ISNIN : 28 Jun 2010
Perdana Menteri Turki mengumumkan bahawa ruang udara Turki telah ditutup untuk tentera Zionis Yahudi selepas serangan ke atas armada LL4G Mei lalu.
Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, kepada media di Kanada bahawa larangan itu berkuatkuasa setelah serangan terhadap kapal Turki, Mavi Marmara. Serangan itu mengakibatkan sembilan orang maut; yang mana lapan daripadanya adalah warganegara Turki manakala seorang daripadanya adalah warga Turki-Amerika.
Keretakan diplomatik antara Turki dan Zionis Yahudi kian meruncing memandangkan Rejim Yahudi yang begitu keras kepala dalam menanggapi permintaan Turki berikutan kehilangan nyawa pada 31 Mei.
Turki hanya meminta agar REJIM YAHUDI meminta maaf atas tindakannya, mengembalikan kapal dirampas, membayar pampasan kepada para keluarga yang terkorban, dan mematuhi penyiasatan pihak antarabangsa berhubung apa yang telah dilakukan oleh rejim itu.
Turki juga memanggil balik duta mereka, manakala semua kerjasama ketenteraan dengan rejim itu dihentikan.
SUMBER : http://www.imemc.org/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan