Memaparkan catatan dengan label Kartun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kartun. Papar semua catatan
Khamis, 26 Januari 2017
HIDUP SUSAH TAPI INGAT TUHAN LEBIH BAIK DARI HIDUP SENANG TAPI TAK KENAL TUHAN
Dah namanya hidup di dunia, tentunya tak lari dari di uji tuhan. Dah namanya ujian, tentulah rasa sedikit susah. Ibarat amik exam, cikgu bagi soalan yang senang gile, pastu cikgu bagi skali skema jawapan, pastu bleh pulak tanya kawan, pastu bleh pulak sambil makan-makan, pastu orang lain pulak tolong jawabkan kat kertas soalan... Exam hapa namanya tu!!!???
Dah namanya exam, memang sukar. Sebab nak uji kemampuan kita. Lulus atau gagal. Tentulah rasa tertapis, tersaring. Hidup pun macam tulah. Kalau hidup kat dunia dah rasa senang, selesa, tak payah buat apa-apa pun boleh nikmati kemewahan, apa nak semua dapat, tu kena perati betul-betullah.
Kena selidik mana sumber kekayaan tu datang. Kalau sumbernya haram, maka haramlah hasilnya. Kena taubat dan kembali kepada Allah.
Dah tengah susah kena bersedekah lagi banyak?
Ye betul. Bersedekahlah hingga kamu kaya!
Jangan macam ade sorang member tu, Jagat nama dia, dia sound "Kang, duit yang ada ni nak buat makan untuk kita pun tak lepas tau... kita yang patut terima sedekah adela...". Amik kau, tak lama lepas tu dia makan sedekah. Syarikat melingkup sebab tipu orang sana sini. Pastu takmo bertanggungjawab. Tak boleh macam tu kawan... susah macamana pun kita kena bersedekah. Tapi dengan kadar yang dia paling mampu lah. Mungkin 20sen.
Jangan sesekali mempertikai orang bersedekah dengan duit singgit. Nak sound macam tu sound pada pak menteri, jutawan dan seumpamanya. Jangan baham rambang. Sound semua orang macam tu. Tak cukup akal namanya tu.
Hidup susah tapi ingat Tuhan, insyaallah diberkati.
Hidup senang ingat Tuhan, dapat nikmat duniawi & ukhrawi.
Hidup senang lupa Tuhan, tak sembahyang, kufur bila mati.
Hidup susah dan lupa tuhan, tak sembahyang, rugi duniawi & ukhrawi... Neraka menanti..
Selasa, 17 Mei 2011
JASA NASYA SIMPAN BUKU KARTUN SAYA BERUSIA 22 TAHUN SELAMA 14 TAHUN
Hari ini tercatat sebuah sejarah antara yang paling besar dalam hidup saya sebagai "kartunis".
Nasya yang lebih mesra saya panggil Din, telah mengadakan sebuah "majlis" gilang gemilang di villa Mawarnya. Dengan hidangan ala-ala royal, majlis dimulakan dengan ucapan ta'zim dan diikuti dengan MOU untuk projek mega yang dijangka bermula tidak lama lagi. Selepas taklimat perincian projek dilaksanakan, penyerahan "Artifak Bersejarah" dilaksanakan dengan penuh istiadat ( istiadat kartun! ).
Salah satu dari artifak yang dimaksudkan .
Rasa sayu dan terharu menyelubungi suasana. Nasya telah menjaga artifak tersebut selama lebih 14 tahun, tanpa ada sebarang cacat cela padanya. "Malah ia kelihatan seperti asal saat saya menyerahkannya kepada beliau pada tahun 1997 dulu", kata saya kepada ACHTUNG!. Artifak tersebut mengandungi hasil-hasil karya seawal tahun 1987 sehingga 1992. Bermakna, ia berusia lebih 20 tahun. Dan selama tempoh dalam simpanan beliau, tidak ada satu karya saya pun diciplaknya!!! Menurut beliau, "saya tak nak kartun ni, tapi saya nakkan orang yang lukis kartun ni!!!", kata Nasya dengan tegas sambil menjeling hidangan piza yang lazat!
Serikandi yang menjadi pendorong perjuangan kami.
Pc tablet yang menjadi senjata bantuan Nasya.
Taklimat modus operandi projek.
Menatap artifak buat kali terakhir.
Saya abadikan pertemuan ini dalam stor ACHTUNG!
Moga jadi penguat silaturrahim, dan pembakar semangat untuk kami terus BERDAKWAH dengan cara kami. Jangan fikir dakwah hanya dengan berceramah dan berusrah semata-mata. Kena sedar, bahawa terdapat 1001 cara HIKMAH dalam berdakwah. Anda dengan cara anda, kami dengan cara kami. Yang penting, matlamatnya satu dan tetap sama destinasinya. Moga diberkati Allah.
Buat Nasharuddin Zainal Abidin, saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas jasa menjaga artifak ini. Sehinggakan saya sendiri pun bagai tak yakin dapat simpan sebaik itu. Lagi satu, terima kasih atas "projek" ini! Moga dipermudahkan Allah. Moga kita berjaya!!! Amiin.
Ahad, 9 Januari 2011
Kartun : Panas...Dahaga...Haus!
Rabu, 8 Disember 2010
Kartun : Zam Ajak Makan

