Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Jumaat, 26 Jun 2009

Mari Pergi Mukhayyam

Mukhayyam Tingkatan 3 diadakan di



Kem Kaizen Gunung Pulai,
Kampung Saeri Gunung Pulai 2,
Jalan Bakar Arang 81500 Pekan Nenas Johor Darul Takzim.
Tel: 07-5101842/0197987134(Salamian)/0137770626 (Along)
Fax:07-5101842




Terima kasih kepada semua guru, fasilitator, para peserta dan pihak Kem Kaizen juga kerana atas komitmen semua pihak, maka program ini dapat disempurnakan mengikut yang telah dirancangkan. Semoga Allah merahmati dan memberkati kalian.



Mukhayyam tingkatan 3 asalnya dicadangkan diadakan di Kem Dayang, Sungai Pelepah ataupun di Pusat Kurikulum Segamat ( SMK Tun Mamat ). Tetapi setelah melihat kepada beberapa kriteria, akhirnya Kem Kaizen menjadi pilihan memandangkan pengurusannya yang lebih sistematik, lebih profesional dan kawasan obstacles yang disediakan sangat bersesuaian.

Cuaca baik menyambut para peserta walaupun awalnya hujan renyai sebelum solat Jumaat. Peserta ditempatkan di padang Kem Kaizen.


Guru dan fasilitator memasak masakan sendiri. Bajet untuk guru dan fasi sangat sedikit, maka hidangan kami ialah ikan kering masak lemak (Us. Nirwana masak), kari dan sup ( Us. Azmen masak ), Sardin Special ( Us. Kalam masak ) dan beberapa hidangan tambahan seperti sayuran dan bubur durian....hehehe... Nampak tu Kapten Hamiza pun rewang dengan Ustazah Seri Juli, wakil unit tarbiah.

Ini dapur tempat hidangan guru disediakan. Habis dengan meja kayu tu sekali terbakar!!!

Peserta membaca doa masuk hutan, diketuai Saifullah.

GURU YANG TERLIBAT

Us. Azmen, Us. Kalam, Us. Azhari, Utzh. Nirwana, Utzh. Hamiza, Utzh. Sakinah, Utzh. Seri Juli, Utzah. Maryam, Utzh. Muhaini, Utzh. Asma'

FASI YANG TERLIBAT

Abdullah Munir, Zahid Jamaluddin, Lutfi, Syaima', Asma' Aminuddin dan Asma' Amatullah. ( memang sporting mereka semua ni. Sangat mudah memberikan kerjasama. Untuk makluman, geng-geng mereka ni ada yang pernah kena "ayak" di gunung tenang.tapi mereka still steady )



Ice breaking


Hening pagi di kawasan khemah. Peserta sedang melakukan khidmat diri sebelum aktiviti jungle tracking.


Persediaan untuk "jungle tracking"

Dahsyat betul semangat mereka. Kerana terlalu tidak sabar, mereka "memfront-supportkan" diri mereka sendiri supaya kelihatan seperti lelaki sejati. Bagus! Bagus! Bagus!

Fasi Zahid dan Lutfi melepas lelah
Mengumpulkan maklumat sepanjang perjalanan

Pemeriksaan di Check Point 2. Emmm...ramai yang tak ingat jenis-jenis ikatan ye!

Saifuddin setelah "dirawat" oleh "nurse" yang memapahnya.

Geng yang tersesat ...hehehe...jangan mare masuk post ni!!!
Jarang sekali melihat Ustaz Azhari menegur peserta. Di tangannya ada lilitan rotan, nampak tak? Nak tahu apa yang dibuat dengan rotan tersebut, bolehlah tanyakan kepada kumpulan ni. Hehehe

Solat dhuha dilaksanakan walau dalam kepayahan. Contohilah mereka, solat tak ada alas pun. Sesungguhnya muka bumi Allah adalah suci.

Peserta banat turut melaksanakan tuntutan yang sama. Best kan?!

Kelihatan peserta keluar untuk ke check point akhir. Siapa pernah main "SEMANTAK", buluh di kawasan ini sangat sesuai digunakan!

Ustazah Nirwana mengendalikan pemeriksaan di garis penamat dengan rapi, telus dan tegas. Sebab tu ada kumpulan yang kantoi bila daun jambu di katakan daun Tongkat Ali! Parah...parah...

Eh...ni kumpulan yang tersalah jalan tadi ni kan??? Anyway, syabas pada kumpulan ni, sebab tetap happy walaupun terima "anugerah" di pertengahan jalan sebab terserempak dengan TN.MAMJ yang baik hati tu.

Teka : Sapa ni? Napa dia tunjuk jari camtu? Napa ada tayar belakang dia? Napa dia suka tanya pasal Us. Sharudin yang kini jadi "agen kerajaan"? Hehehe

Hadiah akhir dari TN.MAMJ, makan belimbing buluh!!! Eiiii...tengok wajah mereka tu! Berkerut!


Nak tau, ni la rupa belimbing buluh. Buat sambal sedap!!!

Firdaus dan Anas dengan aksi mereka.


Penutup aktiviti obstackles. Dilaksanakan oleh jurulatih kem. Semua peserta seronok.

Lihatlah wahai para ibu bapa. Kami dilatih agar memiliki jati diri, mental yang kental, agar kami mampu meladeni apa jua cabaran di setiap persimpangan hidup kami.


Pertandingan Memasak Nasi Goreng


Taklimat pertandingan kawad kaki asas

Raptai upacara penutup.


Ketibaan perasmi disambut tabik hormat peserta. Best tak?
Syabab Terbaik! Tahniah Anas. Dah agak dah. Masin mulut ana.

" Kenapa masukkan gambar ana?"tanya Munir.
Kepada yang tidak tersiar gambarnya, maaf jua dihulurkan. Nak tau kenapa, tanya jurukamera. Hehehe...
Semoga kita semua dapat bertugas bersama lagi dalam suasana yang lebih baik insyaallah.
Kepada para peserta, semoga ilmu yang diperolehi tidak dipersiakan.
Kalau nak TN.MAMJ incharge lagi, jangan malu-malu jemput...ada tempat special untuk kalian!

Khamis, 25 Jun 2009

Pemimpin Dunia Yang Zuhud


Tajuk Nasyid : Pemimpin Sejati
Nyanyian : The Zikr (Nazrey Johani)
Lirik : Ashaari Muhammad

Pilihlah pemimpin yang takutkan Allah
Yang minta dibantu menegak kebenaran
Yang minta ditegur kalau ia bersalah
Yang tidak menyebut apa jua jasanya
Yang tidak banyak membuat janji manis

Biasanya seorang pemimpin itu
Ia mempunyai ilmu yang sederhana
Jiwanya kental dan juga gigih
Dapat pengalaman dari hidup
Kalau kita nak tahuPemimpin yang sejati
Ia tak berjawatan pun masih dihormati
Oleh semua pengikutnya

Biasanya pemimpin yang sejati itu
Ia tersendiri ada panduan yang diberi
Ada karisma semulajadi
Mendidik pengikut hingga taat setia
Tidak berbelah bagi









Dah lihat siapa pemimpin tersebut? Kenal?
Pemimpin Republik Iran.
Kerana kezuhudan dan kesederhanaan beliaulah, pihak Amerika dan sekutunya (senang kata orang-orang kafir) berasa gentar dan merasakan perlu untuk menghancurkannya. Mereka bimbang akan lahir lagi seorang seperti Syeikh Ahmad Yassin. Orang yang duduk di kerusi roda mampu menjahanamkan mereka, inikan pula yang memiliki kekuatan nuklear. Sebab itulah mereka memulakan langkah memecah belahkan rakyat melalui politik.
Wahai rakyat Malaysia, kita akan ditanya diakhirat tentang siapakah pemimpin yang kita pilih, yang kita angkat untuk memerintah.
Pilihlah pemimpin yang menjadi pilihan Allah. :)
::Jika ada maklumat yang kurang tepat, e-mail saya untuk pembetulan::