Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Rabu, 30 Jun 2010

SERANGAN UDARA ZIONIS, SEORANG SYAHID

Jenazah Bassam Badwan
Tuesday June 29, 2010 author
Sumber-sumber Palestin melaporkan, pada Isnin lalu bahawa seorang penduduk Gaza terbunuh dan beberapa orang cedera akibat serangan udara yang dilancarkan oleh Tentera Udara Rejim Zionis di wilayah al-Shujaeyya timur Kota Gaza.

Serangan tersebut disertai pesawat tanpa pemandu (unman drone), dan seterusnya disusuli dengan tembakan artileri rejim itu.

Warga Gaza yang terbunuh dikenalpasti sebagai Bassam Badwan, 29 sementara yang lain tercederaa.

Badwan meninggal dunia karena luka parah selepas kakinya terputus dan luka parah pada anggota tubuh yang lain.
Petugas perubatan cuba untuk berkoordinasi dengan Palang Merah untuk dibenarkan masuk ke wilayah itu untuk mencari warga yang bisa saja terluka dalam penembakan itu sebagai sumber-sumber tempatan melaporkan bahawa dua warga lagi yang terluka.

Menurut Brigade Abu Ali Mustafa, pasukan bersenjata Pembebasan Palestin (PFLP), mengatakan bahawa Badwan adalah salah seorang daripada anggotanya.

TURKI MENUTUP RUANG UDARA KEPADA ZIONIS

ISNIN : 28 Jun 2010
Perdana Menteri Turki mengumumkan bahawa ruang udara Turki telah ditutup untuk tentera Zionis Yahudi selepas serangan ke atas armada LL4G Mei lalu.

Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, kepada media di Kanada bahawa larangan itu berkuatkuasa setelah serangan terhadap kapal Turki, Mavi Marmara. Serangan itu mengakibatkan sembilan orang maut; yang mana lapan daripadanya adalah warganegara Turki manakala seorang daripadanya adalah warga Turki-Amerika.

Keretakan diplomatik antara Turki dan Zionis Yahudi kian meruncing memandangkan Rejim Yahudi yang begitu keras kepala dalam menanggapi permintaan Turki berikutan kehilangan nyawa pada 31 Mei.

Turki hanya meminta agar REJIM YAHUDI meminta maaf atas tindakannya, mengembalikan kapal dirampas, membayar pampasan kepada para keluarga yang terkorban, dan mematuhi penyiasatan pihak antarabangsa berhubung apa yang telah dilakukan oleh rejim itu.

Turki juga memanggil balik duta mereka, manakala semua kerjasama ketenteraan dengan rejim itu dihentikan.
SUMBER : http://www.imemc.org/

JAGA ANAK ANDA

Kita kena jaga anak-anak kita.
Jangan ajar perkara yang tak betul.
Jangan buat benda tak betul depan mereka.
Mereka "PERAKAM" terbaik!!!

Sekali ajar tak betul, susah nak betulkan kelak.
Kalau dah tak betul, kita yang susah.
Memang nampak comel kalau mereka buat silap.
Tapi pada mereka itu satu pelajaran.
Bahananya, nyawa anak kita terancam.

Jadi, jaga anak kita.
Setiap masa kena tahu mereka buat apa.
Jangan sampai dah terkena, baru nak terasa.
Baru nak berkira-kira.
Dah tak jadi apa.

Anak adalah amanah.
Amanah Allah pada kita.
Kita akan ditanya di SANA.
Atas setiap apa yang anak kita belajar dari kita.
WAHAI BAPA-BAPA...INI TANGGUNGJAWAB KITA
KERANA KITA KETUA KELUARGA!!!






















REUNION BATCH '77



KETAM KELAPA BESAR PUNYA


>Gambar kiriman Brian Fernandes tentang makhluk dikenali sebagai “Coconut Crabs” or “Robber Crabs”.
>Diberi nama Ketam Kelapa sebab ia makan kelapa dengan menggunakan kekuatan anggota "tangannya".



>Dengan saiz yang sebesar itu, tak mustahil ia boleh mengupas tempurung kepala kita dengan mudah!
>Lihat perbandingan saiznya dengan tubuh manusia.



>Itulah kebesaran Allah yang bersifat Maha Pencipta.
>Tidak sia-sia atas setiap sesuatu yang diciptakanNya.

Ular Berkaki


>Khabarnya wujud di negara China.
>Maklumat lain tidak berapa jelas.



SHADOW KENDERAAN STV



>SHADOW, kenderaan Super Terrain Vehicles (STVs).
>Masih dalam pembinaan.
>6 variasi :
1.Steel Hawk,
2.Street Hawk,
3.Terra Hawk,
4.Desert Hawk,
5.Armor Hawk,
6.Battle Hawk.



>1100 horsepower ( versi Shadow Hawk )
>0-60 mph dalam masa 3.5 saat
>Top speed 208 Mph