Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Jumaat, 10 Mei 2013

APA GUNA ADA FB TWITER BLOG DLL KALAU...


Betul juga ... 
Bila fikir-fikirkan, bila kita mati kelak, ada ke orang yang kita sayang akan sedekah al-Fatehah untuk kita saban waktu, saban hari, 24 jam.  Bekal kita?  Cukup banyak ke sampai tak perlu kepada sedekah tu?

Bila kita mati, terputus semua amal. Nak akaun pahala berterusan kena ada anak soleh, isteri solehah dan amal jariah.

Blog umpamanya boleh jadi salah satu bank untuk akaun pahala yang tak putus. Contoh paling mudah, kita bubuh kat blog kita "DOA NAK MASUK TANDAS". Pastu ada orang yang langsung tak tau doa nak masuk tandas, dia search kat internet, lepas tu terjumpa kat blog kita.  Dia pun hafal dan amalkan.  Perh... pahala tak putus untuk kita... bila dia ajar nenek dia, pak long dia dan anak-anak buah dia, pastu semua amalkan, peeeeeeergh.... lagi berganda pahala. Nampak simple kan....

Tapi AWAS... (ACHTUNG!)... kalau kat blog kita ada gambo benda tak elok (boleh undang dosa.... contoh gambo kita tayang kepala lutut...) dia tetap jadi akaun dosa yang tak henti-henti selagi gambo tu tak di delete.  Bahaya geng.  Takkan nak jadi hantu, pastu menjelma kat adik kita mintak tolong deletekan.

Bila terkenang hal macam nilah, maka saya terpanggil nak update blog ni. Manalah tahu hayat yang ada ni dah tak lama.  Kurang-kurang ada juga kemungkinan nak jana pahala masa dah alam lain kelak.

Jadi, mari kita jadi pandai guna kemudahan yang ada untuk kita jadi kaya kat akhirat.  
Wassalam.


Tiada ulasan:

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design