Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Rabu, 30 September 2009

Ustaz Abdul Rahim Sahlan : Hari Terakhir Di SMIH


Ustaz Abdul Rahim Sahlan, nama yang tak asing didengar di sekitar sini termasuklah Pasir Gudang, Kota Tinggi dan of course Batu Pahat.
Seorang yang mudah dihampiri, didekati, mudah memberikan pandangan yang telus, dan seorang pendengar yang baik. Hari ini beliau akan menamatkan tugasnya di SMIH setelah 11 tahun berkhidmat di sini. Terlalu banyak kenangan yang terukir sepanjang bersama dengan beliau yang sering saya panggil "WAK" atau lebih manis "WAK KANG"...( jangan mara haaaa... ).
Sepanjang bertugas bersama, terasa mudah bila ada beliau bersama. Jarang menolak untuk membantu, dan jika benar beliau tidak dapat membantu, lazimnya akan disertakan cadangan dan alternatifnya. Banyak perkongsian masalah baik peribadi mahupun soal kerja kami kongsi bersama. Of course bila kami berbincang tentang perkara yang peribadi kami akan bertutur dalam bahasa ibunda asal keturunan kami ..."GERMAN!!!" ( Jawa lah tu... )
Semua pelajar menyanjungi beliau. Apatah lagi beliau memiliki seribu satu maklumat tentang Palestin kerana beliau gemar "mengapdate" maklumat terkini isu semasa.
Saya diberitahu oleh beliau sendiri pada hari terakhir sebelum cuti raya bermula. Dalam diam, bergenang airmata bersama sebak tak sudah sepanjang memandu pulang. Mujurlah khabar angin tentangnya telah disampaikan oleh adik ipar yang bertugas di cafe tempat Ustaz Rahim bakal memulakan karier barunya.
Apapun akhirnya, di mana beliau duduk atau berdiri, bagi saya beliau bagai memayungi sekitarnya dengan ilmu yang tidak habis jika seharian dirimba. Salam persahabatan yang berpanjangan. Moga Allah meluaskan pintu rahmat dan rezekiNya buat Ustaz Rahim sekeluarga.
Selamat bertugas di tempat baru....
Njalok ngapuro seng akehakeh yo Wak...Kangen aku to Wak...

15 ulasan:

Unknown berkata...

speaking jawa seh.hu.bila ramai yang pergi.sedih pula.

Unknown berkata...

lepas ni ustaz rahim kerja kat mana?cafe mana?

Mr. TR berkata...

mangan2 aja dung.. hehe..

ust rahim keje apa pasni?
nk tau..nk tau..

faareast berkata...

huhu.. pindah lagi... ust rahim kejemane plak nnt.. walaupun dah xde kat smih, mcm sedih je dgr ni... teringat dulu kene piat telinga.. maklumla murid nakal..

p/s: jowo rupenyer ust anwar ni... igtkan ust rahim sorang...

Afra' Azam berkata...

ngaa..

ustaz rahim nak benti dah...

lame x jmp ustaz..

awatnya x stay ja..

miyammor berkata...

SMIH tanpa ust rahim?
tak dpt nak bayangkan..

Tanpa Nama berkata...

dgr cm di J-Corp.eksekutif pe tah.cegitu la.ye kot.

[anas.hisham] berkata...

fyi,ust akan pindah dan bekerja di Johor Corp

hidayah zulkharnain. berkata...

kat ulu tiram kan?dengar cerita la.(peh,macam misteri pula kan kerja baru ustaz lepasni.)

Basyir g9 berkata...

wah.sedih btol dgr berita ni. ustat Rahim guru kp ana dr form 1 hingga form 5. moga dpt jumpa lagi ngan ustat dan moga dipermudahkan segala urusan kat tempat kerja baru..

p/s: ustat Anuar pandai ckp jawa seyh :D

*Nadiah::Syaimaa'::Hamizah* berkata...

ha??ustaz rahim pindah??huhu. dah la hari ni xdtg sek..huuu. moga ustaz seronok dan selesa di tmpt kerja barunye~ ustaz rahim akn ttp diingati oleh kami semua..insyaAllah.
-hamizah-

putera berkata...

peh!sedih seh ustz rahin takde kat smih..ustz smih yg pertama ak kenal sebab ikut bpk ak g program..lps dr tu,dia dah kenal ak dan ak kenal die..time ak darjah 1 pn,die yg pujuk ak supaya xnangis..peh..ingat lagi kenang2 tu semua..
ustaz keje ngan j corp?btl ke?kat mane?

nmpk gaye nye,makin kepupusan la bangsa jawa kat smih..yg tnggl hanye ustzh hawanis dan ustz anuar je..huahuahua..

aku keturunan jawa yang dah moden..huahahah..

Unknown berkata...

kita serupa.jawa celup?hehe.

Abd Hakim Hamidon berkata...

"almukmin kal ghais, aina waqa'a, nafa'a"

~ mukmin itu seperti hujan, dimana pun dia berada, tetap memberi manfaat.

zaj berkata...

byk ilmu yg dpt kongsi dgn dia sepanjang 3 tahun kat smih tu.. semua yg us anuar beritahu pasal dia semua nya benar belaka. naqib ana sepanjang tahun terakhir di smih. seronok sgt2. seorang kawan, sahabat, rakan sekerja yg tak dpt diganti..

alhamdulillah, ana sempat copy folder e-book beliau yg beliau kumpul dr internet sepanjang beliau di smih. folder tu byk mengandungi fail2 dan buku2 dan kitab2 yg tak mungkin dpt dibeli dipasaran...

ana juga akan memberikan dan menyebarkan fail tersebut (dah dpt kebenaran dah) kepada sesiapa sahaja yg mahukannya.. juga ke dalam mane2 komputer yg ana format selama ini...

begitulah anatara pahala berpanjangan beliau sesudah beliau pergi meninggalkan smih....

jasa dan budi beliau di smih perlu di beri penghargaan sewajarnya oleh pengetua dan pihak atasan dgn mengenetepikan segala prosuder dan birokrasi yg ada...

semoga beliau terus dirahmati dan dipermudahkan urusannya sepanjnag hidupnya...

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design