betul juga ... 
Bila fikir-fikirkan, bila kita mati kelak, ada ke orang yang kita sayang akan sedekah al-Fatehah untuk kita saban waktu, saban hari, 24 jam.  Bekal kita?  Cukup banyak ke sampai tak perlu kepada sedekah tu?

Bila kita mati, terputus semua amal. Nak akaun pahala berterusan kena ada anak soleh, isteri solehah dan amal jariah.

Blog umpamanya boleh jadi salah satu bank untuk akaun pahala yang tak putus. Contoh paling mudah, kita bubuh kat blog kita "DOA NAK MASUK TANDAS". Pastu ada orang yang langsung tak tau doa nak masuk tandas, dia search kat internet, lepas tu terjumpa kat blog kita.  Dia pun hafal dan amalkan.  Perh... pahala tak putus untuk kita... bila dia ajar nenek dia, pak long dia dan anak-anak buah dia, pastu semua amalkan, peeeeeeergh.... lagi berganda pahala. Nampak simple kan....

Tapi AWAS... (ACHTUNG!)... kalau kat blog kita ada gambo benda tak elok (boleh undang dosa.... contoh gambo kita tayang kepala lutut...) dia tetap jadi akaun dosa yang tak henti-henti selagi gambo tu tak di delete.  Bahaya geng.  Takkan nak jadi hantu, pastu menjelma kat adik kita mintak tolong deletekan.

Bila terkenang hal macam nilah, maka saya terpanggil nak update blog ni. Manalah tahu hayat yang ada ni dah tak lama.  Kurang-kurang ada juga kemungkinan nak jana pahala masa dah alam lain kelak.

Jadi, mari kita jadi pandai guna kemudahan yang ada untuk kita jadi kaya kat akhirat.  
Wassalam.


Selasa, 2 Oktober 2012

BISIKAN CAHAYA vs BISIKAN API


Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ... .
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini... awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... .
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat... ..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... . tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui ! Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali... .rugila. ... . (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ... .
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu... Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh? letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu..

 Kredit: "MANAR ISLAM"

Khamis, 26 Julai 2012

Konvoi Superbike Berhenti Solat Tepi Jalan


Apabila diri telah terbiasa dengan ibadah, di mana sahajapun, malah apa pun yang sedang dilakukan hatinya akan tetap dengan Allah. Mereka mencari kesabaran dalam beribadah, lalu Allah anugerahi kesabaran itu kepada mereka.  Sehinggakan mereka tidak ragu-ragu dan segan-segan untuk melaksanakannya.

Rakan-rakan pembaca, mohonlah pada Allah agar kita diberi keringanan tubuh untuk solat.  Sebaik mana pun kita di mata manusia, sebanyak mana pun kebaikan yang kita buat, semuanya Allah tolak tepi jika kita tidak menunaikan solat.

Maka... tunaikanlah solat.  Bersabarlah dalam melaksanakannya.

Sabtu, 21 Julai 2012

UBAT HATI

Tombo ati iku limo perkarane
Kaping pisan moco Qur’an lan maknane
Kaping pindo sholat wengi lakonono
Kaping telu wong kang sholeh kumpulono
Kaping papat kudu weteng ingkang luwe
Kaping limo dzikir wengi ingkang suwe
Salah sawijine sopo biso ngelakoni
Mugi-mugi Gusti Allah njembatani

Obat hati ada lima perkaranya
Yg pertama, baca Qur’an dan maknanya
Yang kedua, sholat malam dirikanlah
Yg ketiga, berkumpullah dng orang sholeh
Yg keempat, perbanyaklah berpuasa
Yg kelima, dzikir malam perpanjanglah
Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga-moga Gusti Allah mencukupi

DIARI SEORANG MUSLIM


Semoga Allah memberikan kita  kekuatan dalam menjalani hidup sebagai seorang Muslim.  Bukan hanya pada kad pengenalan, bahkan pada cara hidup keseluruhannya.

Khamis, 10 Mei 2012

KALAU CERMIN KERETA KENA BALING TELUR...


