Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Isnin, 20 April 2009

IHTIFAL SMIH KE-13

Alhamdulillah. Syabas dan tahniah kepada semua warga sekolah yang bertungkus lumus menjayakan majlis yang penuh gilang-gemilang ini. Tahniah juga kepada yang menerima anugerah dan pelbagai hadiah penghargaan. Semoga anugerah tersebut menjadikan kita manusia yang lebih bersyukur dan menyedari kesempurnaan yang Allah "pinjamkan" sementara sebelum diambil kembali tanpa kita sedari bila waktunya.
Semoga kita menyedari hakikat kejayaan yang diraih bukanlah hasil usaha diri sendiri semata-mata. Di sebalik setiap kejayaan, ada manusia lain yang Allah utuskan kepada kita sebagai penunjuk jalan, pemudah cara, penenang hati, dan pelbagai lagi hikmah yang mendorong kepada kejayaan itu. Lantaran itu, moga kita tidaklah menjadi manusia yang mendabik dada dan meninggi diri kerana menganggap kejayaannya adalah hasil usaha jerih peritnya sendiri. Allah Maha Kaya. Allah Maha Pemurah. Jangan sampai ada satu pun nikmatnya yang kita dustakan.

1 ulasan:

zaj berkata...

alhamdulillah, tahniah pada mamj atas kejayaannya menguruskan ihtifal kali ni. dengar2 gah bunyinya.. tahniah2.

sedih je sbb xdpt nak saksikan dengan mata sendiri ihtifal tu.

tunggu2 gak dalam web hidayah tu foto2 dari ihtifal kali ni. macam xbergerak pun web tu... huhu.

enta letak la 2 3 gambar dari ihtifal tu. nak gak ana saksikan...

mesti ada hot news masa ihtifal tu kan... habaq mai la ke email ana... hehhe...

apapun, tahniah kepada semua yg bertungkus lumus menjayakan ihtifal tu, teringat ana setiap kali ihtifal penatnya mcm wat kenduri kawin la pulak.. huh.. ;-)

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design