Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Khamis, 29 Januari 2009

Anak ini tidak mengerti apa-apa...
Dia belum sempat mengenali dunia, jauh sekali menikmati keenakan dunia.

Anak ini tidak ada dosa, sebaliknya pahala yang tidak henti-henti mengalir untuk ibu bapanya yang telah syahid.

Anak ini...siapakah yang akan membela nasibnya?

Apakah hubungan darah anak ini dengan kita?

Anak ini saudara kita. Saudara seagama kita. Apakah peduli kita terhadapnya? Doa? Ada doa khusus kita untuk anak ini? Ada bantuan kita selain doa untuk anak ini?

Anak ini adalah antara anak-anak Palestin yang malang. Mereka adalah di antara jutaan anak-anak yang akan menuntut kita di akhirat nanti lantaran membiarkan mereka terkorban tanpa sempat dewasa untuk membela agama Allah. Mereka menuntut janji kita yang berikrar untuk membela mereka kala mereka derita dicincang si kafir Yahudi Laknatullah!!!

Apa yang kita lakukan saat mereka merintih?

Si Bacul Kembali Cari Pasal

28 Jan 2009 ( Rabu ) jet pejuang kafir Israel menggempur daerah perbatasan antara Jalur Gaza dan Mesir di selatan Rafah, wilayah selatan Semenanjung Gaza pada waktu pagi . Israel memberikan alasan serangan disasarkan kepada terowong-terowong yang disangka digunakan untuk menyelundupkan senjata ke Jalur Gaza. Ini merupakan serangan paling ganas dilancarkan Israel sejak mereka mengisytiharkan gencatan sepihak pada 18 Januari lalu. Sumber-sumber menegaskan, “Pesawat tempur kafir Israel jenis F16 menggempur daerah perbatasan Jalur Gaza dengan Mesir di daerah kampung as Salam dan Abdu Jabar di kota Rafah, wilayah selatan Jalur Gaza, dengan 4 roket.

Serangan ini terjadi sebelum pasukan keamanan Palestin yang berada di garis sempadan mula meninggalkan pos-pos mereka. Sementara itu pasukan keamanan Mesir sudah lebih dahulu menghindari sempadan tersebut cukup jauh setelah mendapatkan peringatan niat Israel menggempur kawasan terbabit.

Rabu, 28 Januari 2009

Kursus As-Syaatir

Alhamdulillah.
Baru menamatkan kursus Bacaan Al-Quran As-Syaatir pimpinan Ustaz Arwani.
Kursus berlangsung 1 dan 2 Januari 2009 yang lalu.




Isnin, 26 Januari 2009

Gerhana Matahari

Alhamdulillah, seronok dapat tengok gerhana matahari. Takjub rasa melihat kebesaran Allah. Dapat jugak tunaikan solat sunat gerhana dalam perjalanan balik hari keluarga di Mutiara Motor Resort, Sedili.

Rabu, 21 Januari 2009

Awas Simbol Berikut

*Mohon izin daripada penulis blog KARENAH DUNIA untuk menyebarkan semula maklumat ini dalam blog ini untuk kepentingan bersama.

Pernahkah anda nampak simbol di atas?
Tak perasan kat mana? Biasanya ada tulis kat :

1. Bawah botol plastik
2. Bentuk segitiga
3. Dalam segitiga ada nombor
4. Nama jenis plastik terletak di bawah simbol

JENIS PERTAMA
PETE atau PET (Polyethylene Terephthalate) . Biasa digunakan untuk botol plastik, berwarna jernih/lut sinar seperti botol air mineral, botol jus, dan hampir semua botol minuman.
Hanya boleh digunakan sekali sahaja. Jika terdapat air panas di dalamnya, ianya akan mengakibatkan lapisan polimer pada botol tersebut meleleh dan mengeluarkan karsinogenik yang boleh menyebabkan kanser.

JENIS KEDUA
HDPE (High Density Polyethylene) . Biasa dipakai untuk botol susu yang berwarna putih susu, tupperware, serta bekas air minuman. HDPE memiliki sifat bahan yang lebih kuat, keras dan lebih tahan terhadap suhu tinggi. HDPE merupakan salah satu bahan plastik yang selamat untuk digunakan kerana kemampuannya mencegah reaksi kimia antara plastik berbahan HDPE dengan makanan/minuman. Ia juga hanya elok di pakai sekali sahaja.

JENIS KETIGA
PVC bermaksud ( Polyvinyl Chloride) . Plastik ini biasanya terdapat pada plastik pembungkus (cling wrap). Elakkan dari menggunakan bahan yang memiliki simbol ini. Reaksi yang terjadi antara PVC dengan makanan berpotensi berbahaya untuk ginjal, hati dan berat badan. Sebaiknya kita guna pembungkus jenis polietilena atau bahan alam seperti daun pisang.

JENIS KEEMPAT
LDPE (Low Density Polyethylene) ialah plastik coklat (thermoplastic/diperbuat dari minyak bumi), biasa di gunakan sebagai tempat makanan, bekas plastik, dan botol-botol yang lembik. Barang berbahan LDPE ini sukar dihancurkan tetapi baik untuk tempat makanan.


JENIS KELIMA
PP (Polypropylene) adalah botol lutsinar biasa yang tidak jernih. Polipropilen lebih kuat dan ringan dengan daya tembus wap yang rendah,ketahanan yang baik terhadap lemak, stabil terhadap suhu tinggi . Jenis ini adalah pilihan bahan plastik terbaik, terutama untuk tempat makanan dan minuman serta yang terpenting botol minum untuk bayi.

JENIS KEENAM
PS (Polystyrene) biasa digunakan sebagai tempat makan styrofoam, tempat minum sekali pakai dan lain-lain. PS merupakan polimer aromatik yang dapat mengeluarkan bahan styrene ke dalam makanan ketika bersentuhan dengan bahan tersebut. Selain tempat makanan, styrene juga terdapat dari asap rokok, asap kenderaan dan bahan konstruksi gedung. Bahan ini harus dihindari, kerana selain berbahaya untuk kesihatan otak ia juga mengganggu hormon estrogen pada wanita yang mengakibatkan masalah reproduksi, pertumbuhan dan sistem saraf. Ketika dibakar, bahan ini akan mengeluarkan api berwarna kuning jingga dan meninggalkan jelaga.

JENIS KETUJUH
Angka 7 di tengahnya, serta tulisan OTHER. Untuk jenis plastik 7 Other ini ada 4 jenis iaitu:
1. SAN - styrene acrylonitrile
2. ABS - acrylonitrile butadience styrene
3. PC - polycarbonate
4. Nylon
Boleh didapati pada tempat makanan dan minuman seperti botol minum olahraga, komputer, alat-alat elektronik. Barangan plastik SAN dan ABS bertindak tinggi terhadap reaksi kimia dan suhu, kekuatan dan tingkat kekerasan yang telah ditingkatkan. Biasanya terdapat pada mangkuk mixer, pembungkus thermos, piring, alat makan, penapis kopi dan berus gigi. ABS biasanya digunakan sebagai bahan mainan Lego. Plastik jenis ketujuh ini merupakan salah satu bahan plastik yang sangat baik untuk digunakan dalam barangan makanan ataupun minuman.

PANDUAN KEPADA PENGGUNA
1. Simbol berangka 1, 3, 6 dan 7 (PC), seluruhnya memiliki bahaya secara kimia. Gunakan hanya sekali pakai.

2. Selamat jika menggunakan plastik bersimbol 2, 4, 5 dan 7 ( SAN atau ABS)

3. Hindari penggunaan botol lastik untuk menyimpan air minuman. Jika penggunaan botol plastik berbahan PET (simbol 1) dan HDPE (simbol 2) , tidak dapat dielakkan, dan gunakanlah untuk sekali pakai. Gantilah dengan botol stainless steel atau gelas/kaca.

4. Cegahlah memanaskan makanan yang disimpan dalam plastik khususnya pada oven. Bungkuslah terlebih dahulu makanan dengan daun pisang atau kertas sebelum dibungkus dengan plstik pembungkus ketika dipanaskan dalam mikrowave.

SENI SILAT DI MALAYSIA

Pernah terfikir berapa banyak seni silat Melayu yang wujud di negara kita?

Baru-baru ini saya rasa teringin untuk mengetahui jenis-jenis silat yang wujud dan masih aktif di negara ini. Namun jika maklumat ini anda dapati kurang tepat, sila maklumkan kepada saya ya.

