Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.
Memaparkan catatan dengan label sejarah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sejarah. Papar semua catatan

Isnin, 12 September 2011

PERISTIWA BUKIT KEPONG

anggota Polis Bukit Kepong

polis bantuan dan pangkat rendah



tapak balai polis yg dibakar komunis

Berikut pula mayat anggota polis yang terbakar :



Berikut pula adalah anggota polis yg terselamat (semua telah pun meninggal dunia kini) :


mm Abu Bakar


mm Ahmad Khalid


mm Othman Yusof


mm Yusof Rono



Berikut pula adalah anggota Polis yang terkorban:


Sarjan Jamil


kpl Mohd Yassin Abd Wahab


Lans kpl Jidin Omar


mm Hamzah Ahmad


mm Hassan Othman


mm Ibrahim Adam


mm Jaafar Hassan


mm Mohammad Jaafar


SIAPA MAT INDERA



NAMA PENUH : Ahmad bin Indera

LATAR BELAKANG :

1. KELAHIRAN : 29 Disember 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat.

2. Berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi Panglima Kanan Sultan Sharif di Siak. Memiliki sifat terpuji seperti lemah lembut, peramah, mudah tersenyum, suka melawak, tidak mudah marah dan tidak gemar menyakiti hati orang lain.


3. Seorang hafiz al-Quran, gemar bernasyid, berkasidah dan berzanji.

4. Berguru kepada Kiyai Haji Fadzil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat DYMM Sultan Ibrahim. Menamatkan persekolahan peringkat darjah enam sekolah agama pada tahun 1937, dan bertugas sebagai seorang guru agama di Parit Setongkat, Muar.

5. Melibatkan diri dalam politik dengan tujuan memerdekakan tahah air daripada penjajahan Inggeris .Beliau menjadi ahli sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ishak Haji Mohammad;Mat Indera juga aktif didalam pergerakkan yang dikenali sebagai Angkatan Pemuda Insaf (API).

6. Mat Indera telah memilih untuk masuk ke hutan dan meneruskan perjuangan secara gerila pada bulan Jun 1948, mungkin terpengaruh dengan perjuangan Revolusi Indonesia menentang Belanda. Selepas British mengambil alih semula Malaya daripada Jepun, Mat Indera telah menubuhkan Malay Nationalist Party (MNP) pada tahun 1947 di Muar dan turut menjadi setiausaha Muar Malay Harbour Board Labour Union. Memandangkan modus operandi PKM merekrut kader-kader baru komunis melalui kesatuan sekerja, Mat Indera turut dijadikan sasaran apabila beliau mula direkrut oleh G.H Jasman, wakil Seksyen Melayu PKM bermula pada bulan Januari 1948 yang sering melawatnya dan berusaha mendoktrin Mat Indera dengan ideologi perjuangan komunis sehingga mendapat simpati Mat Indera.

7. Beliau bergerak di daerah Muar, sekitar kawasan Lenga, Pagoh, Jorak, Bukit Kepong dan Poris. Memandangkan gerakan gerila yang sudah sedia aktif bergerak di dalam hutan ialah kumpulan orang-orang Cina dikenali sebagai Bintang Tiga,maka Mat Indera tidak punya pilihan melainkan perlu membina hubungan dengan mereka sebagai pelindung walaupun hakikatnya matlamat perjuangan berbeza;atas dasar inilah Mat Indera dilabel sebagai komunis yang ganas, berbahaya dan tidak beragama. Mat Indera menjadi ketua gerila PKM Melayu bagi Daerah Muar,Batu Pahat dan Melaka. G.H Jasman turut memberikan beberapa buah buku berkenaan komunis kepada Mat Indera yang antaranya bertajuk What is MCP yang ditulis oleh Komrad Wright@Lai Tek sendiri. dan buku bertajuk Dialectic Materialism. Walaupun teori tentang komunis yang cuba diketengahkan oleh buku-buku tersebut jelas bertentangan dengan Islam, G.H Jasman akhirnya dapat mempengaruhi dan memujuk Mat Indera menerima perjuangan komunis dan menyertai PKM dengan alasan komunisme berbeza dengan agama dan Mat Indera turut dibenarkan mengamalkan Islam selagi tidak menjejaskan aktiviti komunis. Mat Indera akhirnya menyertai PKM pada 13 Julai 1948 dan dilantik sebagai Pegawai Am dalam Gerila Melayu Malaya, sayap Melayu PKM dan terus menjalankan aktiviti komunis dalam usaha meresapi dan menyusup dalam masyarakat orang Melayu di sekitar Muar dan Batu Pahat melalui surau dan masjid. Latar belakang sebagais eorang guru agama Mat Indera telah dieksploitasi komunis dalam usaha merekrut orang Melayu menyertai komunis dan memberi sokongan kepada perjuangan komunis yang telah banyak menzalimi orang Melayu terutama di era Bintang Tiga hingga mewujudkan kebangkitan orang Melayu melalui Perjuangan Pahlawan Parang Panjang. Akibat keganasan dan kezaliman komunis semasa Bintang Tiga terhadap orang-orang Melayu,PKM@BintangTiga telah dicop sebagai musuh utama orang Melayu pada waktu itu.

8. Mat Indera menempa nama sebagai pejuang gerila yang paling dikehendaki apabila dikaitkan dengan peristiwa serangan Balai Polis Bukit Kepong. Sebaliknya menurut saksi, seorang anggota polis marin bernama Abu Bakar yang terselamat dalam serangan, Mat Indera tidak tidak terlibat menembak atau menyerang anggota Polis, sebaliknya melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis di Rumah Pasong Bukit Kepong.


9. Mat Indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggot polis yang berjudi dan mabuk pada malam Tahun Baru Cina, sebaliknya gerila-gerila Cina di bawah arahan beliau telah membuat pakatan rahsia dan mengingkari perintah lalu membakar dan membunuh polis.


10. Tragedi Bukit Kepong dijadikan alasan oleh Inggeris untuk mengukuhkan dakwaan keganasan dan kekejaman Mat Indera.Inggeris menetapkan reward $75,000 sebagai hadiah tawaran penangkapan. Mat Indera dikatakan mempunyai ilmu ghaib dan telah beberapa kali terlepas daripada tangkapan.

11. Namun salah seorang pengikutnya bergelar Mat Tukyo telah ditangkap Inggeris dan dipujuk untuk membelot bagi menangkap Mat Indera.Mat Tukyo berunding dengan 2 orang kawannya yang lain yang dikenali sebagai Beladang dan Misban. Mereka bersetuju untuk bekerjasama dengan Inggeris setelah permintaan mereka untuk diberi ganjaran sekeping tanah untuk tapak rumah dan kebun diterima oleh Inggeris.

12. Pada malam 14 oktober 1952, Mat Indera dijemput ke sebuah perjumpaan di kampung Seri Medan, dan dihidangkan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dgn kecubung,yang boleh menyebabkan rasa mengantuk dan mabuk jia meminumnya.

BUAH KECUBUNG
BUNGA KECUBUNG

13. Mat Indera setelah diberi minum air kopi bercampur kecubung itu telah tidak sedarkan diri; maka pada ketika itulah Mat Tukyo mencabut segala tangkal. Di katakan tangan Mat Indera diikat dengan lalang dan kemudiannya dibawa ke Balai Polis Seri Medan. Adalah dipercayai kehilangan tangkal dan ikatan lalang menggugurkan semua kekuatan ilmu kebatinan beliau. Mat Indera semasa didalam tahanan Inggeris telah dipamerkan ke khalayak ramai sebagai sebahagian propaganda Inggeris.

14. Mat Indera dipenjarakan di beberapa tempat, dari Batu Pahat ke Johor Bahru, Pulau Pinang, Pudu dan Taiping.Di dalam penjara mat Indera didera. Akhirnya Mat Indera menjalani hukuman gantung sampai mati pada jam 11 malam 30 Januari 1953 di Penjara Taiping. Jenazahnya dikebumikan di Kampung Jambu Air, Taiping.

15. Antara cerita lain tentang Mat Indera ialah menahan komunis dari membunuh anggota polis yang cedera di depan balai polis sewaktu serangan di Rumah Pasong Bukit Kepong. Chin Peng pernah mengatakan sekiranya Mat Indera menyerah diri ketika itu, ramai orang Melayu yang menyertai PKM akan mengikut jejak langkahnya juga. Manakala adik Mat Indera mengatakan bukan Mat Indera yang mengetuai serangan Balai Polis bukit Kepong.


