Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.
Memaparkan catatan dengan label Ucapan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ucapan. Papar semua catatan

Selasa, 17 Mei 2011

SELAMAT HARI GURU 2011


Buat para guru sekalian, saya ucapkan SELAMAT HARI GURU!

Khas buat guru-guru yang pernah mendidik saya sampai saya jadi cikgu ( buat masa ini... ), saya doakan agar cikgu-cikgu semua sentiasa berada di bawah lembayung rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T. Semoga beroleh ampunan, keberkatan dan keredhaan Allah. Bagi cikgu yang bukan muslim pula, semoga Allah anugerahi sinar untuk mendekati dan seterusnya terbuka hati dengan kebenaran agama Allah S.W.T.

Antara guru-guru yang pernah mendidik saya :

SEKOLAH RENDAH :
Cikgu Misron
Cikgu Wan Zuhayati
Ustaz Roslani
Cikgu Zulkifli
Cikgu Abu Bakar
Cikgu Kamariah
Cikgu P Manikam
Cikgu Zainab
Cikgu Zanariah
Cikgu Nasir
Ustaz Dolah
Cikgu Omar
Cikgu Zaiton
Cikgu Ali
Cikgu Tukiman
Cikgu Idham
Cikgu Soon
Cikgu Azizah
Cikgu Tarmudi
Cikgu Marry

SEKOLAH MENENGAH :
Cikgu Maznah
Cikgu Kamilah
Cikgu Zubaidah
Cikgu Rosli
Cikgu Shahrom
Cikgu Raman Amin
Cikgu Thum Ah Bah
Cikgu Sarala
Cikgu Norkamariah
CikguFauziah
Cikgu Ramly
Cikgu Vijay
Cikgu Sri Darant
Cikgu Chong
Cikgu Mahbib
Cikgu Robiah
Cikgu Azizah
Cikgu Mohamad
Cikgu Roshida
Cikgu Manisah
Cikgu Khairi
Cikgu Khairuddin
Cikgu Ismail
Cikgu Rahmat
Cikgu Norahman
Cikgu Zulkifli
Cikgu Yusof
Cikgu Yahya
Cikgu Jailani

CIKGU SEKOLAH AGAMA :
Cikgu Md. Din
Cikgu Mohamad
Cikgu Hanafiah
Cikgu Salti
Cikgu Aminah
Cikgu Rosmah
Cikgu Rahman
Cikgu Solihin
Cikgu Ali
Cikgu Nassir
Cikgu Hussin

TINGKATAN ENAM :
Cikgu Mustaza
Cikgu Azuwin
Cikgu Anida
Cikgu Norhashimah
Cikgu Sharipah
Cikgu Hashim
Cikgu Hamidah
Cikgu Roslin
Cikgu Abdullah
Cikgu Kamarudin
Cikgu Norhuda
Cikgu Hatta
Cikgu Mat Lib
Cikgu Misiam
Cikgu Tokiah
Cikgu Khamsiah
Cikgu Paridah
.................................. erk... Cikgu yang belum tersenarai, saya minta maaf! Pecah kepala juga nak mengingat... kawan-kawan yang ingat tolong beritahu ya!!!

Jumaat, 22 April 2011

HARI BUMI

"Kenapa cikgu join jugak Hari Bumi? Kan orang barat punya!!!"

Tanya anak murid semasa mengajar mata pelajaran Geografi. Ni mesti anak murid rajin update information di blog ACHTUNG! Dia terpandang "blog header" ACHTUNG! la tu.


Adik-adik, dalam surah Ar-Ruum, ayat 41 Allah S.W.T berfirman ;


Maksudnya : "Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan oleh perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).

Adik-adik, Allah pinjamkan kita bumi untuk kita tadbir. Untuk kita nikmati dan kita jaga, kerana Allah dah bagi kita akal yang membolehkan kita membuat keputusan sama ada nak buat yang baik atau yang buruk. Bukan ke Allah ciptakan manusia sebaik-baik ciptaan. Makhluk yang sempurna. Tapi, makhluk lain dah boleh agak dah apakah keburukan lantaran kewujudan manusia ke atas muka bumi.

Adik-adik, setiap apa yang kita lakukan, kita akan "ditanya" dan dipertanggungjawabkan di akhirat. Bukan sahaja sikap dan tindakan kita kepada sesama manusia, bahkan kepada sesama makhluk ( termasuk binatang dan hidupan di bumi ). Berat tanggungjawab kita adik-adik. Ingat senang??? Dalam ayat Quran di atas, Allah S.W.T menjelaskan bahawa memang tangan-tangan manusia itulah yang akan mendatangkan kebinasaan. Padahal jangka hayat bumi adalah bergantung kepada bagaimana kita merawat atau menjaganya. Nabi kata bumi kita ni dah macam orang tua sangat. Bayangkan kalau orang tua kita tak jaga betul-betul, lagilah pendek hayatnya.

Kenapa ustaz join juga???
Earth day tak bercanggah dengan syariat. Yang peliknya April fool dan Valentine day adik-adik "layan" padahal terang-terang bertentangan syariat!!! Kita kena layan hari bumi dengan cara kita. Doa, biar semua manusia di dunia termasuk pemimpinnya ada kesedaran dan jaga bumi kita ni. Jangan kerana kepentingan dan keuntungan semata-mata, bumi ini dikorbankan.

Selamat Hari Bumi...


Sabtu, 20 November 2010

Tribute To namialus67

Manusia perlukan motivasi dan kata-kata semangat untuk terus bergiat aktif dalam sesuatu yang diusahakan. Blog ACHTUNG! juga perlukan komen dan saranan untuk terus "bernafas".

Saya berterima kasih kepada namialus67, atas kata-katanya yang membuatkan saya merasa blog saya begitu berharga. Link namialus67 :


Nak download macam-macam ada kat situ. Berikut saya abadikan kata-kata beliau untuk terus maju dan berusaha!

Walaupun ACHTUNG! lebih berbentuk "STOR PERIBADI", namun bahan yang dikongsikan tetap digarap dan ditapis bagi memastikan pengunjung masih mendapat sesuatu. Setidak-tidaknya menyedari siapa diri kita di sisi Allah.

Terima kasih banyak-banyak!

Rabu, 17 November 2010

Selasa, 5 Oktober 2010

Selasa, 5 Januari 2010


Alhamdulillah...
Genap sudah 2 tahun usia puteri abi.
"SELAMAT ULANG TAHUN SUFIAH HAYATI"!

Semoga Allah berkati hidupmu sepanjang hayat, dianugerahi keindahan akhlak yang harum mewangi, dikurniakan ketenangan, diluaskan jalan-jalan kebaikan, dan ditutupkan segenap lorong kejahatan, dipelihara dari perkara yang merosakkan, diberikan kecekalan hati dan kekuatan iman, dilimpahkan dengan rezeki yang halal sepanjang hayat, digolongkan di dalam golongan hambaNya yang terpimpin olehNya, serta beroleh kecintaanNya. Amiin. :D

Sabtu, 19 Disember 2009

Rabu, 23 September 2009

SELAMAT HARI RAYA

Salam Aidilfitri
MINAL AIDIL WALFAIZIN
KULLU AMIN WA ANTUM BIKHAIR
kepada
semua pengunjung blog ini

Masuk hari keempat, barulah berpeluang merakamkan ucapan salam aidilfitri. Walau agak lewat, ucapan salam Aidilfitri saya hulurkan juga kepada seluruh ahli keluarga dan saudara mara saya, teristimewa buat ibu & ibu mertua, isteri tercinta dan anak comel saya, juga tidak lupa buat guru-guru saya di SK LKTP Ulu Tebrau, SMK Ulu Tebrau, SMK Dato' Jaafar, SMK Telok Datok, UMS dan guru-guru agama di SA Felda Ulu Tebrau, khasnya Ustaz Md. Din, Ustaz Muhammad Hj Ali, juga rakan-rakan sekerja, anak-anak didik yang comel dan baik-baik belaka yang sangat disayangi.
Kemaafan jua dihulurkan, moga redha dan rahmat Allah sentiasi mengiringi kita dalam perjalanan menuju gerbang Ilahi.

Salam Aidilfitri

Hari raya tahun ini, kami raikan di Kuala Terengganu, kg. halaman isteri. Berbeza dengan di tempat saya (Johor), di sini suasana dirasakan cukup meriah kerana terdapat banyak surau yang berhampiran dan juga masjid. Sepanjang malam Syawal hingga sebelum solat sunat Aidilfitri, takbir bergema di seluruh pelusuk kampung, bersahut-sahutan tanpa henti. Terasa gemersik menusuk jauh ke dalam hati.

Sambutan di sini juga tambah meriah dengan persiapan besar-besaran memandangkan keluarga ini menjadi tuan rumah untuk keluarga besar berkumpul. Ketupat yang dianyam sahaja mencecah lebih 200 biji. Ayam untuk sate 20kg. Tidak termasuk nasi beriyani dan ketupat palas, kuih muih dan tapai pulut. Kemeriahan tambah terasa saat membakar sate yang mencecah berapa ratus cucuk entah. Rasanya lebih 1000 cucuk. Nak terkeluar biji mata bila menjelang jam 3.00 pagi hanya tinggal saya dan Ustaz Azmen yang masih bertahan membakar sate dengan ditemani oleh Ustaz Jamil dan bunyi mercun yang tak henti-henti.

Hari raya pertama saya solat sunat Aidilfitri di surau berhampiran pintu masuk ke jalan rumah. Hasrat hati nak solat bersama ibu mertua dan Ustaz Azmen di surau Ayah Ngah, tapi ditakdirkan terikut pula haluan Ustaz Azhar. Sepanjang mendengar khutbah, terasa benar ingin bersua dengan ayah Ngah. Terbayang-bayang suasana tenang di surau tersebut. Maklumlah, surau lama yang senantiasa dihidupkan dengan pelbagai amalan hamba-hamba Allah yang hebat. Kemudian kami berkumpul, makan-makan dan merakamkan video ucapan raya setiap keluarga. Tidak lama barulah ahli keluarga besar menyerang hidangan!


Hari kedua, kami beraya ke rumah Ayah Ki, Tok Su, Ayah Ngah (sebelah mak) dan Pak Hassan.

Hari ketiga, ke rumah Ustaz Azhar. Hmm..dapat bertemu dengan adik iparnya yang hensem, dan macho. Ala-ala Arab wajahnya. Sejuk lembut budi pekertinya. Rupanya beliau seorang hakim mahkamah Syariah Kuala Terengganu. Dapat berkongsi ilmu dengannya tentang bagaimana nak protect diri dan ahli keluarga dari santau dan serangan makhluk ghaib yang bertuan. Hmmm, ramai lagi masyarakat kita yang masih tidak mempercayai kewujudan makhluk seumpama ini. Tak apa, moga mereka berkenalan dan bersua muka. Baru tahu bumi Allah ni "luas". Amiin.

Ops..kena stop. Ni pun guna laptop ustaz Jamil yang comel. Laptop zaujah k.o kena Trojan. Nampaknya antivirus cap payung (AVIRA) yang diguna, terpaksa saya lupakan selepas ini.

Sampai jumpa lagi.

Wassalam.

Khamis, 20 Ogos 2009

SELAMAT DATANG RAMADHAN



Semoga pengisian Ramadhan tahun ini dapat kuiisi dengan lebih bermakna dari tahun sudah. Semoga Allah berikan kekuatan dan kesabaran yang istimewa dalam melaksanakan ibadah ini. Semoga Allah ampunkan dosa sekalian umat Islam, dan Allah satukan hati seluruh Umat Islam di bawah sebuah Panji-panji Islam yang agung. Amiin.

Selasa, 19 Mei 2009

Selamat Hari Guru


Terima kasih kepada semua anak didikku. Jangan ambil hati dan jangan pula menyimpan rasa. Kalau ada terkurang manis dalam bicara, dengan rasa rendah hati kemaafan dipohon jua. Doa untuk kalian, jikalau kalian inginkan kejayaan di jalan Allah, semoga Allah kurniakannya dengan keajaibanNya. Andainya kalian inginkan kecemerlangan semata-mata untuk masa depan diri, moga Allah luruskan hati ke arah kecintaanNya. Andainya kalian inginkan kehebatan dan kemewahan yang mungkin membuatkan kalian hanyut, moga Allah berikan taufiq dan hidayahNya dan dibukakan pintu hati untuk mengenaliNya.

Jumaat, 13 Mac 2009

Selamat Ulang Tahun Saya


TAHNIAH ATAS KEJAYAAN SPM

Sekadar gambar hiasan...entah tahun bila agaknya gambar ni...

TAHNIAH ADIK-ADIK YANG TELAH BERJAYA MENGHARUNGI SPM. INGAT KEGETIRANNYA, JANGAN LALAI DAN MAHSYUK DENGAN KEMANISANNYA. INGAT BETUL-BETUL TAU.

Selasa, 13 Januari 2009

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design