Jika anda sedang memandu dan tiba-tiba cermin depan anda dilempar telur oleh mereka yang "samdol", jangan pasang wiper atau pancut air . Teruskan memandu dengan apa yang mampu dilihat sehingga tiba ditempat selamat. 

Ini kerana jika telur ayam bercampur air ia akan menjadi seperti susu dan akan kaburkan sehingga 92.5% tahap penglihatan yang memungkinkan pelbagai perkara buruk boleh berlaku. Berkemungkinan anda akan mengalami kemalangan jalan raya, atau mungkin berhenti mengejut di kawasan tidak selamat seterusnya akan menjadi mangsa rompakan. Inilah teknik baru yg digunakan oleh perompak dijalanan. 

Pesanan dari Polis DiRaja Malaysia. (Sesiapa yang dah tak percaya dengan Polis dan asyik kutuk mereka, anda tidak dipaksa mengikuti pesanan ini... tunggu perompak tu yang bagi pesanan kat anda).

SOLAT SELAGI HIDUP!

Selasa, 8 Mei 2012

PENAWAR BAGI HATI


HATI manusia mengawal pergerakan jasadnya. Jika hati seseorang bersih, jasadnya juga turut melakukan kebaikan, sebaliknya hati yang kotor akan membawanya membuat perkara-perkara yang ditegah agama.

ANGRY BIRD KENA MARAH!

Kepada pembaca yang tengah marah sekarang, jangan marah!!!
Senyum okeh!
Sabo banyak-banyak!

Bersyukur dengan apa yang ada


Kalau sentiasa fikir hal diri, ada yang tak kena serba serbi.  Tak cukup itu dan ini. Wal hal apa yang dimiliki telahpun memadai.  Bila bujang, nak beristeri, dah beristeri nak tambah lagi.  Yang dara, nak bersuami, dah bersuami cari "boy" lain lagi.  

Sejenak cuba renungkan nikmat yang telah kita miliki.  Sebanyak nikmat itukah telah kita syukuri? Saranan Nabi, "Nikmat disyukuri, Allah tambahkan lagi.  Nikmat dikufuri, Allah tarik kembali!!!"


Jumaat, 20 April 2012

KITAKAH ANAK ITU?

KATA-KATA YANG MEMBUAT RAMAI SEBAK

» Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
» Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
» Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
» Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
» Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
» Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”.

Tetapi ....

» Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
» Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
» Bila kita menagis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
» Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
» Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
» Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.

Jadi, ingatlah pengorbanan ibu bapa kita, cintailah mereka lebih dari kita sendiri, kerana tanpa mereka, siapalah kita ♥

Islam mengajar agar anak-anak menghormati ibu bapa dan menghargai pengorbanan mereka. Perintah ini banyak dimuatkan dalam al-Quran yang menunjukkan bahawa perkara ini amat penting.

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu” (Luqman, 31: 14)
By: Ma'ar Rahman

HATI KOTOR

Selasa, 17 April 2012

Guna Handphone dalam kelas tanpa cikgu sedar

Dah bijak sangat lah tu!
Lain yang diajar, lain pulak yang dipraktikkan.
Mungkin budak yang guna hp ni bangga sebab cikgu tak perasan tindakan salahnya. Tapi percayalah, bahagian "kerugian" untuk budak pasti akan datang!

Beringat sebelum terima padah.

Rabu, 22 Februari 2012

Poster : Nak Pahala ke Nak Mati?

Jangan mare haaaa.... Terima nasihat kalau nak sihat!!!

Solatlah walau anda di mana pun...


Sahabat pembaca muslimin muslimat sekalian, sibuk mana pun kita SOLATLAH!
Jangan tak ada sejadah jadi sebab.
Jangan baju kotor jadi punca.
Jangan tak ada telekung jadi alasan.
Jangan tak ada bilik solat jadi halangan.
....................
Tak ada sejadah, sujudlah di mana-mana hamparan suci, bebas dari najis.
Baju yang zahir kotor tetap suci asalkan tidak bernajis.
Tak ada telekung, asalkan bertudung labuh ke bawah dada dan berpakaian tidak nampak bentuk tubuh, sesuai dan menepati syarat sah solat, tidak menjadi masalah.
Tak ada bilik solat, majikan tak sediakan, hamparkanlah sesuatu agar manjadi alas, dan solatlah. Tidak ada masalah riak, atau menunjuk-nunjuk dalam hal ini. Yang penting betulkan hati dan niat. INGAT, tidak besar manapun jika "dikata orang" ... biar orang kata kita riak dan menunjuk-nunjuk... asalkan kita lepas dari tanggungjawab kepada ALLAH SWT.








