Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.
Memaparkan catatan dengan label kebesaran Allah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kebesaran Allah. Papar semua catatan

Jumaat, 10 Mei 2013

GAMBARAN SAIZ NABI ADAM A.S



Sabda Rasullulah SAW: 
 “Allah menciptakan adam dengan tinggi enam puluh hasta. Kemudian setelah Adam, makhluk itu semakin berkurang tingginya seperti sekarang ini“ 
(HR.Bukhari, Imam Muslim dan Imam Ahmad) 

Kesimpulan :
1.  Berdasarkan hadith, ketinggian Nabi Adam a.s adalah 60 hasta. 
2.  1 hasta = 45.72 cm. 
3.  Jadi, tinggi Nabi Adam adalah kira-kira 27.432 meter. Hampir mencapai 30 meter. wallahu’alam. 
4.  Cuba lihat replika baju Nabi Adam a.s di dalam gambar. 
5.  Ia dibuat di Jeddah, Arab Saudi dan memakan masa selama 18 hari untuk menjahitnya. 
6.  Panjang 29 meter dan lebar 9 meter. 

Bayangkan saiz baginda dengan 2 orang Arab yang berhampiran baju tu. Saiz kita dengan orang Arab pun dah jauh beza.

Wallahu'lam.

Rabu, 22 Februari 2012

Close-up Pasir Pantai

Masyaallah.
Nampak biasa je pasir pantai kan....


Tapi rupanya, bila kita perhatikan dengan teliti, setiap butir pasir tersebut ada memiliki keindahan yang tak terjangka.
Allah Maha Besar.




Selasa, 1 November 2011

TASIK AIS TERBESAR DI MARIKH


The crater with ice disc is on the Vastitas Borealis, a broad plain that covers much of Mars’s far northern latitudes. The crater is 35 km wide, with a maximum depth of about 2 km. The image was taken by the High Resolution Stereo Camera on European Space Agency (ESA) Mars Express.


Scientists believe the water-ice is present all year round because the temperature and pressure are not sufficient to allow it to change states and vaporise into the atmosphere. It is not frozen carbon dioxide, because this type of ice had already disappeared from the north polar cap by the time this image was taken.

Rabu, 6 April 2011

Ikan Muka Kesian

Maha suci Allah, ada macam-macam lagi spesis ikan yang saya tak pernah nampak rupanya. Kali ini saya jumpa gambar ikan spesis ikan emas juga, tapi cute!!! Macam kesian gitu muka dia. Kalau ada yang kenal nama saintifik ikan ni bagutau saya ya!!! :D



Ikan Berkepala Dua

Ikan Arowana berkepala dua. Maklumat lain tidak diperolehi. Cuma dapat tahu ia ada di Shah Alam kat kedai ikan hiasan. Hidup, tapi ada masalah untuk berenang seperti ikan biasa yang lain. Maha suci Allah.





Kebesaran Allah Pada Fenomena Alam

Lihatlah tanda-tanda kebesaran Allah pada ciptaanNya.
Jangan selidiki dan mencari-cari zat Allah, tapi rasai kehebatanNya menerusi penilaian ciptaan Allah yang terkadang di luar batas keupayaan kita berfikir. Bertafakur memikirkan kebesaran Allah, menambahakan keimanan kita dan besar pahalanya. Mari bertasbih memujiNya.





Isnin, 17 Januari 2011

Morning Glory Lake





Ya Allah, tidaklah Engkau ciptakan ini dengan sia-sia...

( Maklumat sedang dijejaki )

Isnin, 27 Disember 2010

Awan Yang Jarang Dilihat


Morning Glory Cloud

Kadang-kadang muncul 1 hingga 8 baris dan merentasi kepanjangan mencecah 1000km. Ia amat jarang dilihat dan awannya berbentuk silinder.


Asperatus Cloud
Hanya berlaku di beberapa tempat sahaja di dunia tetrutamanya di Amerika sebaik selepas berlakunya ribut. Paling jelas dapat dilihat pada waktu tengahari selepas fenomena ribut berakhir.

Maha suci Allah, ini adalah kekuasaan Allah pada ciptaanNya. Kita kena insaf bahawa diri kita terlalu kerdil dan boleh dimusnahkan Allah pada bila-bila masa dan digantukan dengan makhluk yang lebih bnaik dari kita.


Kalau ada pembetulan sila maklumkan kepada saya ya!

Hujan Ikan

Pernah dengar hujan ikan? Di sebelah barat ia dikenali sebagai "Nonaqueous Rain". Malah ia juga teridir daripada katak, tikus dan berlaku di berbagai tempat di dunia. Menurut mereka binatang ini diterbangkan puting beliung dan di campak jauh ke tempat lain. Jika teori ini benar, mengapa tidak pula ia turun dengan bercampur misalnya ada katak, udang, sotong dan ikan serentak? Mengapa ikan semata-mata, atau katak semata-mata?

Dari sudut logik yang lain pula, jika ia diterbangkan puting beliung, tentulah bersamanya ada kotoran sarap yang lain bersama. Tidaklah hanya sejenis benda sahaja yang turun. Allah maha agung. Hanya Allah maha mengetahui. Ini menunjukkan kebesaran Allah. Kita kena yakin. Moga satu hari nanti kita dapat tahu juga rahsia ini.

Jumaat, 24 Disember 2010

Ya Allah, Syukurlah Engkau Ciptaknnya Kecil!

Ya Allah. Engkau Maha Mengetahui kemampuan dan batasan hamba-hambaMu. Aku bersyukur dengan ciptaanMu ya Allah. Syukur engkau ciptakan setiap sesuatu sesuai dengan keadaannya.
Syukur Engkau ciptakan ulat itu kecil.

Kerana jika ia dilihat menggunakan mikroskop berkuasa tinggi, tak siapa mahu memandangnya. Malah mengerikan rupanya wajah seekor ulat!!!

Syukur engkau menjadikan semut itu kecil Nampak comel. Tak siapa peduli. Takut apakan pula!

Tetapi rupanya bila dibesarkan, rupanya agak menggerunkan. Mujur engkau kecik semut!

Syukur dapat lihat burung menghisap madu dengan penyedutnya yang kita tak nampak.
Rupanya penyedutnya itu membuatkan kita terasa jelik.

Maha Suci Engkau Ya Allah. Jadikanlah kami hambaMu yang mensyukuri nikmat kerniaanMu.


ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design