16. Manakala menurut cerita orang, kali pertama kena tangkap, Mat Indera memberitahu yang dia hendak sembahyang dan minta izin untuk mengambil wudhuk, semasa ambil air sembahyang Mat Indera dikatakan ghaib menghilangkan diri.

17. Peristiwa kali kedua pula, Mat Indera minta hendak sentuh rumput semasa di tangkap, apabila beliau menyentu rumput, dikatakan Mat Indera sekali lagi dapat meloloskan diri secara ghaib. Akhirnya Mat Indera kecundang juga setelah terminum air kopi yang dibubuh buah kecubung.

p/s : muor76 said...

sebelum nih.. ade anak sedare mat indera bagitau saye.. dia tak tau kat mane sebenornye kubor mat indera.. dan ade beberape orang pernah bagitau saye.. yang digantung tu bukannye mat indera.. tetapi mat indera disembunyikan untuk mendapatkan maklumat mengenai komunis.. wallahualam..
dan terbaru.. ade seseorang memberitahu mat indera baru jer ninggal beberape bulan yg lepas..
entah ler..

anyway tq sebab letak kredit... :)

Wallahualam.

SIAPA HENRY GURNEY & RAYMOND DANCEY? (Si Bangsat!)


Henry Gurney dilantik oleh British menjadi Pesuruhjaya Tinggi British Di Tanah Melayu pada 13 September 1948 selepas bertugas di Palestin sebagai Setiausaha Kerajaan British sejak tahun 1946. Henry Gurney adalah individu yang bertanggungjawab di atas pembentukan negara haram Israel pada 1948. Semasa pendudukan British di Palestin, beribu warga Islam telah dibunuh oleh tentera British. Antara anggota tentera British yang bertugas di Palestin ketika itu adalah Raymond Dancey.

Siapakah Raymond Dancey?

Malayan Police Lt.135 Raymond Dancey atau Ray Dancey adalah Ketua Balai Polis Bukit Kepong pada tahun 1950:Faethal

1. Semua ingin berkenalan dengan Mat Indera, Panglima Salleh, Tok Janggut, Haji Abd Rahman Limbong, Tokku Paloh, Habib Noh dll...

2. Kami telah lama mengkaji apa amalan wirid dan zikir mereka.

3. Kini ummat Islam sibuk mengkaji apa itu komunis, penjajah, pejuang kemerdekaan

4. Ramai yang bimbang; bila sejarah dan tokoh2 ini dibongkar, semangat Islam akan kembali bersemarak di kalangan ummah ini.
Oleh : Mahaguru Ustaz

p/s: Tajuk tu bukan Ustaz Hassan yang bagi, tapi saya sendiri bagi pasai gegham sangat kat depa!!!

Selasa, 16 Ogos 2011

SIAPA PANGLIMA SALLEH ( KIYAI HJ. SALLEH )



NAMA PENUH : Mohd Salleh bin Abdul Karim ( dalam gambar yang keempat dari kiri).


JUGA DIKENALI DENGAN GELARAN :
1. Kiyai Salleh
2. Panglima Hitam
3. Panglima Salleh
4. Cikgu Salleh
5. Pawang Salleh
6. Salleh Hitam
7. Salleh Keling

KETURUNAN : Banjar

NAMA ISTERI : Esah bte Haji Abdul Rashid

TEMPAT LAHIR : Tanjung Olak Batu, Bukit Pasir, Muar

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN :
1. Pada usia 13 tahun (setelah tamat sekolah Melayu Jorak) merantau untuk mencari ilmu.

2. Beliau begitu berminat dengan ilmu serta mendalami ilmu antaranya dengan Tuan Guru Haji Hussein (belajar agama, Al-Quran), Haji Alias, Haji Adam, Haji Ahmad. Ada juga yang mengatakan beliau pernah berguru dengan Syeikh Fadhil Al-Banten (yang membawa amalan Wirid Khawajakan).

3. Beliau telah menetap bersama keluarga di Kayu Ara Pasong, Pontian. Mempunyai seorang isteri Esah bte Haji Abdul Rashid. Beliau kemudiannya merantau ke Batu Pahat serta berniaga di sana.