SENARAI SENI SILAT DI MALAYSIA


1. Seni Gayung Fatani
2. Silat Gayong Malaysia
3. Silat Gayung Asli
4. Silat Gayung Lima
5. Silat Gayung Tujuh
6. Silat Gayung Cekak Sendeng
7. Silat Gayung Gerak Serentak
8. Silat Gayung Ghaib
9. Silat Gayong Ghaib Ghadiwat Panca Purba Gerakan Sembilan
10. Silat Gayong Ghaib Nusantara
11. Silat Gayung Harimau
12. Silat Gayong Harimau Hitam
13. Silat Gayong Helang Merah
14. Silat Gayong Jati
15. Silat Gayung Karomah
16. Silat Gayong Kedah
17. Silat Gayung Khalifah
18. Silat Gayung Laksamana
19. Silat Gayong Lian
20. Silat Gayong Maarifat
21. Silat Gayung Lincah
22. Silat Gayungman Asli
23. Silat Gayungman Kedah
24. Silat Gayung Pancaindera Sembilan
25. Silat Gayung Pancasila
26. Silat Gayung Panglima Ahmad
27. Silat Gayong Pusaka
28. Silat Gayung Semarang
29. Silat Gayong Seni Bunga
30. Silat Gayong Siam
31. Silat Gayong Singa Berantai Malaysia
32. Silat Gayung Tok Janggut
33. Silat Pusaka Gayong
34. Silat Gayongman Gerak Satu
35. Silat Gayong Sri Fatani
36. Silat Gayong Sri Gemuruh
37. Silat Gayong Tunggal
38. Silat Gayung Zahir Sembilan
39. Pancasila Seni Silat Gayong Pongok
40. Silat Pancasila Gayong Harimau
41. Silat Penyatauan Gerak Seni Gayong Sentuhan
42. Silat Pusaka Gayong Panglima
43. Silat Gayung Umar Umaiyah
44. Seni Silat Gabungan GerakPanca
45. Silat Garuda
46. Silat Garuda Kedah
47. Silat Garudasakti
48. Silat Gabungan Lima
49. Silat Gabungan Panji
50. Silat Gelut
51. Silat Gelombang
52. Silat Geggeran Petani
53. Silat Gerak
54. Silat Gerbang Sakti
55. Silat Gayung Penggerak
56. Silat Cekak Ustaz Hanafi
57. Silat Cekak Malaysia

Anda berkenan yang mana?

Rabu, 14 Januari 2009

Ucapan Buat Zaidi Jalal


Hari Ke-18 Perang Furqan

Batalion Asy-Syahid Izzuddin Al-Qassam, melaporkan bahawa pihaknya berjaya menyusup ke bahagian barisan belakang Israel yang menyerang timur bukit Al-Kashif, utara Gaza dan menghancurkan sejumlah besar kenderaan tentera mereka.

Menurut suatu sumber, Batalion Asy-Syahid Izzuddin Al-Qassam berjaya menyusup masuk ke arah belakang barisan pihak musuh kira-kira jam 7.00 petang, Selasa (13/Jan) di wilayah Al-Wade timur bukit Al-Kashif. Langkah ini diambil sebaik memerhatikan pergerakan besar-besaran pihak musuh ke wilayah tersebut. Beberapa saat kemudian mereka menghancurkan sejumlah kenderaan tentera Israel.

Batalion Asy-Syahid Izzuddin Al-Qassam telah menggunakan dua buah bom penghancur jenis Shuwaz 3 . Hasilnya, dua buah kenderaan pengangkut milik pihak musuh berjaya dimusnahkan, dan salah satu daripadanya musnah sepenuhnya. Disamping itu mereka juga berhasil memusnahkan sebuah tank Israel dengan pelancar roket RPG anti-tank. Pada masa yang sama, sedang tank-tank Israel lain berusaha menyelamatkan rakan mereka yang cedera dan mati, mujahidin Al-Qassam menyerang mereka dengan bom Shuwaz 3 dan memberikan kemusnahan yang besar.

Batalion itu juga menegaskan bahwa para pejuang mereka berhasil kembali ke pangkalan dengan selamat setelah melakukan operasi jihad ini. Sejumlah besar pasukan Israel tewas dan sejumlah lainnya cedera dalam operasi jihad Al-Qassam yang kali ini memberikan tamparan hebat kepada pasukan komando elit tentera Israel. Para tentera Israel juga digerunkan dengan serangan jihad kali ini yang mereka jangka mudah dipatahkan dengan kelengkapan perang yang mereka miliki.


Batalion Asy-Syahid Izzuddin Al-Qassam menegaskan pihaknya akan terus melakukan usaha pembelaan terhadap tanah air Palestin di Semenanjung Gaza dan memberikan pengajaran secukupnya kepada penjajah kafir Yahudi sehingga pihak kafir Yahudi itu sendiri keluar dari bumi suci Allah ini.