Khamis, 9 Februari 2012

Solatlah Biar Susah Manapun

Wahai pemimpin-pemimpin, solatlah biarpun terlalu sibuk memimpin.
Wahai pemain bola, solatlah biarpun padat jadual latihanmu.
Wahai operator kilang, solatlah biarpun ot tak berkesudahan.
Wahai peniaga, solatlah biarpun pelanggan tak henti membeli.
Wahai mat rempit, solatlah biarpunsibuk pulas minyak tak habis-habis.
Wahai orang politik, solatlah biarpun sibuk menegakkan parti sendiri dan burukkan parti lain.
Wahai ibu bapa, solatlah walau sibuk cari rezeki siang malam.
Wahai budak U, solatlah biarpun banyak kuliah, banyak assignment, sibuk melepak bilik kawan dan sibuk main "game"!
Wahai budak sekolah, solatlah walau banyak kerja rumah, tolong mak basuh pinggan, cebok adik, main hp yang mak belikan untuk emergency tapi buat sms mengarut dengan kawan.
Wahai budak kecik, solatlah walau masih tak tau apa-apa. . . .
Wahai diri, solatlah walau sesusah mana kesusahan itu menyusahkan. . .

Ahad, 29 Januari 2012

Kewajipan Solat

Para pengunjung Muslim blog ni dah solat ke belum?
Jangan sampai luput waktu solatnye ye!
Bagi yang belum, pegi la solat dulu, pastu sambung tengok ni balik ye!
Barulah Allah sayang!!!

Khamis, 17 November 2011

Bantuan Kepada Seorang Muslim

السلا معليكم ؤرحمتالله ؤبركته

Di sebalik segala kesibukan kita....tk jika dpt spare some time to read this

Ada ramai di antara kita (tidak termasuk saya) yang mempunyai lebih dari sebuah rumah
dan rumah yang kedua atau ketiga atau keempat tersebut tidak disewakan atau dihuni....

Memang sebenarnya, untuk dapat berbuat satu kebaikan itu memerlukan keizinan dan rezki dari Allah...

Oleh kerana itulah kita dianjurkan untuk selalu membaca doa....Allahumma a 'inni 'ala zikrika wa syukrika wa husni 'ibadati'

Sekiranya Allah izinkan ada rezki pada saudara saudara yang berkenaan di atas...
saya mohon apalah kira sudi untuk menempatkan atau menyewakan kepada sepasang suami isteri sudah dalam umur 60an yang juga memelihara ibu saudaranya yang 'bed ridden'. mereka sedang mencari rumah untuk disewa kerana rumah yang dihuni untuk beberapa bulan lepas akan dijual

Mereka di dalam situasi yang ketat dari sudut kewangan, dan because of age factor, sukar untuk dapat menambahkan pendapatan (jobs yang sesuai untuk mereka)
ada peluang berbuat kebaikan yang kedua disini...sekiranya ada kerja2 yang boleh dibuat di rumah oleh pasangan ini, sila lah tawarkan...

Saya belum dapat membantu mereka, walaupun saya MEMIKIRKAN HOW TO....
jadi oleh kerana sedar belum dapat membantu secara peribadi...
maka saya war war kan di sini...ie kepada lebih ramai orang...mana tau...ada saudara di luar sana Allah pilih untuk dapat rezki MEMBANTU saudara islam kita

Seperti dalam hadis yang mafhumnya...sekiranya seorang itu melepaskan saudaranya daripada kesempitan dunia, maka Allah akan melepaskannya dari kesempitan akhirat.....

SIAPAkah orang yang bertuah tersebut.....

Saya tak pasti samaada menceritakan keadaan mereka ini lebih mendatangkan manfaat atau mudharat....tapi begini lah.

