Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Jumaat, 30 Julai 2010

SESUCI BAYI









Ku Temui Staff Razali

3 Julai 2010


Saya nak abadikan gambar terserempak dengan staf yang berkhidmat di UMS ROTU dahulu. Sangat mudah berurusan dengan beliau terutamanya hal gaji! Kalau nak mintak tolong apa2 pun mudah dengan beliau. Tengoklah senyuman beliau, tanda mudah diajak berunding. Tak gitu Staff!!! :D

Tumbuk muka sendiri

Seni dalam photoshop...

Kerat Tangan Sendiri

Seni dalam photoshop & 3D . Nampak je "serabai", tapi susah nak buat ni...

Seni Dalam Photoshop

Ayoook... tangan saya pecah!

Bermain Dengan Ilusi IV

Khamis, 29 Julai 2010

Cegah Sifat Kedekut

Anda tidak suka orang yang kedekut. Adakah anda tidak kedekut dengan orang? Bagaimana sifat ini wujud dalam diri?

Asas pembentukan peribadi dan sikap seseorang lazimnya bermula sejak usia kanak-kanak di mana ia adalah peringkat perkembangan yang paling pantas.

Jika sikap ini dapat dikesan pada anak-anak kita, di situlah tanggungjawab kita untuk menegur dengan cara yang paling baik dan berkesan. Supaya anak itu tahu perbuatannya itu salah, dan pada masa yang sama dia mempelajari cara menegur seseorang dengan penuh berhemah dan baik. Teguran yang keras akan membentuk jiwa anak yang keras.

Sekiranya teguran tidak diendah atau sikap tersebut berulang, amat wajar kita ulangi teguran tersebut dengan sabar. Bukan dengan terus menghukum dan menengking. Kesabaran kita itu akan Allah ganjari dengan pahala dan juga menjadi ikutan anak kita. Teguran dari hati akan masuk ke dalam hati.

Sikap kedekut pada anak-anak boleh dilihat melalui sikap mereka dalam bermain bersama rakan-rakannya atau bagaimana dia bertindak terhadap milik peribadinya seandainya ada individu yang lain mendekatinya.

Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya.

JANGAN ABAIKAN ANAK


Sibuk macamanapun kita
Urusan anak jangan jadikan urusan nombor dua
Apatah lagi urusan yang nombor tiga
Anak mempelajari perlakuan kita terhadapnya
Dia perakam yang terhebat
Malah berupaya mengaplikasikan rakaman
tersebut dalam kehidupannya akan datang

Kalau kita sibuk dan biarkan dia
Kelak kita dibiarkannya saat tak berupaya

Jangan jadikan urusan lain lebih utama
dari urusan anak-anak,
melainkan urusan dengan Tuhan
Tetapi itupun setelah anak diuruskan dengan
sempurna

Jaga anak kita
Jangan biarkan dia
Nanti dia biarkan kita...

JENTOLAK BESAAAAR



Ini bukan teknik photoshop. Memang brand LIEBHERR ni memasarkan jentera-jentera berat dan tak kurang juga yang bersaiz gergasi. Nak beli?

Syukur Allah anugerahkan kepada manusia kecerdikan akal. Dengannya manusia dapat menghasilkan alat yang memudahkan kerja untuk manusia itu sendiri sebagai tanda bahawa manusia itu sangat lemah. Moga kita sentiasa jadi hambaNya yang selalu beringat dan bersyukur.

Buat Ford Mustang Sendiri

Nak beli Ford Mustang... mahal sangat!
Maka ada lah hamba Allah di Russia buat sendiri yang "cap ayam"...
Kreatif...
Ini pandangan dari hadapan... Boleh tahan ganas!!

Bandingkan dengan yang original!!! Ups... lainnya!

Tengok dari atas pulak... aik... pendek?

Dari tepi... alalalala kemetotnya!!!

Masuk dalam, tengok kokpit... banyak modal ni.

Tengok belakang... adoooooi failed!
Last... bukak boot belakang!
SUPER FAILED!

Apapun, itu kreatif namanya. Cuma,... jangan over sangat boleh tak :D

Sifat semulajadi manusia, selamanya tak puas dengan apa yang telah dimiliki.
Tapi usahalah untuk kawal perasaan tersebut agar tidak memakan diri sendiri!

Rabu, 28 Julai 2010

LADANG KANABIS BAWAH TANAH

Tentu amat sukar meletakkan sangkaan pada rumah yang sebersih dan secantik ini ada menyimpan rahsia penghasilan dadah besar-besaran. Tidak siapa menduga seluas kawasan di bawah rumah ini ( dalam tanah ) ada dilaksanakan penanaman Kanabis secara komersil dan sistematik.











Buat salah memang rasa best, sebab hujungnya ada NERAKA...
Buat baik memang rasa kurang best, tapi sedarlah kat SYURGA LAGI BEST!!!

Selasa, 27 Julai 2010

SEDANG MENGUBAHSUAI BLOG

Kepada para pengunjung, saya memohon maaf sekiranya paparan pada blog ini kurang tersusun dan kurang selesa dikunjungi.

Buat masa ini saya pertama kali cuba untuk melakukan sedikit perubahan pada paparan dan susun atur bahan-bahan yang ingin dikongsikan.

Saya memang kurang pengalaman dalam melakukan hal seumpama ini. Maka tidak hairanlah jika perubahan yang dibuat kelak mungkin kurang memuaskan. Saya sekadar mencuba atas saranan teman baik saya USTAZ ZAIDI... Hehehe

Jumaat, 23 Julai 2010

KEGIATAN MENYELUDUP DADAH

Tugas pihak berkuasa untuk mengesan dan menggagalkan cubaan menyeludup dadah ( drug smuggling ) bukanlah satu usaha yang mudah. Apatah lagi sekiranya ia dilakukan dengan sangat teliti dan berhati-hati.

Bayangkan kita bertugas sebagai pihak berkuasa dan diarahkan mengesan sesiapa sahaja yang cuba menyeludup dadah, mampukah kita menjangka bahawa "si pengkhianat ini" menyembunyikannya sebagaimana gambar berikut???






















Moga kegiatan haram ini dapat dihapuskan secara total di Malaysia.