Selasa, 13 Januari 2009

Salam Buat Semua


TERKINI : PALESTIN

Briged Al-Qassam:

1) Asy Syahid Mahmud Arrifi telah berjaya mengheret 2 orang tentera Israel untuk di jadikan tawanan. Tetapi dalam pada usahanya itu, beliau bersama kedua-dua tentera Israel tersebut telah diserang oleh pesawat pejuang Israel.

2) Brigade Al-Qassam berhasil membunuh 2 komandan Israel dan 2 tentera biasa di Gaza.

Jumaat, 9 Januari 2009

Kenali Palestin


Palestin adalah sebahagian ujian Allah ke atas umat nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam. Dari tiga bumi suciNya ( tanah haram ) itu, Allah memberi keamanan untuk Makkah dan Madinah, tetapi tidak untuk Palestin. Palestin sentiasa berdarah dan jika ia aman seketika atau lebih lama daripada itu, di sekelilingnya adalah penuh dengan komplot dan konspirasi musuh untuk merampas dan menghancurkannya kembali.

Ia menjadi rebutan sepanjang zaman untuk umat tiga agama langit yang memiliki kitab samawi masing - masing yang mendakwa sejarah pendudukan dan pemerintahan di situ.
Jika tidak kerana Allah menghukum dan memutuskan bahawa bumi haramNya itu adalah milik hambaNya yang bertaqwa yang berada di atas jalanNya yang lurus, iaitu Islam, agama tauhid nabi Ibrahim al hanif alaihissalam, iaitu datuk kepada ketiga - tiga umat tersebut, maka tiadalah umat Islam memiliki hujjah mutlak untuk memilikinya.

Mencintai Palestin adalah tanda iman dan taqwa. Kita mesti mencintainya melebihi kecintaan kita kepada tanah air sendiri.

Roda zaman yang berpusing menentukan bahawa bangsa Yahudi telah berjaya merampas dan mendudukinya kini selepas perjuangan lama mereka untuk menguasainya semenjak ribuan tahun dahulu. Selepas mereka menguasainya, impian dan angan - angan mereka begitu memuncak bahawa merekalah anak - anak tuhan yang diberkati segala tindakan mereka.

Hanyalah yang menghantui keyakinan mereka adalah pengetahuan tersembunyi mereka bahawa Palestin ini sebenarnya dan kesudahannya adalah milik umat yang menjadi musuh nombor satu mereka. Mereka tahu Palestin adalah untuk umat Islam.

Khamis, 8 Januari 2009

Qunut Nazilah

Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan leher musuh -musuh kami kepada Engkau
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan pertubuhan mereka

Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing-anjing Engkau kepada mereka
Wahai Tuhan yang gagah perkasaWahai Tuhan yang Maha Kuat
Wahai Tuhan yang ada bersifat murka




Ya Allah Ya Allah Ya Allah,Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Dan menangkan kami ke atas mereka

Wahai saudaraku seagama sekalian, demi kekejaman yang keterlaluan oleh golongan kafir yahudi itu, sama-sama kita membaca doa qunut di atas. Moga kita tidak tergolong di dalam golongan mereka yang tidak melakukan apa-apa untuk membantu saudara kita yang di cincang di Palestin. Ingat, para syahid Palestin akan menuntut kita di akhirat atas apa yang kita lakukan untuk membantu mereka mempertahankan hak Allah!

Rabu, 7 Januari 2009

Bersatulah Wahai Umat Islam

Ya Allah Ya Zaljalaliwal Ikram . . .
Binasakanlah tangan-tangan mereka yang kotor itu ya Allah
Luluh benar hati ku melihat anak ini
Apalah dosanya
Ya Allah
Takdirkanlah yang terbaik buat Umat Islam
Satukanlah Umat Islam seluruh dunia ini
Bantulah Umat Islam
Ya Allah

Moga Allah Celakakan Kafir Israel



Allahuakbar!!!

Ya Allah, indahnya jika darah yang melimpah itu adalah darahku kerana mempertahankan agama Mu.

Ya Allah, hancurkanlah kekuatan tentera Israel yang mengkufuri nikmat Mu. Berilah petunjuk kepada mereka. Seandainya mereka ingkar, binasakanlah mereka sedahsyatnya... Amiin!!!

Selamat Ulang Tahun Pertama Sufiah

Sufiah Hayati...

Abi dan Umi doakan dirimu dirahmati dan diberkati. Moga setiap hembusan nafasmu bergema kalimah Toyibah, dan setiap denyutan nadimu terukir syahadah. Moga akhlakmu seharum kasturi syurga. Selamat Ulang Tahun Puteriku. :-)
ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design