Pernah dengar hujan ikan? Di sebelah barat ia dikenali sebagai "Nonaqueous Rain". Malah ia juga teridir daripada katak, tikus dan berlaku di berbagai tempat di dunia. Menurut mereka binatang ini diterbangkan puting beliung dan di campak jauh ke tempat lain. Jika teori ini benar, mengapa tidak pula ia turun dengan bercampur misalnya ada katak, udang, sotong dan ikan serentak? Mengapa ikan semata-mata, atau katak semata-mata?
Dari sudut logik yang lain pula, jika ia diterbangkan puting beliung, tentulah bersamanya ada kotoran sarap yang lain bersama. Tidaklah hanya sejenis benda sahaja yang turun. Allah maha agung. Hanya Allah maha mengetahui. Ini menunjukkan kebesaran Allah. Kita kena yakin. Moga satu hari nanti kita dapat tahu juga rahsia ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan