Backdrop Ihtifal. Kali ni print-out & tampal saja. Senang.
Team kompang SMIH. Sementara menanti perasmi.
Langkah nan tangkas seorang "Wira SMIH".
Pengarah Ihtifal dan Puan Pengetua berbincang sesuatu.
Pengarah Ihtifal mula resah, perasmi tak muncul lagi.
Sekali perasmi datang dari dalam dewan daaa... lega juga walau terlewat hampir 1/2 jam
Pengarah Ihtifal lega majlis "dah ada perasmi"...
LPH pun kelihatan lega majlis dapat diteruskan.
Antara parents dan student yang hadir. Teratur la juga, cuma masih banyak sit kosong.
Persembahan Najahan SMIH sejurus sebelum majlis berhenti rehat. Persembahan macam biasa, tiada perubahan yang mengejutkan.
Perasmian ruang pameran pula. Siap potong ribbon lagi. Syabas Unit Pameran. Tak ada pula gambar cikgunya.
Antara ruang pameran yang ada. Siap ada replika kapal terbang SMIH tu.
Persembahan kedua yang menggamatkan suasana dari pelajar ting.5. Tahniah. Cumanya mereka cakap bahasa Kelantan. Ramai penonton ternganga, sebab tak faham apa mereka cakapkan. Slide lirik pula tak jelas dipaparkan.
Persembahan penutup dari pelajar tingkatan 1, zapin. Walau dalam masa kurang seminggu, mereka tetap tabah dan bersungguh nak buat persembahan ni. Bagus betul cikgu yang latih mereka.
Bacaan doa penutup oleh Us. Kamarul kalam.
Banyak kenangan manis, pengalaman dan pengajaran dari Ihtifal ke-13 ini yang pastinya tidak dapat dilupakan. Semoga pengajaran yang Allah beri ini dimanfaatkan oleh semua. Bukan dibiarkan sekadar jadi bahan bualan sezaman. Bukan pula untuk dilupakan dan diulangi kembali pada tahun-tahun berikutnya. Setelah melaksanakannya selama 13 tahun, pelik sungguh kerana tetap ada kelemahan-kelemahan yang tidak masuk akal, seolah-olah inilah pertama kali majlis seumpama ini dilaksanakan. Apapun, semoga Allah mengganjari setiap kebajikan yang ditaburkan oleh setiap individu yang ingin melihat majlis ini berjalan dengan sempurna.
2 ulasan:
em, nak kirim ulasan ni bagi setiap gambar ni, tapi lum sempat lagi ni, ada kelas ni... sivik lagi... jap eh.. ;-)
zaj lagi ni, bombastik la backdrop tu. menarik bebeno. kalau la ana masih di smih, mesti bertambah seronok.. ahaks.
semuanya menarik, pada ada biarla ianya simple, termasuk susunan kerusi dll, namun hiasan pentas & semua yg berkaitan dgn pentas, pengacara majlis, sistem bunyi, multimedia, jikalau dapat di handle dgn bagus, komfem majlis tu jadi best..
almaklumla, dulu ana masa kat universiti, handle program dgn kapisiti audiens sampai mencecah 2000 orang, kekemasan pengurusan di pentas pasti akan menjadikan majlis tersebut gilang-gemilang... heheh... saje je nak kongsi pengalaman.
mintak la ye, mereka yg peganmg web sekolah tu aktifkan lagi web tu atleast foto2 aktivitinya tu ha... ;-)
apapun, ana tumpang gembira melihat persiapan ihtifal kali ini.
sebelum ana terlupa, ehem2, awat sume keterangan foto2 kat atas tu mesti ada mamat yang bergelar 'pengarah' tu yek!! bravo mamj!!! cayalah...
p/s ; nanti mase enta edit gambar guru2 bergambar masa ihtifal tu, sila selitkan muka ana ok di situ sekali. guna photoshopkaaan... hehehe..
Catat Ulasan