Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Rabu, 30 September 2009

Ustaz Abdul Rahim Sahlan : Hari Terakhir Di SMIH


Ustaz Abdul Rahim Sahlan, nama yang tak asing didengar di sekitar sini termasuklah Pasir Gudang, Kota Tinggi dan of course Batu Pahat.
Seorang yang mudah dihampiri, didekati, mudah memberikan pandangan yang telus, dan seorang pendengar yang baik. Hari ini beliau akan menamatkan tugasnya di SMIH setelah 11 tahun berkhidmat di sini. Terlalu banyak kenangan yang terukir sepanjang bersama dengan beliau yang sering saya panggil "WAK" atau lebih manis "WAK KANG"...( jangan mara haaaa... ).
Sepanjang bertugas bersama, terasa mudah bila ada beliau bersama. Jarang menolak untuk membantu, dan jika benar beliau tidak dapat membantu, lazimnya akan disertakan cadangan dan alternatifnya. Banyak perkongsian masalah baik peribadi mahupun soal kerja kami kongsi bersama. Of course bila kami berbincang tentang perkara yang peribadi kami akan bertutur dalam bahasa ibunda asal keturunan kami ..."GERMAN!!!" ( Jawa lah tu... )
Semua pelajar menyanjungi beliau. Apatah lagi beliau memiliki seribu satu maklumat tentang Palestin kerana beliau gemar "mengapdate" maklumat terkini isu semasa.
Saya diberitahu oleh beliau sendiri pada hari terakhir sebelum cuti raya bermula. Dalam diam, bergenang airmata bersama sebak tak sudah sepanjang memandu pulang. Mujurlah khabar angin tentangnya telah disampaikan oleh adik ipar yang bertugas di cafe tempat Ustaz Rahim bakal memulakan karier barunya.
Apapun akhirnya, di mana beliau duduk atau berdiri, bagi saya beliau bagai memayungi sekitarnya dengan ilmu yang tidak habis jika seharian dirimba. Salam persahabatan yang berpanjangan. Moga Allah meluaskan pintu rahmat dan rezekiNya buat Ustaz Rahim sekeluarga.
Selamat bertugas di tempat baru....
Njalok ngapuro seng akehakeh yo Wak...Kangen aku to Wak...

Rabu, 23 September 2009

SELAMAT HARI RAYA

Salam Aidilfitri
MINAL AIDIL WALFAIZIN
KULLU AMIN WA ANTUM BIKHAIR
kepada
semua pengunjung blog ini

Masuk hari keempat, barulah berpeluang merakamkan ucapan salam aidilfitri. Walau agak lewat, ucapan salam Aidilfitri saya hulurkan juga kepada seluruh ahli keluarga dan saudara mara saya, teristimewa buat ibu & ibu mertua, isteri tercinta dan anak comel saya, juga tidak lupa buat guru-guru saya di SK LKTP Ulu Tebrau, SMK Ulu Tebrau, SMK Dato' Jaafar, SMK Telok Datok, UMS dan guru-guru agama di SA Felda Ulu Tebrau, khasnya Ustaz Md. Din, Ustaz Muhammad Hj Ali, juga rakan-rakan sekerja, anak-anak didik yang comel dan baik-baik belaka yang sangat disayangi.
Kemaafan jua dihulurkan, moga redha dan rahmat Allah sentiasi mengiringi kita dalam perjalanan menuju gerbang Ilahi.

Salam Aidilfitri

Hari raya tahun ini, kami raikan di Kuala Terengganu, kg. halaman isteri. Berbeza dengan di tempat saya (Johor), di sini suasana dirasakan cukup meriah kerana terdapat banyak surau yang berhampiran dan juga masjid. Sepanjang malam Syawal hingga sebelum solat sunat Aidilfitri, takbir bergema di seluruh pelusuk kampung, bersahut-sahutan tanpa henti. Terasa gemersik menusuk jauh ke dalam hati.

Sambutan di sini juga tambah meriah dengan persiapan besar-besaran memandangkan keluarga ini menjadi tuan rumah untuk keluarga besar berkumpul. Ketupat yang dianyam sahaja mencecah lebih 200 biji. Ayam untuk sate 20kg. Tidak termasuk nasi beriyani dan ketupat palas, kuih muih dan tapai pulut. Kemeriahan tambah terasa saat membakar sate yang mencecah berapa ratus cucuk entah. Rasanya lebih 1000 cucuk. Nak terkeluar biji mata bila menjelang jam 3.00 pagi hanya tinggal saya dan Ustaz Azmen yang masih bertahan membakar sate dengan ditemani oleh Ustaz Jamil dan bunyi mercun yang tak henti-henti.

