Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Rabu, 30 Jun 2010

SERANGAN UDARA ZIONIS, SEORANG SYAHID

Jenazah Bassam Badwan
Tuesday June 29, 2010 author
Sumber-sumber Palestin melaporkan, pada Isnin lalu bahawa seorang penduduk Gaza terbunuh dan beberapa orang cedera akibat serangan udara yang dilancarkan oleh Tentera Udara Rejim Zionis di wilayah al-Shujaeyya timur Kota Gaza.

Serangan tersebut disertai pesawat tanpa pemandu (unman drone), dan seterusnya disusuli dengan tembakan artileri rejim itu.

Warga Gaza yang terbunuh dikenalpasti sebagai Bassam Badwan, 29 sementara yang lain tercederaa.

Badwan meninggal dunia karena luka parah selepas kakinya terputus dan luka parah pada anggota tubuh yang lain.
Petugas perubatan cuba untuk berkoordinasi dengan Palang Merah untuk dibenarkan masuk ke wilayah itu untuk mencari warga yang bisa saja terluka dalam penembakan itu sebagai sumber-sumber tempatan melaporkan bahawa dua warga lagi yang terluka.

Menurut Brigade Abu Ali Mustafa, pasukan bersenjata Pembebasan Palestin (PFLP), mengatakan bahawa Badwan adalah salah seorang daripada anggotanya.

Tiada ulasan:

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design