Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Rabu, 16 Jun 2010

Iran Tidak Berhasrat Untuk Hantar Kapal Pengiring

Gambar Hiasan : Kapal Tentera Laut Republik Iran

Wakil Komandan Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC), Hussein Salami, menyatakan bahawa Kor tidak memiliki rancangan untuk mengiringi kapal-kapal yang akan ke Gaza.

Kenyataan ini bertentangan dengan kenyataan dahulu yang dibuat oleh seorang pegawai dari IRGC yang mengatakan bahawa Tentera Laut dipersiapkan dan bersedia untuk mengiringi kapal-kapal keamanan untuk melindungi mereka dari kemungkinan serangan Israel.

Iran awalnya mengatakan bahawa selepas serangan Zionis ke atas Freedom Flotilla,mereka akan menghantar angkatan laut untuk mengawal kapal-kapal keamanan yang belayar dari Teheran.

Dalam berita lain, Salami mengatakan bahawa Iran tidak bimbang dengan hukuman baru yang dijatuhkan pada Republik Islam dan menambah lagi bahawa Iran telah mengalami pelbagai jenis hukuman sejak Revolusi Islam 1979.

Dia menambah bahawa hukuman tidak akan memberi impak ke atas ekonomi Iran, menurut Salami. Malah tidak terkesan dengan mana-mana kuasa besar dunia.
Sumber : http://www.imemc.org

Tiada ulasan:

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design