4. Beliau juga dikatakan telah menyertai komunis serta mengetahui banyak rahsia sulit komunis dan menyalurkannya kepada pihak berkuasa. Pernah pada suatu ketika komunis memburunya kerana dikatakan tidak menyerahkan duit kutipan cukai. Sebenarnya beliau tidak pun mengutip cukai berkenaan dan terus pulang ke kampung halamannya. Komunis telah mengepung rumah beliau dan setelah serbuan mereka gagal menemui beliau walau pada ketika itu Kiyai Salleh sememangnya berada di dalam rumah tersebut.

5. Panglima Salleh dikatakan mempunyai kemampuan melembutkan besi serta mempunyai sebilah pedang yang berasal dari keturunan Raja-raja Riau.

6. Beliau kemudiannya diminta mengetuai Persatuan Mahmuddiah bagi memulihkan kembali semangat orang-orang Melayu yang menderita akibat ancaman komunis. Beliau telah melancarkan serangan ke atas dua kawasan komunis di Bukit Simpor dan Batu Putih, Pancor pada 19 April 1945 dengan hanya berbekalkan senjata tradisional Melayu.

7. Panglima Salleh seterusnya mengetuai serangan ke atas kawasan-kawasan komunis antaranya di Air Hitam, Bukit Alam, Bukit Belah, Bakri, Bukit Berdiri, Separap, Bagan dan Batu 6, Air Hitam, Paril Jamil, Bukit Mor, dan Parit Jawa. Mereka telah membunuh semua komunis yang ditemui sehingga menjadikan mereka cukup digeruni komunis.

8. Amukan Panglima Salleh di Muar akhirnya dihentikan oleh Dato' Onn Jaafar yang bertindak sebagai pendamai. Ada juga pendapat yang mengatakan Panglima Salleh menghentikan serangan ke atas Muar setelah ditegah oleh guru beliau, Sheikh Fadhil Al-Bentan. Beliau juga pernah cedera di bahu akibat tembakan komunis ketika serangan di Semerah pada 1 Julai 1945.

9. Terdapat juga pengikut-pengikut beliau yang syahid semasa serangan namun bilangan anggota komunis yang terbunuh dikatakan amat tinggi sehingga 10 lori diperlukan bagi membawa keluar mayat mereka.

10. Serangan kemudiannya diteruskan di Senggarang serta berjaya menawan 7 orang komunis berbangsa Melayu. Semasa mereka cuba mendapatkan maklumat, mereka kemudiannya diserang kembali oleh komunis menyebabkan kesemua 7 tawanan tersebut berjaya melarikan diri namun kesemua mereka ditemui kemudiannya mati lemas di sebatang sungai.

11. Selepas Jepun menyerah kalah, komunis bermaharajalela di Batu Pahat. Mereka amat percaya komunis di China akan datang membantu perjuangan mereka di Tanah Melayu. Mereka mengganas serta membunuh semua orang yang disyaki menjadi tali barut Jepun.

12. Panglima Salleh kemudiannya menyusun strategi menyerang komunis di Batu Pahat dengan melancarkan serangan dari pelbagai arah. Kiyai Saidi, Kiyai Taha, Kiyai Hanan dan Kiyai Miskam mengetuai serangan dari arah utara Batu Pahat (Muar, Parit Jawa dan Air Hitam).

13. Dari Selatan (Senggarang dan Pontian) diketuai oleh Kiyai Salleh Kintol manakala dari Timur (Parit Sulong dan Bandan) melancarkan serangan serentak ke atas Batu Pahat. Mereka membunuh semua komunis semasa dalam perjalanan ke Batu Pahat.

14. Orang-orang Cina di Batu Pahat amat bimbang tentang keselamatan mereka kemudiannya memberitahu Dato' Onn Jaafar tentang rancangan Panglima Salleh untuk menyerang mereka. Atas nasihat Dato' Onn, Panglima Salleh akhirnya membatalkan serangan tersebut.


PANGLIMA SALLEH DALAM LIPATAN SEJARAH

1. Kepimpinan Haji Mohd Salleh terserlah semasa kekalahan Tentera Jepun di tangan pihak Tentera Berikat pada pertengahan bulan Ogos 1945. Di Semenanjung Tanah Melayu, peristiwa tersebut menimbulkan apa yang dinamakan tempoh Kekosongan Kuasa. Tempoh tersebut berlangsung selama dua minggu sehingga ketibaan Askar British yang menandakan permulaan Pentadbiran British Baru di Tanah Melayu.

