Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Jumaat, 26 Jun 2009

Mari Pergi Mukhayyam

Mukhayyam Tingkatan 3 diadakan di



Kem Kaizen Gunung Pulai,
Kampung Saeri Gunung Pulai 2,
Jalan Bakar Arang 81500 Pekan Nenas Johor Darul Takzim.
Tel: 07-5101842/0197987134(Salamian)/0137770626 (Along)
Fax:07-5101842




Terima kasih kepada semua guru, fasilitator, para peserta dan pihak Kem Kaizen juga kerana atas komitmen semua pihak, maka program ini dapat disempurnakan mengikut yang telah dirancangkan. Semoga Allah merahmati dan memberkati kalian.



Mukhayyam tingkatan 3 asalnya dicadangkan diadakan di Kem Dayang, Sungai Pelepah ataupun di Pusat Kurikulum Segamat ( SMK Tun Mamat ). Tetapi setelah melihat kepada beberapa kriteria, akhirnya Kem Kaizen menjadi pilihan memandangkan pengurusannya yang lebih sistematik, lebih profesional dan kawasan obstacles yang disediakan sangat bersesuaian.

Cuaca baik menyambut para peserta walaupun awalnya hujan renyai sebelum solat Jumaat. Peserta ditempatkan di padang Kem Kaizen.


Guru dan fasilitator memasak masakan sendiri. Bajet untuk guru dan fasi sangat sedikit, maka hidangan kami ialah ikan kering masak lemak (Us. Nirwana masak), kari dan sup ( Us. Azmen masak ), Sardin Special ( Us. Kalam masak ) dan beberapa hidangan tambahan seperti sayuran dan bubur durian....hehehe... Nampak tu Kapten Hamiza pun rewang dengan Ustazah Seri Juli, wakil unit tarbiah.

Ini dapur tempat hidangan guru disediakan. Habis dengan meja kayu tu sekali terbakar!!!

Peserta membaca doa masuk hutan, diketuai Saifullah.

GURU YANG TERLIBAT

Us. Azmen, Us. Kalam, Us. Azhari, Utzh. Nirwana, Utzh. Hamiza, Utzh. Sakinah, Utzh. Seri Juli, Utzah. Maryam, Utzh. Muhaini, Utzh. Asma'

FASI YANG TERLIBAT

Abdullah Munir, Zahid Jamaluddin, Lutfi, Syaima', Asma' Aminuddin dan Asma' Amatullah. ( memang sporting mereka semua ni. Sangat mudah memberikan kerjasama. Untuk makluman, geng-geng mereka ni ada yang pernah kena "ayak" di gunung tenang.tapi mereka still steady )



Ice breaking


Hening pagi di kawasan khemah. Peserta sedang melakukan khidmat diri sebelum aktiviti jungle tracking.


Persediaan untuk "jungle tracking"

Dahsyat betul semangat mereka. Kerana terlalu tidak sabar, mereka "memfront-supportkan" diri mereka sendiri supaya kelihatan seperti lelaki sejati. Bagus! Bagus! Bagus!

Fasi Zahid dan Lutfi melepas lelah
Mengumpulkan maklumat sepanjang perjalanan

Pemeriksaan di Check Point 2. Emmm...ramai yang tak ingat jenis-jenis ikatan ye!

Saifuddin setelah "dirawat" oleh "nurse" yang memapahnya.

Geng yang tersesat ...hehehe...jangan mare masuk post ni!!!
Jarang sekali melihat Ustaz Azhari menegur peserta. Di tangannya ada lilitan rotan, nampak tak? Nak tahu apa yang dibuat dengan rotan tersebut, bolehlah tanyakan kepada kumpulan ni. Hehehe

Solat dhuha dilaksanakan walau dalam kepayahan. Contohilah mereka, solat tak ada alas pun. Sesungguhnya muka bumi Allah adalah suci.

Peserta banat turut melaksanakan tuntutan yang sama. Best kan?!

Kelihatan peserta keluar untuk ke check point akhir. Siapa pernah main "SEMANTAK", buluh di kawasan ini sangat sesuai digunakan!

Ustazah Nirwana mengendalikan pemeriksaan di garis penamat dengan rapi, telus dan tegas. Sebab tu ada kumpulan yang kantoi bila daun jambu di katakan daun Tongkat Ali! Parah...parah...

