Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Isnin, 27 Disember 2010

Ilusi Optik yang Buat Saya Nak Muntah!


Ikan Berkaki

Subhanallah. Banyak lagi rupanya ciptaan Allah yang masih kita tak tahu dan tak kenali. Kali ini kita tengok ikan berkaki/bertangan. Pihak barat menamakannya sebagai "handfish" dan ada pula memberi nama "Ziebell's Handfish".

Hanya di temui di sekitar Tazmania dan ada yang mendakwa menemuinya juga di Australia.

Ikan ini lebih banyak bergerak dengan cukup perlahan dengan kakinya berbanding berenang seperti ikan lain. Sebab itu ia dikatakan berkaki kerana ia tidak berperanan seperti sirip ikan lain.

Terdapat pelbagai warna dan spesis.


Kecil rupanya.

Nama saintifiknya Brachionichthys hirsutus (Lacepede, 1804), ikan yang bersaiz kecil ( saiz maksimum 120 mm SL).

Sila baca maklumat lanjut :
www.environment.gov.au/biodiversity/threatened/publications/recovery/spotted-handfish/



ALAMAK! YANG NI TAK ADA KAITAN!!! HEHEHE

Awan Yang Jarang Dilihat


Morning Glory Cloud

Kadang-kadang muncul 1 hingga 8 baris dan merentasi kepanjangan mencecah 1000km. Ia amat jarang dilihat dan awannya berbentuk silinder.


Asperatus Cloud
Hanya berlaku di beberapa tempat sahaja di dunia tetrutamanya di Amerika sebaik selepas berlakunya ribut. Paling jelas dapat dilihat pada waktu tengahari selepas fenomena ribut berakhir.

Maha suci Allah, ini adalah kekuasaan Allah pada ciptaanNya. Kita kena insaf bahawa diri kita terlalu kerdil dan boleh dimusnahkan Allah pada bila-bila masa dan digantukan dengan makhluk yang lebih bnaik dari kita.


Kalau ada pembetulan sila maklumkan kepada saya ya!

Hujan Ikan

Pernah dengar hujan ikan? Di sebelah barat ia dikenali sebagai "Nonaqueous Rain". Malah ia juga teridir daripada katak, tikus dan berlaku di berbagai tempat di dunia. Menurut mereka binatang ini diterbangkan puting beliung dan di campak jauh ke tempat lain. Jika teori ini benar, mengapa tidak pula ia turun dengan bercampur misalnya ada katak, udang, sotong dan ikan serentak? Mengapa ikan semata-mata, atau katak semata-mata?

Dari sudut logik yang lain pula, jika ia diterbangkan puting beliung, tentulah bersamanya ada kotoran sarap yang lain bersama. Tidaklah hanya sejenis benda sahaja yang turun. Allah maha agung. Hanya Allah maha mengetahui. Ini menunjukkan kebesaran Allah. Kita kena yakin. Moga satu hari nanti kita dapat tahu juga rahsia ini.

Perodua Bezza Concept







Proton Prototaip ( 5 Hang )

Proton Tuah Concept



Proton Jebat Concept


Proton Kasturi Concept


Proton Lekir Concept


Proton Lekiu Concept

Proton Hang Nadim takdak kaaaa? Hehehehe

MAKAN KURMA BOLEH LAHIRKAN ANAK YANG PENYABAR

Rasulullah SAW berpesan, "Beri makan buah kurma kepada isteri-isteri kamuyng hamil dan barang siapa memakan buah kurma tersebut semasa hamilnya, maka anak yang akan lahir itu akan menjadi seorang yang penyabar dan bersopan-santun kerana makanan Siti Maryam AS ketika melahirkan nabiIsa AS adalah buah kurma. Sekiranya Allah ada menjadikan sesuatu buah yang lebih baik daripada kurma, sudah tentu Allah SAW telah memberi makan (kepada Siti Mariam A.S)."

Kurma memiliki kadar potassium dua kali ganda lebih tinggi daripada sebiji pisang dan membantu mencegah pelbagai jenis penyakit seperti sakit kerongkong, demam, cirit-birit,sakit perut, penguangan kolesterol dan menjaga penglihatan. Kurma juga sesuai dijadikan makanan harian khususnya untuk sarapan pagi dan bersahur sebelum memulakan tugasan harian
Datuk Yusuf Taiyoob, pengerusi Yusuf Taiyoob Sdn Bhd.

Namun jauh sebelum kajian moden itu, riwayat Ahmad dan Tarmizi menyatakan, "Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji rutab (buah kurma segar dari pokok yang sudah masak tetapi belum di keringkan) sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji kurma, maka baginda minum beberapa teguk air."
Dengan sebegitu banyaknya manfaat khasiat kurma maka ia tidak wajar lagi di kunyahkan semasa bulan Ramadan sahaja. Umat Islam perlu mentradisikan kurma sebagai pencuci mulut semasa makan atau mengantikanya sebagi makanan ringan yang sedia ada mengandungi karbohidrat, gula, garam, lemak, pewarna dan perasa tiruan yang boleh membawa pelbagai komplikasi penyakit. Peri penting kurma untuk seisi rumah ini diperihalkan oleh Rsulullah SAW, "Rumah yang tidak ada kurmanya seperti rumah yang tiada makanan,"

Dengan sebegitu banyaknya manfaat khasiat kurma maka ia tidak wajar lagi di kunyahkan semasa bulan Ramadan sahaja. Umat Islam perlu mentradisikan kurma sebagai pencuci mulut semasa makan atau mengantikanya sebagi makanan ringan yang sedia ada mengandungi karbohidrat, gula, garam, lemak, pewarna dan perasa tiruan yang boleh membawa pelbagai komplikasi penyakit. Peri penting kurma untuk seisi rumah ini diperihalkan oleh Rsulullah SAW, "Rumah yang tidak ada kurmanya seperti rumah yang tiada makanan,"

Sila baca sepenuhnya di sini:

KEHEBATAN TIMUN!

“Timun biasa diambil mentah atau dimasak. Tetapi ramai yang tidak mengetahui khasiat terbaik yang terkandung dalam timun dapat diambil sepenuhnya melalui jus. Kebanyakan nutrient timun terletak pada kulitnya. Oleh itu anda tidak seharusnya membuang kulit timun semasa mengisarnya menjadi jus,” katanya.

Sememangnya tidak dapat disangkal nutrisi yang ada pada timun membolehkan ia tersenarai sebagai antara bahan popular untuk produk kosmetik. Baik untuk kulit kering, kulit terbakar sinar matahari, kesihatan rambut dan kesihatan kuku. Walaubagaimanapun, salah satu jagoan timun yang mungkin tidak diketahui ramai adalah kemampuannya bertindak merendahkan tekanan darah anda.

“Jika anda ingin menjauhi tekanan darah tinggi dekatilah timun dabn jangan lupa cuba ambil dalam bentuk jus bukannya mentah atau dimasak,” ujar Jessent. Katanya, terdapat kajian yang
diklakukan baru-baru ini yang menunjukan kandungan potassium, magnesium dan fiber boleh merendahkan tekanan darah. Kombinasi bahan sihat ini berdasarkan kajian, mengurangkan tekanan darah sistolik responden kepada lima manakala tekanan darah diastolik kepada 3.5
Mungkin ada yang bertanya apa kaitannya kombinasi nutrisi diet
ini dengan timun? Timun mengandungi kombinasi potassium, magnesium dan fiber yang tinngi. Kandungan vitamin C, yang bersifat antioksida menambahkan lagi peranan timun dalam merendahkan tekanan darah.

Baca sepenuhnya di sini :

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design