Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.
Memaparkan catatan dengan label Doa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Doa. Papar semua catatan

Selasa, 15 November 2011

Ahad, 2 Januari 2011

Doa Solat Sunat Istikharah

Maksudnya :

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon petunjuk kepadaMu dengan sifat ilmuMu, dan aku memohon kekuasaan dariMu dengan sifat KudratMu, dan aku memohon anugerah yang besar dariMu. Kerana sesungguhnya hanya Engkaulah yang maha berkuasa, sedang aku tidak berkuasa, dan hanya Engkaulah yang Maha mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui, dan Engkaulah Tuhan Yang Maha Tahu segala sesuatu yang samar.

Ya Allah, jika menurut pengetahuanMu bahawa sesungguhnya urusanku ini baik bagiku, bagi agamaku, penghidupanku dan kesudahan urusanku, maka takdirkanlah ia bagiku dan mudahkanlah ia, kemudian berkatilah aku padanya.

Dan jika menurut ilmuMu urusanku ini buruk bagiku, bagi agamaku, penghidupanku dan kesudahan urusanku, maka palingkanlah ia dariku dan palingkanlah aku darnya, dan takdirkanlah kebaikan bagiku di manapun ia berada, kemudian redhailah aku dengannya.

Rabu, 1 Disember 2010

Doa Kesembuhan Sakit & Penyakit

Bacalah doa-doa ini semasa menghadapi sakit fizikal, moga ia juga berkesan untuk ketenangan mental dan iman kita. Doanya berwarna BIRU dan selebihnya yakinilah kuasa Allah yang mengawal seluruh alam dan makhluk, Maha Penyembuh.

Sebenarnya banyak lagi ayat Al-Quran dan doa dari hadis yang boleh dibaca, namuan untuk tidak membebankan pemikiran pembaca, cukuplah kita memilih beberapa terlebih dahulu.

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا اشتكى منا إنسان مسحه بيمينه ثم قال اِذْهَبِ البَأْسَ رَبَّ النَّاسِ وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَاءً إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَماً

Ertinya : Nabi s.a.w ketika didatangi aduan (sakit) oleh seseorang, nabi akan menyapunya dengan tangan kanan baginda sambil membaca " Jauhkanlah dia dari kesakitan, wahai Tuhan sekalian manusia, sembuhkanlah dia, dan engkaulah maha penyembuh yang tidak akan datang kesembuhan kecuali datang dariMu, kesembuhan dari jenis yang tidak akan kembali penyakitnya"( Riwayat Muslim)

كان النبي صلى الله عليه وسلم يعوذ الحسن والحسين ويقول : إن أباكما كان يعوذ بها إسماعيل وإٍسحاق أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطاَنٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّة (رواه البخاري)

Ertinya : Nabi s.a.w ketika sedang meminta perlindungan untuk Al-Hasan dan Al-Husain berkata : Sesungguhnya kedua-dua ibu bapamu meminta perlindungan dengan (bacaan) yang dibuat oleh Nabi Ismail dan Ishak iaitu : "Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna, daripada setiap Syaitan dan mahkluk berbisa dan dari setiap pandangan mata dengki & hasad yang berniat jahat" ( Riwayat Al-Bukhari)


أن جبرائيل أتى النبي صلى الله عليه وسلم فقال يا محمد اشتكيت ؟ قال نعم , قال : بِسْمِ اللهِ أُرْقِيْكَ مِنْ كُلِّ شَيْئٍ يُؤْذِيْكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْعَيْنٍ أَوْ حَاسِدٍ , اللهُ يُشْفِيْكَ بِسْمِ اللهِ أُرْقِيْكَ

Ertinya : Telah datang Jibrail kepada nabi sa.w dan berkata : Wahai Muhammad, adakah kamu mengadu kerana sakit? . Jawab Nabi " Ya". Jibrail membalas " Bacalah "Dengan nama Allah yang mengubatimu, dari segala perkara yang menyakitimu, dan juga dari kejahatan setiap jiwa,mata dan hasad. Allah akan menyembuhkanya dan dengan namaNya engkau disembuhkan"



Baca tujuh kali dengan tangan diletak di tempat sakit , kemudian baca Bismillah tiga kali dan terus baca doa berwarna biru :

أنه شكا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم وجعا يجده في جسده منذ أسلم فقال له رسول الله صلى الله عليه وسلم ضع يدك على الذي تألم من جسدك وقل باسم الله ثلاثا , وقل سبع مرات : أَعُوذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ


Ertinya : Seorang sahabat datang mengadu kepada Nabi berkenaan kesakaitan yang terdapat ditubuhnya sejak dari ia masuk Islam, lalu nabi mengajarkan berkata : " Letakkan tanganmu ditempat yang kamu merasai sakit itu dan bacalah Bismillah tiga kali dan kemudian bacalah tujuh kali : " Aku berlindung dengan kuasa Allah dari segala kejahatan yang telah menimpaku dan yang aku ingin hindari. ( Riwayat Muslim)

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من عاد مريضا لم يحضر اجله فقال عنده سبع مرارٍ أَسْأَلُ اللهَ العَظِيْمَ رَبَّ العَرْشِ العَظِيْمِ أَنْ يُشْفِيَكَ إلا عافاه الله من ذلك المرض


Ertinya : Nabi telah berkata " Barangsiapa melawat orang yang sakit yang belum kelihatan akan tiba ajalnya (sakit yang dikira boleh sembuh), bacalah di sisinya tujuh kali : " Aku memohon kepada Allah yang maha agung, tuhan bagi arasy yang agung agar menyembuhkanmu". Tiadalah dibacakah itu kecuali akan disembuhkan dengan izin Allah dari sakit tersebut. ( At-Tirmidzi : hadis Sohih)

Imam Ibn Qayyim berkata “dari kaedah pelindung dan penyembuh dari hasad mata dan yang sepertinya adalah membaca dau Qul ( Surah An-Naas dan Al-Al-Falaq) dan Al-fatihah, ayat Kursi dan lain-lain doa dari hadis nabi” iaitu antaranya seperti di atas. (At-Tibb al-Nabawi, hlm 168)

Semoga sakit yang dideritai beransur sembuh. Termasuklah penyakit malas solat, panas baran, ketagih porno dan sebagainya. Cubalah amalkan doa-doa di atas juga.

Sekian

Doa Khusus Elak Rogol & Cabul

Doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.

Maka di sini, doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah yang iaitu :-

رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)


Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.


اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ


DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.

Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.


Fikirkanlah.


Sekian


Zaharuddin Abd Rahman

Sabtu, 20 November 2010

Doa Nabi Musa A.S

Doa Dimudahkan Rezeki

Doa Nabi Isa A.S

Doa Nabi Muhammad S.A.W

* Ini adalah salah satu dari jutaan doa yang dipanjatkan oleh Baginda Junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Kalau Baginda pun menadah tangan dan berdoa, masa kan kita mahu menyombong diri kepada Allah...

Ahad, 24 Oktober 2010

DOA MELINDUNGI DIRI DARIPADA MUSUH

بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم انا نجعلك فى نحور أعدائنا ونعوذبك من شرورهم. اللهم رد كيد اعدائنا على نحورهم وبدد شملهم وفرق جمعهم وشتت كلمتهم وزلزل أقدامهم وسلط عليهم كلبا من كلابك يا قهار يا جبار يا منتقم يا الله يا الله يا الله انك انت الله الواحد الأحد الصمد الذى لم يلد ولم يولد ولم يكن له كفوا أحد. افعل بنا خيرا وباعد بيننا وبين شرار خلقك كما باعدت بين المشرق والمغرب انك على كل شيئ قدير ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم.

Maksudnya:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani. Ya Allah Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami letakkan Engkau di leher musuh-musuh kami, kami mohon perlindungan denganMu dari segala kejahatan mereka. Ya Allah Ya Tuhan kami, kembalikan segala tipu daya mereka agar kami terselamat daripadanya, dan Engkau hancur-leburkanlah kumpulan mereka, cerai-beraikanlah pakatan mereka, kucar-kacirkanlah kesatuan mereka, goncangkanlah pendirian mereka dan hantarkan anjing-anjing kamu ke atas mereka, wahai Tuhan Yang Maha Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan Yang Bersifat Murka.


Sesungguhnya hanya Engkaulah Tuhan Yang Esa, Tuhan Yang menjadi tempat tumpuan segala hajat, yang tidak beranak dan tidak diperanakkan, yang tiada satupun yang setara denganMu, kurniakanlah kami segala kebaikan dan jauhilah kami dari segala kejahatan sebagaimana telah engkau jauhkan antara timur dan barat. Sesungguhnya Engkaulah yang berkuasa ke atas segala sesuatu, tiada daya dan kuasa melainkan kuasaMu Ya Allah, yang Maha Tinggi dan Maha Mulia.

(SUMBER DARIPADA TUAN HAJI ABDUL RAHMAN ZAKARIA, BEKAS IMAM MASJID BATU 8)

Rabu, 10 Mac 2010

DOA Menghadapi Hari Baru

Klik gambar untuk besarkan.

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design