Sekiranya ada saudara di luar sana merasakan memang ada rumah lebih...dll....dan ingin membantu....sila lah hub saya...


--
السلا معليكم ؤرحمتالله ؤبركته
Puan Arfah Haji Abdullah
ARMK Sdn Bhd (893176 A)
(Francaisi WASIYYAH SHOPPE Sdn Bhd)
Perancangan Kewangan dan Aset,
Perancangan Perwarisan Harta.
Urus Pusaka Selapis & Berlapis.

14-01 Jalan Padi Emas 4/1
Bandar Baru Uda,
81200 Johor Bahru,Johor.
Johor.

Tel: 07 2366878 Fax:07 2355325
h/p:016 7164777
email armkeps@gmail.com

Kepentingan Mendaftarkan Nikah Luar Negara Di Malaysia


السلام عليم ؤرحمتؤالله ؤبركتة

Banyak kita dengar perkara bernikah di luar negara. Tak salah kalau ia menepati segala kehendak syariat. Namun sebagai warganegara Malaysia, etika dan undang-undang tidak boleh diketepikan. Sekiranya tidak diambil pusing, masalah akan menimpa diri sendiri di belakang hari.

Jelasnya, mendaftarkan nikah di luar negara adalah perlu, kerana :

1. Mereka Yang Mengambil Skim Pencen….Di Bawah Akta Pencen, Setelah Berlaku Kematian, Maka Pencen Akan Turun Kepada Isteri, Dan Anak Di Bawah Umur 21 Tahun, Anak Angkat Yang Didaftarkan Dll……

2. Antara Dokumen Yang Diperlukan Adalah

i) Salinan Sijil Kematian

ii) Salinan Sijil Perkahwinan / Sijil Pendaftaran Perkahwinan.

Jika Ada Keraguan Status Pendaftaran Nikah Anda...Ia Akan Menyukarkan Keadaan...

Enakmen Keluarga Islam Dari Sudut Prosedurnya Ada Perbezaan Di Antara Negeri Ke Negeri…

Eiii…Nak Kena Nikah Semula Ke???

Walau Bagaimana Pun…Daftarlah Pernikahan Luar Negeri Anda….Ia Termasuk Di Bawah Urusan Perancangan Kewangan , Perancangan Perwarisan Harta…

Dan Secara Pasti, Bila Telah Berlaku Kematian, Termasuk Di Bawah Urusan Pusaka, Walaupun Dari Sudut 'Execution'nya, Ia Tidak Memerlukan Surat Perintah Atau La Atau Probet

Muga Maklumat Ini Membawa Manfaat Dan Yang Belum Berbuat Demikian Mengambil Tindakan Yang Wajar Segera Supaya Apabila Berlaku Kematian / Keillatan Dsbnya…

Waris Yang Berkenaan Tidak Disukarkan

Sumber :
Puan Arfah Haji Abdullah
ARMK Sdn Bhd (893176 A)



Prosedur Pendaftaran Nikah ( Selangor sebagai contoh )

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mendaftarkan nikah yang berlangsung di luar negara:

1. Pergi ke Pejabat Agama berhampiran dan dapatkan borang dan arahan pendaftaran nikah asing

2. Isi borang tersebut dengan lengkap, sertakan semua dokumen yang dikehendaki dan kembalikan kepada Pejabat Agama. Senarai dokumen yang dikehendaki berbeza dari negeri ke negeri, tapi sebagai contoh ini senarai dokumen yang diperlukan di Selangor.

3. 2 atau 3 minggu kemudian, pendaftar nikah akan memanggil untuk temuduga

4. Pergi ke mahkamah syariah untuk perbicaraan pengesahan nikah

5. Setelah nikah disahkan oleh mahkamah, pendaftar nikah akan membawa kes "nikah diluar kawasan tanpa kebenaran", poligami tanpa kebenaran" dan sebagainya, ke mahkamah, jika berkenaan. Jika sabit kesalahan, mahkamah akan mengenakan hukuman

6. Setelah selesai semuanya, barulah nikah itu didaftarkan di Malaysia.

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design