Saya sentiasa cuba mendapatkan maklumat berhubung dengan perkembangan saudara kita yang sedang menghadapi ujian Allah di sana. Namun, agak hampa memandangkan segala maklumat amat sukar diperolehi. Ada tidak saya sering merujuk kepada Ruqayyah Nurul Iman, alumni SMIH yang sudi menabur ba
kti berkhidmat untuk bekas sekolahnya dalam mengisi waktu cutinya.
Beliaulah yang saya harapkan untuk mendapat maklumat terkini menerusi laman Facebooknya. Saya sendiri sempat membaca mesej-mesej yang dihantar oleh saudara Mubarak ( anak Ustaz Hassanuddin ), yang menyatakan kegembiraannya apabila menerima panggilan telefon dari ayahnya.
" yey...abah balik!... yey...abah balik...!"
Begitulah lebih kurang luahan gembiranya bila diberitakan oleh ayahnya bahawa beliau dan semua rakyat Malaysia telah dibebaskan oleh kafir ZIONIS LAKNATULLAH! Dada saya sangat sebak, bila dapat tahu Ustaz Hassanuddin selamat... Syukur Alhamdulillah. Itulah berita yang sangat saya nanti-nantikan. Pada masa yang sama sangat bersyukur semua sukarelawan kira-kira 600 lebih turut dibebaskan, selain kira-kira 50 orang warga lain terus ditempatkan di penjara sana. W@allahu'alam. Ini belum sahih.
Khabarnya lagi, mereka kini telah berada di Jordan...sehelai sepinggang! Masyaallah. Semoga Allah permudahkan urusan mereka. Rombongan Malaysia dikhabarkan akan diterbangkan balik ke tanah air dari jordan, wallahu'alam... ini pun belum sahih. Kita doakan dan kita tunggu. Moga Allah pelihara mereka.
Ustaz Hassanuddin... rindu rasanya untuk bertemu... Pahlawan Jihad!
Bila saya baca blog : http://jundaqsa.blogspot.com/ , tertulis kata-kata zaujah Ustaz Hassanuddin yang disiarkan pada 1 Jun 2010 (semalam),
"Isteri kepada sukarelawan yang terbabit dalam serangan Israel terhadap kapal misi bantuan kemanusiaan ke Gaza sudah menjangka kemungkinan berlaku halangan dalam perjalanan mereka itu."
Pn Hjh Sharifah Mahiza bersama salah seorang anak laki-lakinya di sidang media di Pejabat Sekretariat Aqsa Syarif Johor di Johor Bahru
(Mohon izin siar gambar ni ustaz)
Sharifah Mahiza Syed Abdul Kadir berkata, suaminya, Hasanuddin Mohd Yunus, sudah berpesan supaya beliau tabah menghadapi segala kemungkinan.
"Sebagai isteri saya faham risiko yang dihadapi tapi tetap memberi sokongan kepada suami.
"Pesanan terakhir pada Khamis lalu sebelum beliau naik kapal ialah teruskan perjuangan," katanya ketika ditemui di sini.
Ustaz Hasanuddin adalah seorang daripada dua wakil badan bukan kerajaan yang mewakili Aqsa Syarif dalam misi itu.
( Copy dari blog tersebut )
(Rindu nak salam dan cium tangan Pahlawan Jihad ini)
Antara petikan kata-kata isteri Ustaz Hasanuddin (Pn Hjh Sharifah Mahiza) lewat semalam;
"Belum pun ustaz syahid... ana menerima berpuluh-puluh panggilan dan sms yang bertanya kabar dan memberi semangat dan peransang.
Inilah yang di katakan ukhuwah. Dari seluruh Malaysia hingga Brunai mendoakan ustaz dan pasukannya di sana, dan mendoakan kami disini. Di zaman sahabat Nabi saw, menjadi cita-cita para sahabat mengejar syahid .. ada yang sedag makan kurma, tidak habis terus maju ..ada yg baru kahwin meninggalkan isteri...
Begitu juga ana rasakan... ustaz mencari syahid sejak dulu di awal perkahwinan kami, sentiasa dia sebut-sebut kpd ana hingga lah diberi peluang kali ini... beliau diizinkan Allah menyertai konvoi ....
Antara kekasih hati dan menjadi kekasih Allah mana satu yang patut ana doakan untuk dia ......?
Jazakumulahukhairan kepada semua yang memberi sokongan dan mendoakan kami dan sahabat yang dalam perjuangan... Moga sokongan antum memberi ana dan kami sekeluarga kekuatan untuk berhadapan dengan apa jua kemungkinan. "
(Copy dari blog yang sama)
Ya Allah, Ya Kariim, Ya Wadud, Ya Zaljalaali Wal Ikram...., izinkan aku berjihad bersama pemimpin ini. Andai Kau takdirkan dia beroleh SYAHID, izinkan aku juga SYAHID di sisinya... Amiin!
1 ulasan:
lepas ni mungkin peluang itu di hadapan kita.adakah kita menyambutnya@menolak kepada yang lainlain.
Catat Ulasan