Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.
Memaparkan catatan dengan label Kemalangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kemalangan. Papar semua catatan

Khamis, 29 September 2011

USTAZ TAUFIK KEMALANGAN

***Mohon izin siar gambar ya Ustaz Taufik.

Berikut adalah gambar Myvi Ustaz Taufik yang terlibat dalam kemalangan jalan raya pada subuh 4 September 2011 yang lalu.

Beliau bersama anak dan isteri sedang dalam perjalanan balik ke Johor. Menjelang kira-kira jam 4 pagi, sedang mereka asyik berbual, tiba-tiba ustaz Taufik terpandang objek hitam melintang di tengah highway. Beliau pantas membalas stereng mengelak objek tersebut yang dipercayai lapisan tayar lori yang pecah.

Akibat tindakan semerta tersebut, Myvi beliau berada dalam keadaan tidak stabil dan menghentam pembahagi jalan. Fateh, anak beliau yang baru berusia beberapa bulan tercampak ke lantai hadapan dari ribaan uminya. Syukur tidak apa-apa. Manakala zaujah beliau cedera di kepala dan menerima beberapa jahitan terkena cermin.








Kita doakan ustaz sekeluarga dipanjangkan usia dengan penuh keberkatan dan keredhaan Allah. Semoga segala urusan berkaitan dengan kenderaan ini dipermudahkan Allah.

Pengajaran yang dapat dikongsikan antaranya menurut ustaz Taufik ialah,
1. Kalau nampak halangan di tengah jalan, dont panic, but think 1st than action!

2. Kalau towing tiba-tiba datang nak tarik kereta kita, jangan layan! Segera hubungi towing panel insurans kita. Supaya senang urusan!!!

Isnin, 21 Februari 2011

Kemalangan di Kampung Maju Jaya

19 Februari 2011
2.19 pm
Berhampiran Sekolah Kebangsaan Kampung Maju Jaya
Wira sondol lori 1 tan.




Kemalangan di Felda Ulu Tebrau

13 Februari 2011
9.20 pm
Berhampiran Sekolah Agama Felda Ulu Tebrau.
Punca : Nak ambil cd kat lantai kereta, tunduk kejap, dongak terus bantai tiang.

Moga Allah pelihara kita dari perkara yang tidak diingini.

Kemalangan di Taman Puteri Wangsa

8 Februari 2011

7.17 pm

7.18 pm

7.22 pm

7.23 pm

7.25 pm

7.28 pm

7.29 pm

7.29 pm

Sabtu, 15 Januari 2011

Kemalangan Kenderaan Gergasi

Kemalangan?
Jangan fikir ia hanya menimpa kenderaan biasa yang di sekitar kita. Malah kenderaan yang bersaiz gergasi juga boleh ditimpa padah yang sama. Namun ia tidak dapat dilihat di negara kita. Sebab itu saya ingin kongsikan di sini. Kemalangan jentera gergasi!!!

Cuba lihat saiaz manusia dengan jentolak tu... macam semut dengan ketupat!!

Lori gergasi berlanggar dengan jentolak gergasi!

Tayar terkepak, terlebih muatan kot!

Di timpa runtuhan batu besar! Bayangkan kalau manusia yang tertimbus!!!

Sekali terbabas daaa...

Sama-sama kita rajin berdoa agar kita sentiasa dilindungi Allah dari sebarang bentuk kemalangan. Sesungguhnya kemalangan itu sangat tak best!!!

Khamis, 6 Januari 2011

Kemalangan Itu Tidak Kelakar

Banyak benar gambar kemalangan di internet. Banyak juga yang mengkategorikan kemalangan tertentu sebagai kemalangan "kelakar"! Ya, mungkin kelakar pada orang yang melihat, tapi kepada individu yang mengalami perkara tersebut cukup merasakan perkara tersebut adalah suatu bencana. Justeru kita yang turut melihatnya perlu memperbetulkan hati kita agar tidak tersilap langkah sehingga Allah takdirkan ia terjadi kepada kita, baru kita tahu tinggi rendahnya langit Allah.

Anda tergelak, bila lihat bulldozer langgar kereta! Tapi tuan ampunya kereta geleng kepala mana nak cekau pembiayaan baik pulih kereta.
Lucu tengok gerabak keretapi duduk atas dua landasan, tapi kita tak tahu orang yang alaminya terasa nyawa di hujung tanduk!
Kita rasa lawak helikopter kudung siap toreh dinding, padahal kita tak tahu juruterbangnya maut dalam nahas!
Kita senyum melihat bas jatuh longkang besar, sedang kita tak tahu berapa ramai keluarga ketakutan dan trauma dengan kemalangan tersebut.
Kelakar tengok Bugatti dalam air, tapi kita tak sedar betapa peningnya kepala sang anak nak beri jawapan kepada ayah atas kereta kesayangan ayahnya itu.