Masih lagi kartuntentang kawan saya bernama Zam ( Ijam ). Dia cukup minat bermain drum. Nak jadi professional drummer katanya. Rajin juga dia jamming. Lagu metal pun dia sebat. Tapi solat tak tinggal. Rajin pakai kopiah. Berbudi bahasa. Best la kawan ngan dia. Budak baik katakan. Jadi saya abadikan dalam episod ini. Sori heh Zam! Hehehe...
Nak besarkan kartun, klik kat gambar!

Ni dia Zam (Ijam) yang saya kata. Hensem kan... Single lagi, maksud saya belum berumahtangga. Moga beliau sukses dan berjaya dalam hidup. Jadi hamba Allah yang bertaqwa dan memperjuangkan syariat Allah. Lama sangat tak jumpa beliau. Nak jalan kaki ke rumah dia bukan tak sampai, cuma ambil masa mungkin berbulan atau bertahun, sebab beliau duduk kat Miri. Kami rajin berkongsi masalah, rajin isi masa lapang sama-sama, rajin sparing sama-sama ( sampai saya terkehel bahu kena tepis layang si Zam Tae Kwan Do dia ). Moga Allah rahmati dan pelihara beliau di dunia dan akhirat. Amiin.
Sabtu, 4 Disember 2010
Kartun : Zam Nak Kahwin
Rabu, 1 Disember 2010
Kartun : Kisah 3 Sekawan
Kartun ini dihasilkan tahun 2007 berdasarkan buku cerita kisah-kisah teladan. Ini pun merupakan draf untuk hasilkan idea sebelum dilukis semula dengan lebih sempurna. Tapi entah bila nak lukis balik, sebab ini merupakan antara bahan-bahan projek nak buat buku kartun yang akan diterbitkan secara komersil. Kira terbengkalai la projek tu. Hehehe...saya abadikan sajadi sini.



Kalau kecik sangat, besarkan...klik saja kat artwork tuya!
Sabtu, 13 November 2010
Kartun : Mesin Rumput (Bhg.1)
Nukilan idea 2002

Idea muncul bila sering melihat Cik Amin ( sebelah rumah mak ) potong rumput kelililng rumah. Saya pun "berimaginasi" dengan dunia potong rumput. Lakaran yang terhasil ani adalah draf. Brainstormlah senang kata dan belum dihasilkan kepada hasil sebenar. Tapi...entah bila nak siarkan kat publisher mana-mana... siapa publisher pun saya tak kenal.... last-last publish sendiri lagi senang ... hehehe
Isnin, 1 November 2010
Kartun : Bola ( Part 1 )

