Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Rabu, 10 November 2010

Proton Waja "Mutasi"

Jangan tak percaya bahawa ini adalah kereta nasional kita, Proton Waja!
Telah diubahsuai secara ekstrim dengan modal yang tidak sedikit. Hmmm... nak buat macamana, Proton memang keluarkan kereta yang tak "ganas" langsung! Jangankan enjin, rupanya juga membuatkan pemilik kenderaan terbabit menukarkannya kepada bentuk jenama kereta lain.

Ada tak kereta jenama lain yang diubahsuai menjadi kereta Proton??? Ada? Ada? Lihat saja Mitsubishi Lancer baru, bila Proton ubahsuai, terus jadi "skema", tak garang! Saya pasti ramai yang akan mengubahsuainya seperti Mitsubishi Lancer. Kan bagus kalau Proton hasilkan kenderaan yang membuatkan pemiliknya rasa sayang untuk ubahsuainya menjadi jenama lain. Tentu Proton boleh, cuma saja tak nak buat kot!


















Banyak betul modal mereka untuk mengubahsuai kenderaan nasional ni.
Hmmm... kita harap, di samping berbelanja mengubahsuai kenderaan ini untuk kelihatan ranggi dan menepati citarasa masing-masing, mereka tidak lupa untuk bersedekah kepada orang yang lebih memerlukan dalam kalangan masyarakat di negara ini. Ini kerana sebahagian juzuk daripada wang pendapatan kita yang HALAL, telah Allah tentukan untuk kita berikan kepada orang-orang miskin dan anak-anak yatim dan golongan lain.

Harus kita ingat, harta yang kita miliki boleh menyelamatkan kita di akhirat, dan boleh juga mendatangkan bencana yang amat dahsyat kepada kita di akhirat kelak. Maka berhati-hatilah dalam menguruskan harta kita agar kita sentiasa berada dalam peliharaan Allah.


Tiada ulasan:

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design