Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.
Memaparkan catatan dengan label Familiku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Familiku. Papar semua catatan

Isnin, 29 Ogos 2011

Tahun Ni Beraya kat Kuala Terengganu


Ramadhan dah berada di penghujungnya.
Tahun ini giliran beraya di Kuala Terengganu. Kalau diikutkan perancangan, kami akan bertolak pada petang Jumaat, sebaik mengambil isteri di sekolah, terus bertolak. Tapi kesihatan saya masih belum mengizinkan. Bengkak tonsle (betul ke eja ni?) dengan demam dan batuk menjadikan saya tidak bermaya. Oleh kerana faktor tersebut, dan ditambah lagi rumah mak belum siap dihias, saya tangguhkan ke tengah hari Sabtu.

Sebaik bertolak, kira-kira 15 minit kemudian, kami terlibat dengan jem teruk di persimpangan Taman Seri Saujana Kota Tinggi. Kereta bergerak sikit-sikit je. Mungkin jem musim perayaan, orang nak balik raya kot...
Tapi setelah hampir 40 minit jem, baru tau puncanya. "ROADBLOCK"!!!
Terus teringat berita malam tadi... pihak berkuasa tak akan adakan roadblock bagi menjamin kelancaran lalu lintas. Sebaliknya pasukan mereka akan bertugas serata Malaysia dengan pakaian preman dan penyamaran tertentu sebagai gantian. Mana daaaa janji???? Ni mereka bukan main galak menyaman orang. Abang saya kata, "mereka" ni yang patut kena saman sebab menghalang lalu lintas.!!!

Apa-apa pun mereka ni sekadar menjalankan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan. Orang atas mereka yang bagi arahan. Moga mereka dapat telus dalam menjalankan amanah.
( Teringat pula saya peristiwa baru-baru ni kena "sound" oleh anggota Polis Trafik sebab tanya jalan untuk ke Balai Polis Trafik. Apa ingat orang yang kena saman tu JAHAT sangat ke sampai nak cakap elok-elok pun tak boleh? Mana "CEPAT, MESRA DAN BETUL"? anda tu? ).

Sampai area Mersing, satu kemalangan ngeri berlaku. Melibatkan sebuah Avanza. Bantai benteng jambatan. Kes potong tak lepas ke, ngantuk ke, tak tahulah... Moga anda yang dalam perjalanan sentiasa berhati-hati dan berwaspada. ACHTUNG!



Perjalanan balik kali ini tidak tergesa-gesa. Kami santai-santai je, tak kejar masa. Suka sepanjang perjalanan wajah isteri dan anak ceria. Kalau kejar masa, dah tentu masing-masing stress. Kita pun tak syok. Menjelang buka, kami singgah di Rompin.





Kami sampai jam 2.30 am.
Alhamdulillah. Semua selamat... (takleh sambung tulis... isteri ajak beli barang buat kuih...hehe)

Ahad, 2 Mei 2010

Balik Tebrau

Cuti hari buruh, kami balik ke Tebrau. Jauh betul!
Saja berehat dan tenangkan hati. Masa yang sama, nak ke Majlis Perkahwinan anak "Tok Guru Ngaji" saya, Ustaz Md. Din. Rumahnya kini di Bukit Tiram.
Ni gambar dan video Sufiah main dengan sebahagian sepupu-sepupu dia.



Ingatkan nak ajak mak sekali gi shopping...tapi belum ada rezeki daaa.

Isnin, 2 November 2009

MAJLIS DOA SELAMAT KELUARGA TUAN AHMAD

Tarikh : 1 November 2009 ( Ahad )
Lokasi : Rumah Cik Noh
Masa : Lepas Zohor
Majlis : Doa selamat keberangkatan embah dan pengiring ke Tanah Suci Mekah

Majlis doa selamat di kalangan ahli keluarga telah dilaksanakan secara ringkas di rumah Cik Noh. Nak buat kat rumah embah, ruang parking sagat terhad, tambahan lagi keadaan rumah Cik Noh lebih memudahan lagi kelancaran jamuan majlis memandangkan beliau memiliki "tentera" yang ramai.
Majlis dimulakan sebaik selesai solat Zohor yang tunaikan secara berjamaah. Imam yang dilantik khas ialah Alfadhil Ustaz Zuraini dan bilalnya Ustaz Cik Man, manakala makmumnya Embah lanang, Embah Shukor, Wak Yak, Cik Jun, Cik Megat, dan sepupu-sepupu bak yang besar mahupun yang kecil. Selesai beribadah secara khuyuk dan tawadhuk, ucapan aluan dan bacaan Yassin serta doa selamat diketuai oleh Cik Noh sendiri dimulakan.
Selesai semuanya, Cik Noh bagi free makan kismis "special"...tak ada kat tempat lain!
Kemudian seluruh ahli keluarga menikmati jamuan dan bergambar.

