Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Isnin, 27 April 2009

IHTIFAL SMIH KE-13

Terima kasih saudara ZAJ atas cadangan buah fikiran yang bernas. Buat ZAJ khasnya dan seluruh pengunjung setia, saya titipkan sedikit kenangan IHTIFAL KE-13. Mmm... macam-macam nak dikongsikan, tapi kekangan waktu di tempat kerja membuatkan saya sekadar dapat berkongsi kenangan menerusi gambar yang tak seberapa lah ni. Harap berpuas hati. :)

Backdrop Ihtifal. Kali ni print-out & tampal saja. Senang.

Team kompang SMIH. Sementara menanti perasmi.


Langkah nan tangkas seorang "Wira SMIH".

Pengarah Ihtifal dan Puan Pengetua berbincang sesuatu.

Pengarah Ihtifal mula resah, perasmi tak muncul lagi.


Sekali perasmi datang dari dalam dewan daaa... lega juga walau terlewat hampir 1/2 jam


Pengarah Ihtifal lega majlis "dah ada perasmi"...

LPH pun kelihatan lega majlis dapat diteruskan.

Antara parents dan student yang hadir. Teratur la juga, cuma masih banyak sit kosong.

Persembahan Najahan SMIH sejurus sebelum majlis berhenti rehat. Persembahan macam biasa, tiada perubahan yang mengejutkan.


Perasmian ruang pameran pula. Siap potong ribbon lagi. Syabas Unit Pameran. Tak ada pula gambar cikgunya.

Antara ruang pameran yang ada. Siap ada replika kapal terbang SMIH tu.

Persembahan kedua yang menggamatkan suasana dari pelajar ting.5. Tahniah. Cumanya mereka cakap bahasa Kelantan. Ramai penonton ternganga, sebab tak faham apa mereka cakapkan. Slide lirik pula tak jelas dipaparkan.

Persembahan penutup dari pelajar tingkatan 1, zapin. Walau dalam masa kurang seminggu, mereka tetap tabah dan bersungguh nak buat persembahan ni. Bagus betul cikgu yang latih mereka.

Bacaan doa penutup oleh Us. Kamarul kalam.

Banyak kenangan manis, pengalaman dan pengajaran dari Ihtifal ke-13 ini yang pastinya tidak dapat dilupakan. Semoga pengajaran yang Allah beri ini dimanfaatkan oleh semua. Bukan dibiarkan sekadar jadi bahan bualan sezaman. Bukan pula untuk dilupakan dan diulangi kembali pada tahun-tahun berikutnya. Setelah melaksanakannya selama 13 tahun, pelik sungguh kerana tetap ada kelemahan-kelemahan yang tidak masuk akal, seolah-olah inilah pertama kali majlis seumpama ini dilaksanakan. Apapun, semoga Allah mengganjari setiap kebajikan yang ditaburkan oleh setiap individu yang ingin melihat majlis ini berjalan dengan sempurna.

Isnin, 20 April 2009

IHTIFAL SMIH KE-13

Alhamdulillah. Syabas dan tahniah kepada semua warga sekolah yang bertungkus lumus menjayakan majlis yang penuh gilang-gemilang ini. Tahniah juga kepada yang menerima anugerah dan pelbagai hadiah penghargaan. Semoga anugerah tersebut menjadikan kita manusia yang lebih bersyukur dan menyedari kesempurnaan yang Allah "pinjamkan" sementara sebelum diambil kembali tanpa kita sedari bila waktunya.
Semoga kita menyedari hakikat kejayaan yang diraih bukanlah hasil usaha diri sendiri semata-mata. Di sebalik setiap kejayaan, ada manusia lain yang Allah utuskan kepada kita sebagai penunjuk jalan, pemudah cara, penenang hati, dan pelbagai lagi hikmah yang mendorong kepada kejayaan itu. Lantaran itu, moga kita tidaklah menjadi manusia yang mendabik dada dan meninggi diri kerana menganggap kejayaannya adalah hasil usaha jerih peritnya sendiri. Allah Maha Kaya. Allah Maha Pemurah. Jangan sampai ada satu pun nikmatnya yang kita dustakan.

Rabu, 1 April 2009

Hotel Terbang

Tempohari kita dah tengok bagaimana manusia dah tak tahu macamana nak perabih duitnya dengan menjadikan double deck Airbus A380 sebagai pesawat persendiriannya yang termewah. Kali ni manusia lain pula jadikan helikopter sebagai "hotel terbang"! Berdasarkan model asal helikopter Soviet Mil V-12 ( hanya ada 2 prototaip tahun 1960an), prototaip tersebut telah dibeli pada tahun 2004 dan bakal diterbangkan , dijangka 26 Jun 2009. Dikatakan ada 18 bilik mewah yang boleh ditempah. Ia mempunyai 3 tingkat siap dengan lif lagi.
Berat maksimum untuk berlepas mencapai 105 850 kg (232 870 lb) iaitu menyamai berat model asal pesawat ini walaupun ditambah menjadi 3 tingkat.

Pesawat ini lengkap dengan bilik-bilik yang kalis bunyi, katil bersaiz queen berkain linen terbaik, mini-bar, mesin bancuh kopi, wi-fi, malah apa jua yang diperlukan atau ditawarkan pada 5 star hotel ada disediakan. Lagi dahsyat siap ada room service.

Sebenarnya model asal heli ni masih memegang rekod heli pengangkut terberat dunia yang mampu terbang sehingga mencecah ketinggian 2,255m (dicatat pada 6 Ogos 1969). Sebab tu walaupun ia tidak dikomersilkan, kompeni ini sanggup membeli prototaip ini kerana keupayaannya.

Penulis bukanlah merasa tertarik, jauh sekali mengagungkan ciptaan ini. Sebaliknya mengingatkan kita semua betapa manusia yang Allah janjikan syurga di dunia semata-mata, mereka terpaksa pula berhempas pulas demi mendapatkan nikmatnya. Berbanding dengan manusia yang Allah janjikan Syurga di akhirat, di dunia terpaksa berhempas pulas juga, tapi dalam bentuk yang lain pula. Hmm...hebatnya Allah yang bersifat Maha Pencipta. :)