Piala Dunia telahpun bermula. Manusia satu dunia mula bercerita kisah bola. Masing-masing memiliki pasukan idola yang tersendiri. Masing-masing exited untuk menantikan perlawanan pasukan sanjungan mereka.
Kisah Misi LL4G? Dah jadi nombor 2.
Kisah Gaza? Dah jadi nombor 3.
Nombor 1? Piala Dunia...
Dalam blog-blog yang saya ziarahi beberapa minggu lalu, masing-masing menyiarkan kehangatan semangat memperjuangkan Umat Islam Palestin.
Hari ini dan sehari sebelumnya, blog yang sama menceritakan excitednya mereka dengan worldcup. Katanya kita redakan ketegangan kerana kemarahan terhadap "kesetanan" Zionis dengan merehatkan diri melayan piala dunia!!!
Macam tu?
Mudahnya??
Itu namanya perjuangan???
Itu namanya pembelaan???
Berjuang & berjihad boleh ada "take 5"?
Salah ke???
Tak salah. Cuma, sakit hati,kerana berdasarkan kes-kes tahun sebelumnya, semasa Piala Dunia inilah ZIONIS MENGERJAKAN UMAT ISLAM DI PALESTIN... kerana mereka tahu masa ini UMAT ISLAM TENGAH COOL DOWN MELAYAN PIALA DUNIA. Umat Islam ramai yang hangat-hangat tahi ayam pada kaca mata mereka. Sebab itu mereka tak kisah...mereka lebih sibuk bercerita pasal Piala Dunia berbanding nasib Umat Seagama yang sedang dilapah!
Kalau ada isu hangat, Umat Islam akan "cuba" kutuk Zionis kejap. Masa tak ada isu, mereka tak kutuk ... atau LUPA NAK KUTUK.
Sebab itu saya benci Piala Dunia... Piala Dunia adalah antara agenda Zionis!
Dalam pada itu, dengan permainan bola sepak pun saya dah menyampah.
Dari dulu lagi.
Marah dengan kata-kata saya?
Tak mengapa. Itu saya...
Nanti kat akhirat kalau Allah "tanya", APA KAMU BUAT MASA UMAT ISLAM KAT PALESTIN SEDANG DI SEMBELIH?" jawablah "TUHANKU, AKU SEDANG MENONTON PIALA DUNIA..."
Tak salahkan???
Ermmm... cuba taip dua perkataan berikut :
1. GAZA
2. WORLDCUP
Tak kisahlah google ke, yahoo ke...asalkan setkan paparan IMAGE.
Gambar apa yang keluar? Beza tak?
Cuba renungkan apa maksud saya...
1 ulasan:
Memang sangat betul. Kelemahan kaum Adam. Tak sah kalau tak dengan bola. Padahal mereka yang kami harap jadi jundi ummat!
Memang agenda.
Lagi tak tahan mereka yang bangun 2-3 pagi just utk BOLA! pastu nak halalkan, dengan iringi tahajjud.
Pergh.
Harap dapat 'infect' semangat dan fikrah ni pada kaum adam yang lain.
Catat Ulasan