Hari raya pertama saya solat sunat Aidilfitri di surau berhampiran pintu masuk ke jalan rumah. Hasrat hati nak solat bersama ibu mertua dan Ustaz Azmen di surau Ayah Ngah, tapi ditakdirkan terikut pula haluan Ustaz Azhar. Sepanjang mendengar khutbah, terasa benar ingin bersua dengan ayah Ngah. Terbayang-bayang suasana tenang di surau tersebut. Maklumlah, surau lama yang senantiasa dihidupkan dengan pelbagai amalan hamba-hamba Allah yang hebat. Kemudian kami berkumpul, makan-makan dan merakamkan video ucapan raya setiap keluarga. Tidak lama barulah ahli keluarga besar menyerang hidangan!


Hari kedua, kami beraya ke rumah Ayah Ki, Tok Su, Ayah Ngah (sebelah mak) dan Pak Hassan.

Hari ketiga, ke rumah Ustaz Azhar. Hmm..dapat bertemu dengan adik iparnya yang hensem, dan macho. Ala-ala Arab wajahnya. Sejuk lembut budi pekertinya. Rupanya beliau seorang hakim mahkamah Syariah Kuala Terengganu. Dapat berkongsi ilmu dengannya tentang bagaimana nak protect diri dan ahli keluarga dari santau dan serangan makhluk ghaib yang bertuan. Hmmm, ramai lagi masyarakat kita yang masih tidak mempercayai kewujudan makhluk seumpama ini. Tak apa, moga mereka berkenalan dan bersua muka. Baru tahu bumi Allah ni "luas". Amiin.

Ops..kena stop. Ni pun guna laptop ustaz Jamil yang comel. Laptop zaujah k.o kena Trojan. Nampaknya antivirus cap payung (AVIRA) yang diguna, terpaksa saya lupakan selepas ini.

Sampai jumpa lagi.

Wassalam.

Rabu, 16 September 2009

BAHANA MEROKOK

Post kali ini khas ditujukan kepada adik-adik dan juga mereka yang baru berjinak-jinak dengan rokok.

Menurut sumber, gambar berikut adalah seorang yang mengalami sejenis kanser mulut. Ia dikatakan berpunca dari tabiat merokoknya. Kerana terlalu "konsisten" dengan tabiat buruk tersebut beliau terlantar sedemikian rupa. Semasa gambar dirakamkan, beliau masih bernyawa.

Untuk mutu gambar yang lebih baik, klik pada gambar tersebut!



Kalau adik-adik tengok ada rasa apa-apa tak? Ke ada bau apa-apa?



Perhatikan betul-betul apa yang terlekat pada daging hamba Allah ni...( Allah, meremang pulak bulu tengkuk saya ni...)


Ulat . . . merenyam . . .


Nak merokok?
Hisaplah!!!
Tapi ingat BALASAN TUHAN!
Kekadang Tuhan bagi "Cash", kekadang "Hutang"!!!

KEPADA PEROKOK, HENTIKANLAH!
RAMAI YANG DAH BOLEH BERHENTI...ASALKAN ADA KEHENDAK!

ANJING VS LANDAK

Kalau anda fikirkan dari segi pengalaman anda atau menurut logik akal, siapa yang akan menang jika kedua-dua makhluk ini bertarung?


Sukar dibayangkan kan? Landak kerdil, bersikap defensif dan perlahan lagi. Berbanding dengan anjing yang sifatnya besar, garang, penyerang atau ofensif. Hmmm...


Hasil pertarungan mereka ada buktinya;






Eeeeiii... meremang bulu roma bila perhatikan anjing tersebut dikerjakan si landak kerdil. Apa jadi dengan si landak? Wallahu alam... nak tahu juga, tanya sama itu anjing :D
Pengajarannya, semua dah maklum kan? Apa kata anda yang bijak bistari?

TINY HUMANOID CREATURE


Post kali ini pelik sikit. Pasal alien!!! ( Tak pernah-pernah masukkan isu sebegini ). Cumanya saya sekadar nak abadikan dalam stor blog ni, dan kita kongsi sama-sama.

Ceritanya betul atau tidak, marilah kita sama-sama fikirkan. Mungkin betul, mungkin juga tak betul. Siapa yang ada maklumat yang lebih tepat, bolehlah kongsikan. Mungkin ada yang nak cari nama, lalu dimunculkan cerita-cerita sebegini. Mungkin juga betul, sebab Allah maha pencipta, sedangkan dunia ni luas dan terdapat pelbagai hidupan di luar batas kemampuan manusia untuk mengetahuinya.



Penemuan ini berlaku di suatu kawasan Concepcion,Chilie.Sebuah keluarga yang sedang beriadah dihujung minggu disuatu taman pinggiran Cagar Alam Concepcion, melaporkan telah menemui makhluk kerdil aneh yang lebih dikenali"Concepcion Creatures" di negara asal penemuannya.

