Memang sungguhlah kita kena banyak mengucapkan syukur atas nikmat akal yang Allah kurniakan. Dengannya manusia mampu berikhtiar untuk memudahkan urusan manusia itu sendiri dengan pelbagai kreativiti dan inovasi. Cuma kadang-kadang inovasi yang dihasilkan ada yang sekadar baik di mata kita, dan ada yang sangat digunkan seisi dunia. Bagaimana dengan inovasi berikut? Anda pernah jumpa?

Gunting pizza siap dengan penyodok. Boleh juga gunting "lempeng nyor"!

Agak praktikal! Senang tuang. Cuma kalau salah langkah dia berhayun macam buai, dan risiko jatuh pecah tak mustahil.

Kononnya memudahkan dan elakkan dari tumpah atas keyboard. Masalah juga bagi yang tak hafal huruf keyboard!

Basikal yang tak payag dirantai ke tiang. Basikal tu boleh jadi rantai! Siap boleh meliuk-liuk lagi!

Lucu tapi berguna. Cuma, berapa lama sangatlah anda boleh tahan tido gaya macam tu?! Tahan dari jam 11 sampai jam 5 tak berganjak? Tahan? Tahan?...

Chopstik yang boleh diisi dengan sos dan perencah tambahan lain. Sekali nak tambah kicap, picit je pangkalnya, keluarlah tambahan perisa. Hehehe...malasnya nak refill!

Remote control boleh guna untuk buka penutup botol minuman... malas layan!

Untuk suri yang tak mau jari bau bawang dan dapat grip bawang yang kononnya licin!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan