Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Rabu, 23 September 2009

SELAMAT HARI RAYA

Salam Aidilfitri
MINAL AIDIL WALFAIZIN
KULLU AMIN WA ANTUM BIKHAIR
kepada
semua pengunjung blog ini

Masuk hari keempat, barulah berpeluang merakamkan ucapan salam aidilfitri. Walau agak lewat, ucapan salam Aidilfitri saya hulurkan juga kepada seluruh ahli keluarga dan saudara mara saya, teristimewa buat ibu & ibu mertua, isteri tercinta dan anak comel saya, juga tidak lupa buat guru-guru saya di SK LKTP Ulu Tebrau, SMK Ulu Tebrau, SMK Dato' Jaafar, SMK Telok Datok, UMS dan guru-guru agama di SA Felda Ulu Tebrau, khasnya Ustaz Md. Din, Ustaz Muhammad Hj Ali, juga rakan-rakan sekerja, anak-anak didik yang comel dan baik-baik belaka yang sangat disayangi.
Kemaafan jua dihulurkan, moga redha dan rahmat Allah sentiasi mengiringi kita dalam perjalanan menuju gerbang Ilahi.

Salam Aidilfitri

Hari raya tahun ini, kami raikan di Kuala Terengganu, kg. halaman isteri. Berbeza dengan di tempat saya (Johor), di sini suasana dirasakan cukup meriah kerana terdapat banyak surau yang berhampiran dan juga masjid. Sepanjang malam Syawal hingga sebelum solat sunat Aidilfitri, takbir bergema di seluruh pelusuk kampung, bersahut-sahutan tanpa henti. Terasa gemersik menusuk jauh ke dalam hati.

Sambutan di sini juga tambah meriah dengan persiapan besar-besaran memandangkan keluarga ini menjadi tuan rumah untuk keluarga besar berkumpul. Ketupat yang dianyam sahaja mencecah lebih 200 biji. Ayam untuk sate 20kg. Tidak termasuk nasi beriyani dan ketupat palas, kuih muih dan tapai pulut. Kemeriahan tambah terasa saat membakar sate yang mencecah berapa ratus cucuk entah. Rasanya lebih 1000 cucuk. Nak terkeluar biji mata bila menjelang jam 3.00 pagi hanya tinggal saya dan Ustaz Azmen yang masih bertahan membakar sate dengan ditemani oleh Ustaz Jamil dan bunyi mercun yang tak henti-henti.

Hari raya pertama saya solat sunat Aidilfitri di surau berhampiran pintu masuk ke jalan rumah. Hasrat hati nak solat bersama ibu mertua dan Ustaz Azmen di surau Ayah Ngah, tapi ditakdirkan terikut pula haluan Ustaz Azhar. Sepanjang mendengar khutbah, terasa benar ingin bersua dengan ayah Ngah. Terbayang-bayang suasana tenang di surau tersebut. Maklumlah, surau lama yang senantiasa dihidupkan dengan pelbagai amalan hamba-hamba Allah yang hebat. Kemudian kami berkumpul, makan-makan dan merakamkan video ucapan raya setiap keluarga. Tidak lama barulah ahli keluarga besar menyerang hidangan!


Hari kedua, kami beraya ke rumah Ayah Ki, Tok Su, Ayah Ngah (sebelah mak) dan Pak Hassan.

Hari ketiga, ke rumah Ustaz Azhar. Hmm..dapat bertemu dengan adik iparnya yang hensem, dan macho. Ala-ala Arab wajahnya. Sejuk lembut budi pekertinya. Rupanya beliau seorang hakim mahkamah Syariah Kuala Terengganu. Dapat berkongsi ilmu dengannya tentang bagaimana nak protect diri dan ahli keluarga dari santau dan serangan makhluk ghaib yang bertuan. Hmmm, ramai lagi masyarakat kita yang masih tidak mempercayai kewujudan makhluk seumpama ini. Tak apa, moga mereka berkenalan dan bersua muka. Baru tahu bumi Allah ni "luas". Amiin.

Ops..kena stop. Ni pun guna laptop ustaz Jamil yang comel. Laptop zaujah k.o kena Trojan. Nampaknya antivirus cap payung (AVIRA) yang diguna, terpaksa saya lupakan selepas ini.

Sampai jumpa lagi.

Wassalam.

2 ulasan:

Unknown berkata...

slmt ari raye us. :)
-jakpo tasek-

faareast berkata...

huhu.. trojan ek? xyah risau antivirus ape yg kte pki.. buang care manual la... kalau backdoor trojan, effektif pki avast av... kalau nk rase selamat, pki 2 AV.. tp kene cr yg xde conflict..

p/s: my setengah sen

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design