Pendek kata, jangan mudah mentertawakan orang. Kelak Allah uji kita dengan perkara yang sama. Mungkin orang lain boleh senyum jika ditertawakan, tapi kita belum tentu boleh terima tawaan orang atas musibah yang menimpa kita, apatah lagi tersenyum dengannya.

Waspadalah... jangan lupa doa mohon keselamatan dari Allah atas apa jua perkara yang kita perbuat di samping melipat gandakan langkah keselamatan ke tahap yang optimum.
Moga kita semua dilindungi Allah.

Sabtu, 20 November 2010

Korban Kemalangan Hari Raya Korban

Mari kita ambil pengajaran...










Ramai di antara kita yang bertawakal. Tetapi ramai di antara kita yang tidak menepati kaedah atau konsep tawakal yang sebenar. Bertawakal bukan sekadar melafazkan "tawakal" menerusi hati, mahupun lisan ( lidah ). Sebaliknya, sebelum bertawakal, langkah atau usaha yang paling maksimum telah kita ambil sehinggakan tiada kecuaian yang memungkinkan ruang kebinasaan menyentuh kita. Setelah usaha setinggi itu diambil, jika binasa atau bencana tetap menimpa, itulah baru dinamakan takdir. Tika itu, tawakal kita tetap menjadi ibadah yang besar ganjarannya di Sisi Allah.

Ahad, 3 Oktober 2010

ALZA jadi SMART FOR NONE

Kemalangan Perodua ALZA (Perodua Alza accident)

Beginilah rupa Perodua Alza yang terlibat dalam sebuah kemalangan ngeri. Khabarnya di Rawang ( kalau salah tolong jangan marah, tolong betulkan ).

Dalam hal ini, ada yang mempertikaikan kemampuan industri pembuatan kenderaan tempatan. Jika dilihat, kenderaan ini seakan tidak memiliki chasis/kerangka yang benar-benar selamat. Lazimnya kenderaan yang terbabit dengan kemalangan maut sekalipun, chasis kenderaan paling tidak akan bengkok. Itupun setelah diberikan hentaman yang sangat kuat dari kenderaan berat. Tetapi dalam hal ini, tahap keselamatan menaiki kenderaan buatan tempatan, wajar dipersoalkan.

Kejadian ini bukan kes terpencil. Bukan kes khas yang jarang berlaku. Soalnya, mampukah pembuat kenderaan tempatan menyediakan kenderaan yang selamat, jimat dan menarik?

Kalau boleh, buatlah kenderaan yang membuatkan pemiliknya merasa tidak perlu mengubahsuai itu dan ini. Jika tidak, kereta buatan tempatan di atas jalan sentiasa menjadi mutan kepada jenama kenderaan import. Bukan tidak patriotik, tetapi, tak sedap di mata pemilik.

Kaji balik la...

Penghadang Jalan Tembusi SUV





Berpantang maut sebelu ajal. Macam tu lah dikhabarkan, pemandu kenderaan tersebut hanya mengalami cedera ringan. Berbanding dengan rupa kejadian kemalangan tersebut, ngeri juga.

Moga kita dapat memulakan perjalanan kita dengan Ismullah dan doa selamat. Moga Allah pelihara kita, kenderaan kita dan semua dalam kenderaan kita daripada terlibat dalam sebarang kemalangan.

Sesungguhnya kemalangan itu sangat tak best!

Khamis, 5 Ogos 2010

Malang Tak Berbau Langsung

Memandu dengan cara yang baik sudah cukup membuatkan anda benar-benar selamat? Atau setelah anda memastikan aspek-aspek keselamatan diambil berat, ia sudah menjamin anda tidak akan ditimpa kemalangan?

Banyak kemalangan berpunca daripada kecuaian dan kealpaan orang lain. Kadang-kadang kita tidak tahu menahu pun, tiba-tiba ditimpa malapetaka. Itulah kemalangan namanya. Mesti ada sebab kenapa Allah takdirkan kita terjebak sama...

Pesan saya, dalam keadaan apa pun, sentiasalah BERAWAS!!!













ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design