Makhluk mirip alien ini mempunyai panjang 7.2 cm saja.Ukuran Kepala lebih besar daripada ukuran badannya,memiliki 2 tangan dengan panjang hampir melebihi pinggangnya dengan jari-jari yang panjang ,serta memiliki dua kaki sama bentukya dengan manusia.

Pertama kalinya,salah satu surat khabar Santiago menghebahkan berita penemuan makhluk ini kepada khalayak umum



"Concepcion Creatures" ditemui oleh salah seorang remaja (anak keluarga terbabit) di kawasan semak disuatu taman pariwisata Concepcion.Ketika ditemui, makhluk kecil itu telah terbaring ditanah, namun masih dalam keadaan bernyawa.
Kemudian,remaja itu cuba memungut dan membungkusnya dengan kertas tisu.
Sepanjang dia membawanya pulang kerumah dan menyimpannya selama seminggu,makhluk tersebut sempat membuka matanya.

Pada hari ketujuh ,makhluk tersebut tidak bergerak lagi dan mati. Anehnyanya,setelah beberapa saat makhluk itu mati dengan cepat tubuh mahkluk itu mengerut dan mengering seperti mumia. Prosesnya sangat cepat.

Beberapa ahli dari Universiti Chilie memberikan beberapa fakta kepada beberapa media massa,kemungkinan makhluk tersebut adalah embrio haiwan,mungkin embrio kucing atau sejenisnya.
Akan tetapi,bila melalui proses penelitian DNA menunjukkan hasil yang berbeza.




Julio Carreno (remaja tersebut) yang menemui makhluk itu,menceritakan setelah membawanya pulang kerumah,dia sempat memindahkan makhluk tersebut kedalam kotak ubat (P3K).
Ketika ditunjukkan kepada para Journalis,betapa terkejutnya mereka melihat makhluk aneh yang jasadnya telah mengering dan hampir reput berada didalam kotak yang telah dilapik dgn kapas.
Julio memberitahu "Ianya telah berubah warna.sebelum itu warna tubuhnya kemerah-merahan.".Sekarang,jasadnya seperti cili kering dan mudah rapuh.



Ayah Julio,Henriquez Carreno,membantah beberapa isu yang telah tersebar di masyarakat,bahawa makhluk ini sebelumnya sihat , boleh berdiri dan sempat bercakap kepada anggota keluarga adalah isu yang salah dan tidak sama sekali terjadi.
Ia menegaskan,sejak menemui pertama kali oleh anaknya,Makhluk tersebut keadaannya sudah tidak bermaya lagi dan sudah nyawa2 ikan









RAMADHAN TETAP AKAN BERANSUR

26 Ramadhan 1430, bersamaan 16 Sept 2009. Hanya tinggal beberapa hari sahaja bulan yang penuh barokah ini akan beransur meninggalkan kita. Cuaca pagi ini tidak panas, sebaliknya redup berserta tiupan angin sejuk, lembut membelai. Tenang kelihatan sepanjang pagi ini. Semoga kedamaian pagi Ramadhan sebegini dapat dikecapi lagi pada tahun-tahun mendatang. Belum puas rasanya menikmati bulan ini.

Semoga kedamaian pagi ini turut melembutkan hati yang kekadang amat sukar dilentur. Moga hati ini dapat dibersihkan dengan kesucian Ramadhan ini. Hanya dengan penyucian itu, hati akan kembali tenang, terasa dekat dengan Tuhan. Hanya dengan hati sebegitu, kita dapat melihat keagungan dan kebesaran Allah Azza wajalla.

Tempoh untuk melihat anak bulan kian hampir. Tandanya Syawal akan mengambil tempat. Apakah tarbiah pada Ramadhan kali ini benar-benar mendidik jiwa kita? Adakah telah kita gunakan setiap peluang yang ada pada bulan berkat ini dengan sebaiknya? Atau saat pacuan akhir ini kita telah mengangkat bendera putih lantaran telah sibuk dengan persiapan Hari Raya?

Semoga kita dapat menilai kembali amalan kita...adakah layak untuk Allah terima, ataupun sebaliknya...

Jumaat, 11 September 2009

Malam-malam Akhir Ramadhan


Assalamualaikum...
Memang kena banyak bersabar bulan Ramadhan ni. Sampai saat ni, komputer yang "tebaboom" tempohari masih tak selesai lagi, kini internet pula tak dapat dicapai baik guna wifi mahupun broadband... hmmm... tak dapat nak update blog. Mujur member sekerja ni si Omar menawarkan komputernya untuk digunakan beberapa minit. Baik betul Omar Bin Dr. Danial ni ( alaaa.... Dr. Danial yang keluar dalam rancangan "Halaqah" tu).

