Mari kita ambil pengajaran...
*Sumber :Mohd Fadzli Ismail
Ramai di antara kita yang bertawakal. Tetapi ramai di antara kita yang tidak menepati kaedah atau konsep tawakal yang sebenar. Bertawakal bukan sekadar melafazkan "tawakal" menerusi hati, mahupun lisan ( lidah ). Sebaliknya, sebelum bertawakal, langkah atau usaha yang paling maksimum telah kita ambil sehinggakan tiada kecuaian yang memungkinkan ruang kebinasaan menyentuh kita. Setelah usaha setinggi itu diambil, jika binasa atau bencana tetap menimpa, itulah baru dinamakan takdir. Tika itu, tawakal kita tetap menjadi ibadah yang besar ganjarannya di Sisi Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan