Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Ahad, 4 Julai 2010

Penduduk Palestin di Hebron Diserang

Sabtu, 03 Julai 2010 22:49
Tentera Israel dan kelompok Yahudi bersenjata menyerang penduduk Palestin di Hebron bersama penunjuk perasaan antarabangsa yang menentang penempatan Yahudi di bandar Beit Ummar, utara bandar Tebing Barat selatan Hebron.

Mohammad Awad, jurucakap dari Projek Solidariti Palestin, menyatakan bahawa Tentera Rejim itu menyerang penunjuk perasaan dan wartawan selama tunjuk perasaan yang diadakan di berhampiran Karmie Tzur secara aman dengan menggunakan bom asap, concussion grenades dan sebagainya.
Seorang wartawan, dikenalpasti sebagai Najih Al-Hashlamoun, sesak nafas selepas terhidu gas dan diberikan rawatan oleh kakitangan perubatan di tempat kejadian.

Awad menambah bahawa para penunjuk perasaan membawa bendera Palestin dan Turki, sambil meniup alat tiupan mereka sebagai bantahan.

Ini adalah pertama kalinya demonstrasi menggunakan alat tiupan dalam protes secara aman terhadap Zionis sebagai bantahan kepada Tembok Pemisah dan penempatan haram Yahudi.
Sumber : http://www.imemc.org

Tiada ulasan:

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design