Assalamualaikum...
Memang kena banyak bersabar bulan Ramadhan ni. Sampai saat ni, komputer yang "tebaboom" tempohari masih tak selesai lagi, kini internet pula tak dapat dicapai baik guna wifi mahupun broadband... hmmm... tak dapat nak update blog. Mujur member sekerja ni si Omar menawarkan komputernya untuk digunakan beberapa minit. Baik betul Omar Bin Dr. Danial ni ( alaaa.... Dr. Danial yang keluar dalam rancangan "Halaqah" tu).
Dalam Ramadhan yang memasuki fasa ketiga ini, marilah kita jadikan masa-masa yang ada sebagai masa yang kritikal. Masa yang sangat terdesak untuk kita isi dengan amalan. Sama ada bertadarus, bersedekah, banyakkan zikir, solat sunat da pelbagai lagi ibadah. Dalam khutbah Jumaat yang di sampaikan oleh Imam Nordin di Masjid Jamik Felda Ulu Tebrau tadi pun tentang keutamaan memburu Lailatul Qadar. Sesi renungan pagi dalam slot tazkirah pada Selasa lalu yang disampaikan oleh Ustazah Nirwana pun tentang Lailatul Qadar. Dan sekarang ni pun, masyarakat di sekitar taman pun bercerita tentang Lailatul Qadar, sampai pasang pelita banyak-banak...hehehe.
Apapun, yang penting, biarlah fasa ketiga ini kita sediakan strategi yang lebih matang berbanding dengan pengisiannya pada dua fasa yang lalu. Mari kita doakan agar Umat Islam di dunia ni bersatu. Allah ampunkan mereka dan berikan hidayah buat mereka. Kita doakan jiran-jiran kita dan rakan-rakan yang masih tidak menutup aurat agar mereka beroleh hidayah dan memelihara aurat mereka. Kita doakan agar para pemimpin kita memerangi riba' yang "dihalalkan" di negara kita, dan mereka mendapat hidayah untuk melaksanakan Hukum Hudud yang sempurna di negara kita. Marilah kita doakan mak ayah kita dengan menyebut nama mereka. Doakan kesejahteraan mereka, dilanjutkan usia dengan penuh keberkatan, dan diluaskan rezeki mereka. Doakan adik beradik kita, guru-guru kita dan semua yang mungkin mendoakan kita.
Salam Pacuan Akhir Ramadhan.
1 ulasan:
salam, lama xberi balas kat blog mamj ni. kesian bebeno komputer enta terbabom... tu mesti berasap bilik guru tu kesan meletupnya komputer enta tu.
kirim salam ye kat semua ustaz2 dat smih tu ha. moga terus tabah meneruskan perjuangan di SMIH dlm melahirkan generasi muttaqin dan mutadabbirin kat malaysia ni.
ust omar danial tu memg baik orangnya. senyum je, tensyen2 pun senyum gak...
dugaan memg betul2 dugaan di akhir ramadhan ni, kalau kita tak plan awal2 memg xdapat beribdah dgn tenang dan byk2.
bayangkan kalau dok terawih ke tadarus ke kalau otak ni syik teringtakan
- rendang tak masak lagi
- kueh raye tak siap lagi
- langsir lum pasang lagi
- daun ketupat masih kat pokok lagi
- dll.
pendek kate sume tu memg mengganggu. tapi insyaallah kalau kite plan awal2 untuk luangkan masa kita di akhir ramadhan ini utk beribadah insyaallah memg leh buat.
apapun, bersederhana je lah dalam menyambut syawal ini.
* teringin nak berada dalam bulan ramadhan sedang diri dan isteri berada di bumi serambi mekah sane....
Catat Ulasan