Nukilan terbaru, 1 November 2010.
ni nukilan paling baru ni. Panas lagi, sempena musim Liga Piala Malaysia yang baru tamat. Saya tak tengok pun, tapi idea muncul tiba-tiba pulak. Memang mengarutlah idea-idea tu. Orang pertama yang saya tunjuk secara rasmi, isteri saya. Aduuu...tak sangka pulak dia pecah tawa sampai meleleh air mata. Hehehe.. tak terniat pun nak buat beliau ketawa. Saya cuma minta komen mutu lukisan saya setelah sekian lama tak melukis. Terima kasih atas sokongan yang diberi wahai isteriku.
Kepada teman kartun ku yang istimewa ( Bro Nasha ), terima kasih bakar semangat saya untuk terus berkarya!
Ahad, 31 Oktober 2010
Kartun : Kirim
Karya tahun 1997

Idea muncul daripada pengalaman masa kecil melihat perangai abang saya yan
g suka kenakan adik-adik. Sikap abang saya tu saya abadikan dalam kartun di bawah. Ia dihasilkan pada tahun 1994.

Kalau tengok nama pena saya ada macam-macam. Nama pena saya antaranya :
a) Spesis Pupus
b) Udhel
c) Weld
d) Nwek
Sabtu, 30 Oktober 2010
Kartun : Pergi Masjid, Tapi Tak Solat Jumaat

Insiden di atas mengingatkan saya insiden di Surau An-Nur , Masjid Kampung Maju Jaya dan Masjid Felda Ulu Tebrau. Saya sering berada di saf hadapan menghadap tingkap. Jelas terlihat beberapa kumpulan anak-anak muda melepak tidak mempedulikan iqamah yang menandakan solat Fardhu Jumaat akan didirikan. Tidak sedikitpun riak wajah mereka merasa cemas akan terlewat mendapatkan saf. Saban minggu perkara yang sama berulang bagai tak kan ada yang akan menegah mereka.
Saya berasa amat sedihSedangkan Rasulullah berpesan, sesiapa yang sengaja meninggalkan solat Jumaat, segera dipaksa bertaubat. Sekiranya enggan, dihukum pancung!!! Betapa kerasnya peringatan Allah. Tak gerun ke kita dengan ancaman Allah? . Justeru para ibu bapa, pastikanlah anak-anak anda solat Jumaat. Pastikanlah dengan apa cara sekalipun. Jangan sampai bumi bertuah ini Allah timpakan balak bencana dan baru kita nak menyesal. Tatakala itu, bumi hanya tinggal debu bersama tulang-tulang anak isteri kita yang berserakan. Jangan biarkan anak-anak kita berdosa.
Kartun : Merokok "Awet Muda"
Kartun : Peperiksaan Semester 2, 2010

Selamat menempuhi Peperiksaan Semester 2 buat adik-adik yang masih bersekolah. Tengah musim peperiksaan ni macam-macam kerenah adik-adik kita. Bagi yang always prepare, berbahagialah mereka sebab kerja tak berat untuk mengulangkaji. Tapi bagi yang study last minute, kita ucapkan selamat berjuang kepada mereka. Tentu agak menyiksakan, maklumlah terpaksa strugle satu malam untuk topik 1 tahun!!! Hebat betul mereka. Apapun pastikan usaha adik-adik disertakan dengan Ismullah dan doa serta tawakal. Jangan terlalu confident dan jangan tak ada confident. Moga Allah berkati usaha kalian. Kerana usaha yang kecilpun kalau diberkati Allah, hasilnya sangat besar!
Kartun : Mulakan Dengan Ismullah

Ini pun draf yang saya scan direct.
Tak edit pun guna komputer.
Ini hasil kerja masa 2005.
Mengingatkan saya supaya segala perkara perlu dimulai dengan nama Allah. Bila kita niatkan segala perkara yang baik dengan nama Allah, ia akan menjadi ibadah. Pada masa yang sama kita berusaha sebaik mungkin dan kemudian bertawakal. Kita juga perlu berpada-pada dalam membuat perkara yang baik. Jika tidak, sebaliknya pula akan berlaku. Berwaspadalah.
Langgan:
Catatan (Atom)