2. Sebelum ketibaan pihak British, komunis yang dikenali sebagai Askar Bintang Tiga berjuang menentang Jepun di bawah payung Malayan People Anti-Japanese Army atau (MPAJA) telah mengambil kesempatan untuk berkuasa dan bertindak kejam terhadap orang-orang yang dianggap bekerjasama dengan Jepun. Mereka tidak mengenal mangsa dan menghukum sesiapa sahaja yang dianggap bersalah tanpa mengikuti proses undang-undang yang betul. Lazimnya mereka yang di dapati bersalah akan dikenakan hukuman mati.

3. Mereka dibunuh dengan berbagai cara seperti ditanam hidup-hidup, di pukul sampai mati, diseksa sampai mati, direbus, diseret di jalan dan berbagai-bagai lagi. Ramai Melayu yang terpaksa menyertai komunis akibat terpaksa. Penentangan terhadap komunis dilakukan secara senyap-senyap lantaran bimbang menjadi mangsa kekejaman komunis yang banyak berlindung di sebalik persatuan Cina.

4. Kekejaman Askar Bintang Tiga berleluasa di Tanah Melayu termasuk di Batu Pahat dan Muar. Masyarakat Melayu di kawasan Parit Sulong, Batu Pahat, Johor, yang pada ketika itu tidak mempunyai kelengkapan senjata untuk mempertahankan diri telah memilih Haji Mohd Salleh untuk memimpin pakatan untuk mempertahankan diri dari kekejaman Askar Bintang Tiga.
Pedang Panglima Salleh

5. Dengan hanya bersenjatakan parang panjang dan amalan Ayat Empat, Haji Mohd Salleh telah memimpin masyarakat Batu Pahat untuk menggempur kubu-kubu Askar Bintang Tiga di Bukit Berdiri dan Bukit Alam, Parit Sulong, di Parit Lubok, Semerah, di Kangkar Senanga, dan di Air Kuning, Bakri, Muar.

6. Pasukan pejuang di bawah pimpinan Haji Mohd Salleh terkenal dengan gelaran 'Tentera Selempang Merah', 'Ttentera Parang Panjang dan 'Selendang Merah'. Gelaran ini mengambil sempena Selendang berwarba merah yang dibekalkan kepada setiap ahli perjuangannya yang hanya memiliki parang panjang sebagai senjata utamanya.

7. Terdapat pelbagai kisah mengenai kehebatan ilmu kebatinan Haji Mohd Salleh. Ramai yang mengatakan Askar Bintang Tiga melihat beribu-ribu pejuang yang tinggi menggalah menuju ke arah mereka untuk mencabut nyawa mereka, sedangkan yang datang itu hanyalah Panglima Salleh dan pasukanya yang dianggarkan berjumlah seratus orang sahaja.

8. Beberapa orang penduduk di mukim empat telah menubuhkan satu persatuan yang dinamakan persatuan mahmuddiah untuk menentang komunis. Kejayaan pertama persatuan ini semasa mereka menjemput 2 orang ketua komunis memberi ceramah di kampong mereka, (seorang berbangsa cina manakala seorang lagi Melayu) mereka di tangkap dan dibunuh di Parit Maimon. Selepas itu komunis telah membalas dendam dengan menyerang Parit Yaakob serta membunuh ketua kampungnya.

9. Terdapat juga peristiwa di Parit Bangas, Sri Medan apabila seorang ketua komunis dan 6 pengikutnya diberi makan makanan yang dicampur ngan buah Kecubung menyebabkan mereka mabuk. Mereka kemudiannya di bunuh yang menyebabkan komunis bertindak balas dengan menyerang dan membakar rumah-rumah di Parit Bangas.

10. Beberapa insiden pertempuran antara orang Melayu dan Komunis juga terjadi di Bandar Batu Pahat, Parit Betong, Kampung Pasir, Parit Sulong, Parit Haji Abdul Hadi, Separap dan Parit Jawa. Kemuncak insiden ini apabila Dato' Abdullah (Pegawai daerah Batu Pahat), Haji Hasbullah (Kadi Batu Pahat), Dr. Woodhill (Pegawai Perubatan serta dua orang lagi penduduk telah ditangkap dan dibunuh di sekolah Cina Benut.