Dalam Ramadhan yang memasuki fasa ketiga ini, marilah kita jadikan masa-masa yang ada sebagai masa yang kritikal. Masa yang sangat terdesak untuk kita isi dengan amalan. Sama ada bertadarus, bersedekah, banyakkan zikir, solat sunat da pelbagai lagi ibadah. Dalam khutbah Jumaat yang di sampaikan oleh Imam Nordin di Masjid Jamik Felda Ulu Tebrau tadi pun tentang keutamaan memburu Lailatul Qadar. Sesi renungan pagi dalam slot tazkirah pada Selasa lalu yang disampaikan oleh Ustazah Nirwana pun tentang Lailatul Qadar. Dan sekarang ni pun, masyarakat di sekitar taman pun bercerita tentang Lailatul Qadar, sampai pasang pelita banyak-banak...hehehe.

Apapun, yang penting, biarlah fasa ketiga ini kita sediakan strategi yang lebih matang berbanding dengan pengisiannya pada dua fasa yang lalu. Mari kita doakan agar Umat Islam di dunia ni bersatu. Allah ampunkan mereka dan berikan hidayah buat mereka. Kita doakan jiran-jiran kita dan rakan-rakan yang masih tidak menutup aurat agar mereka beroleh hidayah dan memelihara aurat mereka. Kita doakan agar para pemimpin kita memerangi riba' yang "dihalalkan" di negara kita, dan mereka mendapat hidayah untuk melaksanakan Hukum Hudud yang sempurna di negara kita. Marilah kita doakan mak ayah kita dengan menyebut nama mereka. Doakan kesejahteraan mereka, dilanjutkan usia dengan penuh keberkatan, dan diluaskan rezeki mereka. Doakan adik beradik kita, guru-guru kita dan semua yang mungkin mendoakan kita.

Salam Pacuan Akhir Ramadhan.

Sabtu, 5 September 2009

Persekitaran Mekah Akan datang

Assalamualaikum. Post kali ni adalah perbandingan dengan post yang lalu. Hmmm, kalau diperhatikan, gambar mereka yang menunaikan haji pada masa lampau memang sukar. Mereka terpaksa menempuh perjalanan yang jauh, memakan masa berbulan-bulan. Sebaik di tanah haram pula, mereka berhempas pulas pula untuk survive dengan persekitaran yang sangat berbeza dari tahah air mereka. Mereka tiada pilihan melainkan menyesuaikan diri dengan persekitaran di sana. Ibadah haji bagi mereka pastinya sangat memberi kesan yang amat mendalam. Lihatlah persekitarannya, dengan jemaah haji yang tidak seramai kini, tentunya memberi lebih kekhusyukan dan ketenangan kepada mereka. (gambar yang dipapar tak pasti haji atau umrah. sekadar hiasan)

Ada sumber-sumber mengatakan wajah persekitaran Mekah akan diubah sepenuhnya kepada keadaan berikut...lihat gambar :













Ini merupakan gambar terkini progres pembinaan yang dimaksudkan:



Hmm, semoga Kota Mekah tetap menjadi kota yang suci. Ia Medan Ibadah...bukan Pesta Ibdah, bukan Pusat Percutian, bukan Tempat Pelancongan, bukan Tugu Peringatan, bukan pula Pusat Kemewahan. Moga ketenangannya dan kesuciannya tetap terpelihara, dan Allah pasti pelihara dari kerosakan yang di usahakan oleh sang kafir. Yang akan memusnahkannya suatu ketika nanti, umat Islam itu sendiri bilamana Iman mereka telah dimamah nafsu cintakan dunia. Wallahu alam.

Persekitaran Mekah Dulu

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Dapat kembali ke alam blog. Walaupun komputer ni belum "pulih" sepenuhnya, dapat juga digunakan. Hmm..tak berkesempatan untuk buat post merdeka dan pengisian seawal Ramadhan. Tunggu juga mana tahu ada yang baik hati nak bagi free laptop ke, pc baru ke, tapi takda nampaknya...hehehe.

Post kali ni tentang galeri persekitaran Mekah pada masa lampau. Semoga pemaparan ini akan menambahkan lagi kekuatan untuk ke Tanah Suci. Moga azam saya untuk ke sana bersama anak dan isteri serta ibu dapat tertunai sebelum umur saya menjelang 40 tahun, atau tidak lebih dari itu, insyaallah...amiin.













Doakan untuk kami ya. Moga Allah izinkan kami untuk menjadi sebahagian tetamuNya. Semoga Allah juga mengabulkan doa setiap orang yang berhajat untuk ke sana...amiin.