Tu embah lanang dan embah wedhok. Yang tengah-tengah tu embah jugak!!! Embah Ustat!!! (jangan mara haaa...)
Banyak lagi gambar yang belum dimuatkan kerana kesuntukan masa. Insyaallah next time.
Kalau sesiapa nak CD gambar, email saya dengan menyatakan hasrat untuk memilikinya beserta alamat surat menyurat. Sebarang bayaran tidak dikenakan cuma digalakkan :D
Wassalam

Selasa, 16 Jun 2009

Cuti Semester 1 2009


Cuti sekolah bermula, balik kampung ( Kuala Terengganu ). Bercuti di sana dari mula cuti sampai 10 Jun. Tapi, sepanjang di kampung kurang sihat pulak. Jadi banyaklah aktiviti yang dirancang tak dapat dilaksanakan.
1 Jun 2009

Sufiah nak kena pijak tanah tumpah darah dia sendiri baru boleh jalan. Nak genap setahun lima bulan baru boleh jalan laju. Terkedek-kedek dia jalan.

Penat berlatih jalan Tok Nong dia hidangkan Kayu Keramat, Jagung Rebus (beli kat pasar malam simpang 4 kg maju Jaya hehe..), dan bubur kacang. Hmm... sampai guna dua-dua tangan makan hehe...

Masuk azan maghrib, terus je amik sejadah dan terus solat. Aduuu...sejuk hati tengok si kecil ni. Mudah-mudahn ini jadi latihan yang akan mengikat hatinya dengan Allah. Rajin-rajin solat awal waktu ye Sufiah.

Lepas je dia "solat"...tup-tup hilang...cari punya cari, rupanya diam-diam dia belajar jawab telefon. Mana pulak dia belajar? Alhamdulillah, terang hati budak ni. Mungkin dia belajar dari pemerhatian.

2 Jun 2009

Sekali ajar je naik turun tangga, terus dia boleh buat. Berkali-kali dia berlatih. Sampai berpeluh-peluh. Seronok tengok. Nak kena ajar cara betul, kalau tak dia tersungkur kan kita juga susah. Betul tak?

Pernah makan di warong ICT ( Ikan Celup Tepung )? Ni mak mertua yang belanja. Macam malu jugak nak makan, tapi sedar tak sedar tetiba dalam rasa malu-malu tu, semua ikan dah tinggal tulang. Sotong dan mee pula dah tinggal pinggan je...hehehe... Terima kasih mak! Tu Sufiah tengah engok anak kambing.

Hari yang sama berziarah ke rumah Allahyarhamah Marini. Beliau telah kembali ke Rahmatullah pada 27 Mei 2009.

Menziarahi pusara Allah yarhamah Marini. Air mata tak tertahan bila mengetahui rentetan hari-hari akhir sebelum pemergiannya. Alhamdulillah, Allah tidak putus-putus menurunkan rahmatNya untuk beliau. Persoalannya, "bahagian" kita pula nanti bagaimana agaknya? Itulah yang sangat meresahkan.

4 Jun 2009

Inilah bot yang membawa kami ke tengah laut. OPERASI MENCANDAT SOTONG! Dah lama idamkan saat ini. Tapi, tengah demam kronik pulak. Sepanjang perjalanan nak ke pelabuhan, perut dah mual, kepala dah pusing. Sampai pelabuhan cari tandas, terus "terbelahak". Pening daaa...

Si kecil ni macam tau-tau kita nak gi jauh. Tak mau dengan mak dia, apatah lagi orang lain. Ni tengah pujuk la ni. Sayu tengok wajah dia.

Abg Mat (biras) antara orang pertama dapat sotong sebaik kapal berlabuh. Besar wooo sotong ni.

Matahari dah mula terbenam, kepala mula makin "senoneng".

Ini hasil pertama tangkapan saya. Saiz sama macam Abg Mat punya. Nampak je kecil kan. Tapi panjang dia dari hujung jari sampai hujung siku. Baru tangkap kaler dia merah, selang 5 minit ke sepuluh minit warna dia jadi putih.

Antara geng-geng Abg Mat yang join ekspedisi candat sotong.

6 Jun 2009

Menziarahi Ayah Ki. Beliau baru berhijrah ke rumah baru di Kebur Air. Semoga Allah panjangkan usia dengan penuh keberkatan dan dilimpahi rahmatNya. Amiin.

Selasa, 3 Februari 2009

Hari Keluarga

Alhamdulillah, hari keluarga kami telah berjaya dilaksanakan pada 26 Januari 2009 yang lalu. Lambat pula nak simpan kat blog ni buat kenangan. Aktiviti dilaksanakan di Mutiara Motor Resort. Masya Allah ramainya orang. Hampir seluruh kawasan penuh. Resort berhampiran pun dah tiada ruang. Maklumlah, cuti tahun baru cina. Masing-masing cari ruang untuk beriadah bersama keluarga.

Betapa besar nikmat tuhan, sehinggakan setiap manusia baik yang beriman mahupun yang kufur, semuanya bergantung dan amat memerlukan kepada nikmat tersebut. Pantai yang Allah ciptakan, walau sekadar pasiran dan air masin, dengan izinNya berhasil menenangkan hati dan merehatkan minda. Semoga kita beroleh rahmat dan kasih sayang Allah sepanjang hayat. Amiin.

Rabu, 7 Januari 2009

Selamat Ulang Tahun Pertama Sufiah

Sufiah Hayati...

Abi dan Umi doakan dirimu dirahmati dan diberkati. Moga setiap hembusan nafasmu bergema kalimah Toyibah, dan setiap denyutan nadimu terukir syahadah. Moga akhlakmu seharum kasturi syurga. Selamat Ulang Tahun Puteriku. :-)
ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design