11. Dato Onn bin Jaafar telah menjemput Kiyai Salleh untuk berunding ngan orang-orang Cina di Muar pada 15 sept 1945. Satu perjanjian damai dimeterai namun komunis telah melanggar perjanjian tersebut menyebabkan kumpulan yang dipimpin Kiyai Salleh mengamuk semua serta melancarkan serangan hebat ke atas mereka.

12. Dato' Onn kemudiannya mengaturkan perjanjian damai sekali lagi dengan menjemput ketua-ketua Bintang Tiga (komunis), ketua masyarakat Cina serta penghulu-penghulu di Batu Pahat.

13. Sebagai menghargai jasa Kiyai Salleh, beliau dianugerahkan gelaran Panglima pada 26 Disember 1945 oleh Sultan Johor. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Penghulu Mukim Empat serta diminta oleh Sultan Johor untuk terus menjaga keamanan negeri Johor. Kiyai Salleh sekali lagi dianugerahkan Pingat Sultan Ibrahim (PIS) pada 17 sept 1955 atas jasa dan sumbangan besar beliau.



Mat Indra (tiga dari kiri) yang mengetuai serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong

14. Walaupun pentadbiran negara ditadbir oleh British kemudiannya, komunis masih lagi merupakan ancaman besar serta masih menjadi ancaman di seluruh Tanah Melayu. Kiyai Salleh menyerang Bakri yang ketika itu merupakan pusat bagi merekrut anggota baru Komunis.

15. Mat Indra, seorang ketua komunis berbangsa Melayu yang dikatakan kebal telah cuba menyerang Mukim Empat namun dibatalkan kerana Kiyai Salleh telah mengetahui serangan tersebut serta bersedia 'menyambut' kedatangan mereka dengan parang dan pedang. Mat Indra kemudiannya cuba menyerang Pagoh pula namun gagal. Mat Indra dikatakan bernasib baik apabila berjaya menyerang Balai Polis Bukit Kepong serta membunuh ramai anggota Polis di sana.

16. Gerakan parang panjang Kiyai Salleh dihentikan selepas Mat Indra di tangkap di Sri Medan tetapi sebenarnya mereka masih berperanan besar menjaga keamanan apabila menyertai 'homeguard'.

17. Kiyai Salleh akhirnya meninggal dunia pada 21 April 1959. Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau serta menempatkan roh beliau di kalangan hamba-hambanya yang syahid demi kerana agama dan tanah airnya. Amiin.... Al-Fatihah.

Tribute kepada blog W.PANGLIMA. atas perkongsian sumber. Namun url blog ini tidak dapat saya sertakan kerana mengandungi unsur, paparan dan post yang tidak sesuai dikongsikan dengan para pelajar dan orang-orang yang beriman. Justeru saya memohon maaf dan juga ucapan terima kasih.

Jumaat, 27 Ogos 2010

WONG FEI HUNG Seorang Ulama Hebat

"Wong Fei Hung kan Islam. Po Chi Lam tu, pusat perubatan Islam.." Kata Ustaz Azmen Yusof. Saya terkesima. Terkejut, kerana tokoh tersebut sangat terkenal dalam jagat seni mempertahankan diri dunia China. Saya sangat mengaguminya. Meremang bulu roma saya. Betul ke? Saya semakin ingin tahu. Saya cari di internet, ini hasilnya :

Potret yang mengabadikan tokoh lagenda Wong Fei Hung

Ramai yang sedia maklum bahawa tokoh legenda asal Cina, Sam Poo Kong alias Muhammad Cheng Ho adalah seorang Muslim. Namun nampaknya masih banyak yang belum tahu bahwa masih banyak tokoh China legenda yang ternyata beragama Islam. Dua di antaranya ialah Wong Fei Hung dan Judge Bao.

Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jaguh Kung fu dalam filem Once Upon A Time in China. Dalam filem itu, karakter Wong Fei Hung dilakonkan oleh aktor terkenal Hong Kong, Jet Li.
Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung?

Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, Ahli Perubatan, dan Ahli Beladiri legenda yang namanya diabadikan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun Pemerintah China sering berupaya mengaburkan jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga nama baik dan kehebatan kekuasaan Komunis di China.

Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais. Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila di-bahasa-arab-kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong.

Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu pengobatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok (wushu/kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik pengobatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong). Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu tingkat tinggi. Ketinggian ilmu beladiri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Macan Kwantung. Posisi Macan Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung.
Antara patung tokoh lagenda sejarah tersebut

Kombinasi antara pengetahuan ilmu pengobatan tradisional dan teknik beladiri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Karena itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati dan mengidolakan Keluarga Wong.

Pesakit klinik keluarga Wong yang meminta bantuan perubatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar kos perubatan. Walaupun demikian, keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang dengan bersungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah ada diskriminasi dalam membantu, tanpa mempedulikan suku, bangsa, agama, semua dibantu tanpa pilih kasih.

Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Ch’in yang korup dan penindas. Dinasti Ch’in ialah Dinasti yang merobohkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya Dinasti Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.

Wong Fei-Hung mula mengasah bakat beladirinya sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarnya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berupaya melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda. Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemui, dikembangkan dan merupakan andalan dari Hung Hei-Kwun, kakak seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang berjaya menyelamatkan diri dari peristiwa pembakaran dan penghapusan oleh pemerintah Dinasti Ch’in pada 1734.

Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan dinasti penjajah Ch’in yang datang dari Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai Korea). Seandainya pada masa itu pemerintah Ch’in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, Inggeris, Jepun), pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu niscaya akan berhasil mengusir pendudukan Dinasti Ch’in.

Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli perubatan dan beladiri terkemuka. Bahkan ia berhasil mengembangkannya menjadi lebih maju. Kemampuan beladirinya semakin sukar ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat tangkas dan efisien yang dinamakan Jurus Cakar Macan dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus.

Selain dengan tangan kosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata. Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berhasil menghajar lebih dari 30 orang jaguh handal pelabuhan berbadan sasa dan ganas di Canton yang mengeroyoknya karena ia membela rakyat miskin yang akan mereka peras.

Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai dugaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan samseng Canton. Wong Fei-Hung tiga kali menikah karena isteri-isterinya meninggal dalam usia singkat. Setelah isteri ketiganya meninggal dunia, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan juga ahli beladiri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.

Pada 1924 Wong Fei-Hung meninggal dunia dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum mustad’afin (tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. Siapapun dan berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dengan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya. Wong Fei-Hung pergi dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenang sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada seorang muslim selain mati Syahid. Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Alah Swt dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. Amin.

Once Upon A Time In China yang dilakonkan oleh Jet Li bukanlah menggambarkan perlakuan Fei Hung yang sebenar. Ia lebih kepada hiburan dan kesungguhan pengarah filem untuk menampilkan kehebatan kung fu ditambah dengan unsur humor. Fei Hung adalah seorang yang sangat menitik beratkan ajaran Islam. Sedangkan dalam cerita tersebut beliau digambarkan seorang yang sangat baik hati dan menganut agama bukan Islam.

Benar atau tidaknya keislaman Wong Fei Hung, Allah jua yang Maha Mengetahui. Jangan kita sekadar bangga dan mengenang kehebatan Umat Islam silam. Fikirkan bagaimana untuk hebatkan Umat Islam kini sehingga penganut agama lain menyegani Umat Islam. Sesungguhnya akhlak yang baik sangat membuatkan seluruh umat manusia tertawan.

Sumber:

Rabu, 14 Julai 2010

NAZI Nampak Jahat kerana Propaganda Barat?


Saya terbaca perkongsian dari rakan saya Abd Halim berhubung dengan kisah NAZI yang amat menarik perhatian saya. Dia pula memperolehinya dari teman-teman yang lain.
Kesahihan cerita ini tidak saya ketahui. Sebab itu saya siarkan buat tatapan semua, agar sama-sama mencari kebenaran di sebalik perkongsian ini. Kita kaji siapa yang benar.

CATATANNYA BEGINI :

Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...
Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.

Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...

Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...

Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...

Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds :

Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...


2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"

3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...

Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

Saya tidak berani memberikan sebarang komen berhubung perkara yang saya siarkan ini, memandangkan saya tidak memiliki sebarang sumber yang boleh memberikan jawapan. Namun jika ada yang lebih arif, saya mohon perkongsian maklumat.

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design