Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Jumaat, 20 April 2012

KITAKAH ANAK ITU?

KATA-KATA YANG MEMBUAT RAMAI SEBAK

» Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
» Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
» Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
» Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
» Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
» Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”.

Tetapi ....

» Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
» Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
» Bila kita menagis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
» Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
» Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
» Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.

Jadi, ingatlah pengorbanan ibu bapa kita, cintailah mereka lebih dari kita sendiri, kerana tanpa mereka, siapalah kita ♥

Islam mengajar agar anak-anak menghormati ibu bapa dan menghargai pengorbanan mereka. Perintah ini banyak dimuatkan dalam al-Quran yang menunjukkan bahawa perkara ini amat penting.

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu” (Luqman, 31: 14)
By: Ma'ar Rahman

HATI KOTOR

JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"



بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"?
apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

Gunakan ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Ustaz Zawawi ada bercerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”
dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.
Jawab salam yang betul ialah ;
“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;
“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Sekian, semoga ada manfaatnya

CARA KIRAAN TASBIH DENGAN JARI

PESANAN MENERUSI NOMBOR

Selasa, 17 April 2012

Guna Handphone dalam kelas tanpa cikgu sedar

Dah bijak sangat lah tu!
Lain yang diajar, lain pulak yang dipraktikkan.
Mungkin budak yang guna hp ni bangga sebab cikgu tak perasan tindakan salahnya. Tapi percayalah, bahagian "kerugian" untuk budak pasti akan datang!

Beringat sebelum terima padah.

Belek-belek...apa nampak?

Ahad, 15 April 2012

KUTUK ORANG, SENDIRI KENA KUTUK!

Allah dan RasulNya dah pesan, jangan dok sibuk cari aib orang dan kutuk keji orang lain, kelak kena kat muka sendiri!

Ni sibuk nak pilihanraya ni, mulalah masing-masing pasang strategi nak jatuhkan pihak lawan dengan seribu satu cara. Dah tentu di negara ini sebahagian besar strategi yang digunakan ialah cari salah orang dan dedahkan. Kemudian cari sekecil-kecil jasa yang pernah ditabur, hebahkan. Kemudian tabur pulak janji-janji manis... aduuuu...

Tu yang jadi macam dalam gambo tu, sibuk cerca orang, tapi kelemahan diri tak disedari.

Kenapa jadi macam tu?

Pada saya, kedua-dua pihak kena MUHASABAH diri!!!
Tak ada angin masakan pokok bergoyang...


REBUS BADAN SENDIRI UNTUK SANTAPAN SENDIRI

Aduuuu bang, buat lawak betul la.
Jangan bang, diikut dek anak-anak kang jadi lauk pulak.
Syok memang syok, tapi... aduuuu... abang jangan buat lagi lah ye!
Jadi buah mulut anak cucu je.

DAH KENAPA!!!?

PEJABAT ADALAH PAKAIAN!!!?

Nasihat saya, kalau tak yakin dengan penggunaan bahasa, jangan malas untuk ambil masa 2 hingga 3 minit periksa dalam kamus. Kalau tidak, beginilah jadinya!!!

"THE OFFICE IS CLOTHES".

DAH KENAPA???!!!

ILUSI KARTUN

Surat Mohon Cuti ... no komen...!

Mula-mula baca macam best.
Kemudian terus mula dia punya mengarut daaaa....
Betul-betul merayu minta kelepasan nih ... hehehe.
DAH KENAPA!!!?

ILUSI BUNGA MAWAR

Koleksi Kuliah Ustaz Azhar Idrus