Eh...ni kumpulan yang tersalah jalan tadi ni kan??? Anyway, syabas pada kumpulan ni, sebab tetap happy walaupun terima "anugerah" di pertengahan jalan sebab terserempak dengan TN.MAMJ yang baik hati tu.

Teka : Sapa ni? Napa dia tunjuk jari camtu? Napa ada tayar belakang dia? Napa dia suka tanya pasal Us. Sharudin yang kini jadi "agen kerajaan"? Hehehe

Hadiah akhir dari TN.MAMJ, makan belimbing buluh!!! Eiiii...tengok wajah mereka tu! Berkerut!


Nak tau, ni la rupa belimbing buluh. Buat sambal sedap!!!

Firdaus dan Anas dengan aksi mereka.


Penutup aktiviti obstackles. Dilaksanakan oleh jurulatih kem. Semua peserta seronok.

Lihatlah wahai para ibu bapa. Kami dilatih agar memiliki jati diri, mental yang kental, agar kami mampu meladeni apa jua cabaran di setiap persimpangan hidup kami.


Pertandingan Memasak Nasi Goreng


Taklimat pertandingan kawad kaki asas

Raptai upacara penutup.


Ketibaan perasmi disambut tabik hormat peserta. Best tak?
Syabab Terbaik! Tahniah Anas. Dah agak dah. Masin mulut ana.

" Kenapa masukkan gambar ana?"tanya Munir.
Kepada yang tidak tersiar gambarnya, maaf jua dihulurkan. Nak tau kenapa, tanya jurukamera. Hehehe...
Semoga kita semua dapat bertugas bersama lagi dalam suasana yang lebih baik insyaallah.
Kepada para peserta, semoga ilmu yang diperolehi tidak dipersiakan.
Kalau nak TN.MAMJ incharge lagi, jangan malu-malu jemput...ada tempat special untuk kalian!

11 ulasan:

Unknown berkata...

rindu mukhayyam.

zaj berkata...

dapat rase sekali je join mukhayyam kat SMIH, itupun jadi huru hara dan kecoh.

teringat masa kat bahagian lumpur yg budak2 kene merangkak dlm lumpur tu. tak dpt sangkal kecekalan mereka utk hadapinya?

p/s : ana cube memperkenalkan solat dalam air masa program kat maktab dulu (mersing), tapi cam jadi bahan ketawa pensyarah je... huhu...

[anas.hisham] berkata...

best!
dpt hadiah walaupun xdpt hadiah kump.
hehe

aBduLmUhaimin berkata...

Assalamualaikum tuan!..
ana tabik lar nan ustz. mukhayyam yg enjoy dan ad disiplin.
tp, mse last2 lar.
huu.
kalo ad ksempatan jdilar pengarah @ fasi mukhayyam batch kami lg thn dpn yer!.
h0ho.
nk bwat tabik2 mser wakil perasmian penutup tuu.

Abdullah Munir berkata...

pergh..cantek seh gambar~

*Nadiah::Syaimaa'::Hamizah* berkata...

salam.
walla..best3!
mmg cantik la gambar..
sambung lagi! sambung lagi! eheh.
hoh kene ayak kat gunung tenang ek ustaz..muahah! memang3.
jzkk kepada ustaz ustazah semua ^_^
tanpa ustaz ustazah, siapalah kami...ahax!

-syaimaa'-
nak main teka-teki lagi... =P

Tanpa Nama berkata...

waaa...
ust tak pyh la sebut name ana banyak kali.. segan saye! haih!
ust asma'
asma' hasanuddin
asma' amatullah

haha..mane name anak murid ust sharudin tu... asma' aminuddin laa

ACHTUNG! berkata...

ha ah kan... ye tak ye...

utrujah berkata...

hmm. salam us sudah dikirim dan dijawab. dan.. bila masa pulak la ana tanye pasal us shaharuddin ye. emm.ana try ingat balik. hmm. tade.tade.tade..:P

'aala kulli haal, terima kasih daun keladi, lain kali buleh le ajak lagi. harap ust je la tak serik mengajak kami lagi:)

theSPREADER berkata...

wah..rindu mukhayyam!

HaNa Istisyhad berkata...

dahsyat la mukhayam..lama tak pegi..
kat hidayah je dapat rase pengalaman cam nie ek..

-nabihah nordin-
btch 8

p/s: ana rase ana yg selalu tny psl us shahrudin..*wink*

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design