Maha suci Allah yang menciptakan setiap sesuatu penuh hikmah. Sekali pandang, macam ular, tapi terlalu pendek. Banyak pula tu. Kecil-kecil je.
Rupa-rupanya ia sejenis ulat beluncas yang saya sendiri pun tak dapat kenal pasti apa jenis dan nama saintifiknya.
Gatal ke tidak bila di pegang saya pun tak tahu. Belum lagi saya temui sebarang maklumat mengenainya.
Bila tengok perkara-perkara yang agak lain macam ni, eloknya kita ucapkanlah;
Robbana ma kholaqta haaza baatila, subhaanaka faqina azaabannaar.
( Maaf, tak boleh nak taip jawi kat komputer ni )
5 ulasan:
wahh.
macam ular betul..
nampak ada mata lagi..
assalamu'alaikum.. hikmah Allah subhanahu wa taala menjadikan ulat itu berupa ular untuk membela diri (menakutkan musuh)
p/s: ustaz, doa tu ralat kot, patutnya robbana ma kholaqta haza batila subhanaka faqina azaba annaar..
-Abu Abdillah
ustaz boleh taip bahasa arab.. just pegi http://translate.google.com/# atau google Translate.. =)
Masya Allah...
Jazakillahu khairan kathira TANPA NAMA...
Ya Allah... cuainya saya...Apa kena saya campur dengan doa lain pulak ni...
Dah betulkan dah...
Allah... moga tak berulang lagi...
Terima kasih atas teguran sangat membina tu...
Catat Ulasan