Salam ... pada hari Jumaat yang mulia ini, mari sama-sama kita insafi diri kita sebagai manusia. Janganlah kita saling menzalimi sesama manusia, dan jangan pula menzalimi makhluk yang lain yang Allah tempatkan bersama kita.
Di persekitaran kita juga, pelbagai gelagat dan perlakuan manusia dapat dilihat. Ada yang bertindak dengan akal yang Allah pinjamkan, dan tidak kurang pula yang bertindak dengan tidak mencerminkan sikap sebagai seorang manusia.
Foto di bawah pasti merenggut jantung anda. Tanya diri kita, manusia jenis apakah yang sanggup melakukan perkara berikut dengan alasan sekadar suka-suka. Anak kucing secomel ini apakah ada dosanya? Semoga Allah memberikan balasan dan petunjuk kepada pelaku yang sewajarnya menggantikan sang kucing yang tidak berdosa itu.