Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Ahad, 6 Disember 2020

SELAWAT DAWAM | 10 Minit | Terapi Selawat | صلوات دوام

صلوات دوام

 اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى

سَيِّدِنَا وَمَوْلَانَا مُحَمَّدٍ

عَدَدَ مَا فِي عِلْمِ اللهِ

صَلاَةً دَائِمَةً بِدَوَامِ مُلْكِ اللهِ

”Ya Allah, selawat dan salam ke atas Nabi Penghulu kami Sayyidina Muhammad sebanyak mana bilangan dalam ilmu Allah, selawat sentiasa berterusan di kerajaan Allah”


Khamis, 3 Disember 2020

SIAPA USTAZ EBIT LEW?

SIAPA USTAZ EBIT LEW?

KENALI USTAZ EBIT LEW

NAMA PENUH      : Ebit Irawan bin Ibrahim Lew

NAMA ASAL        : Lew Yun Pau

NAMA HENSEM   : Ebit Lew

TARIKH LAHIR    : 21 Dis 1984

TEMPAT LAHIR    : Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur.

ADIK BERADIK   : 11 orang ( anak ketiga )

ANAK                 : 4 orang

MEMELUK ISLAM : 1996 pada usia 12 tahun

PENDIDIKAN      :

                     i.  SK Bukit Ridan ( 1991-1996 )

                   ii.   SMK Muadzam Shah, Pahang ( 1997-1999 )

                 iii.    SM Teknik Johor Bahru ( 2000-2001 )

                 iv.     SMK Abdul Rahman Talib, Pahang ( 2002-2003 )

                   v.       Universiti Putra Malaysia (UPM)

BIDANG PERNIAGAAN :

                     i.      Transform Training & Consultancy ( motivasi kekeluargaan : KELUARGA SUNNAH )

                   ii.      Pasaraya ELEWSMART ( since 18 Jul 2020 ). Cawangan pertama di Bandar Baru Bangi

                 iii.       Jenama ELEW’S DESIGN

                 iv.        Restoran : PARAMOUNT COFFEE HOUSE ( 3 cawangan : Bandar Baru Bangi, Putrajaya & Shah Alam )





PENGLIBATAN :
i.    Penerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1437H/2015M
ii.   Penceramah Motivasi/Perunding Latihan di Excel Training di bawah bimbingan Dato’ Dr Haji Mohd Fadzillah Kamsah dan Profesor Hanim Tahir
iii.  Penceramah slot motivasi Slot Islam Agamaku 
iv.   Penceramah slot motivasi  Islam Itu Indah, 
v.    Penceramah Usrah Nurani 
vi.   Penceramah di radio IKIM dan 
vii.  Penceramah di radio  Sinar.

BUKU HASIL PENULISAN :
i.     2018 : 11 AMALAN MEMILIKI KEKAYAAN. Transform Publication. 
ii.    2016 : ISTERIKU BIDADARI. Transform Publication. 
iii.   2016 : SAYA CUMA POSMEN. Karya Bestari. 
iv.   2015 : MENELUSURI CINTA. Transform Publication. 
v.    2014 : PERJALANAN HIDAYAH UMAT. Transform Publication. 
vi.   2012 : TANGISAN UMAT. Transform Publications Sdn. Bhd. 






PAUTAN BERKENAAN USTAZ EBIT LEW :

                      i.        Ebit Lew di Facebook 

                     ii.        Ebit Lew di Twitter 

                    iii.        Ebit Lew di Instagram 

                    iv.        Saluran Ebit Lew di YouTube

                     v.        Ebit Lew di Goodreads

                    vi.        Laman rasmi Transform

                   vii.        Elewsmart di Facebook

                  viii.        Elew's Design di Shopee

GAMBAR USTAZ EBIT LEW BERSAMA KELUARGA 








Khamis, 26 November 2020

SELAWAT NURIL MUBIN | صلوات نور المبين

 

صلوات نور المبين

 

صَلَّى اللهُ رَبُّنَا عَلَى النُّورِ الْمُبِينِ

أَحْمَدَ الْمُصْطَفَى سَيِّدِ الْمُرْسَلِينَ

وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ


Selawat Tuhan kami serta salam-Nya terlimpah kepada

Sang Cahaya Yang Terang Benderang. Ahmad yang Terpilih

Penghulu segala Rasul Utusan Allah

Juga selawat dan salam keatas ahli keluarga,

dan para Sahabat Baginda semuanya.


Sila klik gambar untuk video selawat Nuril Mubin

( https://www.youtube.com/watch?v=uBGRnWtSjTg&t=4s )

Ahad, 22 November 2020

SOLEH STUDIO GENAP 2 TAHUN

Hari ini 22/11/2020 genap 2 tahun SOLEH STUDIO berada di arena YouTube. Awal Bismillah Channel Soleh Studio saya wujudkan pada 22/11/2018 untuk menjadi tempat saya mengabadikan lagu-lagu nasyid kegemaran saya agar tidak hilang dari simpanan. Saya menyimpan banyak koleksi nasyid. Dari zaman kaset OVA sampailah wujudnya CD dan MP3. Namun masa menjadi saksi kepada kemusnahan dan kehilangan koleksi tersebut satu persatu. 

Saya mula memikirkan satu cara yang lebih selamat untuk menyimpan koleksi yang ada. Pelbagai lokasi simpanan maya saya cuba, namun terdapat beberapa kesukaran terutamanya saiz yang kecil, kesukaran akses untuk dengar lagu tersebut dalam masa singkat dan beberapa masalah lain.

Saya kembali menyimpan koleksi yang masih berbaki ke dalam External hard disk 1TB. Namun, kejadian yang berlaku pada tahun 2018 cukup menyakitkan. Hard disk Western Digital tersebut rosak. langsung tak boleh access.

22 Nov 2018, saya mula membuka akaun Youtube dan cuba memasukkan beberapa video nasyid pertama ;

( https://www.youtube.com/watch?v=Y7uhmOvHVXE )


https://www.youtube.com/watch?v=XVeNgMF6lOs&t=103s )



Kedua-duanya album SMAKL. Kaset asal rosak dan kemudian hilang entah ke mana. Mujur sempat pindahkan dalam bentuk MP3 guna line in cable ke komputer. Sekarang dah macam-macam teknologi boleh guna untuk transfer dari kaset ke MP3.

Kemudian saya masukkan pelbagai nasyid yang lain. Namun ada masalah lain yang timbul. Isu Copyright. Saya tidak berniat untuk plagiat hasil usaha orang lain. Jauh sekali untuk mengambil kesempatan dengan menjana keuntungan. Saya sendiri tidak mengetahui medium Youtube boleh menjadi sumber pendapatan yang lumayan, walaupun bukan mudah. Namun apa yang saya lebih uatamakan ialah lokasi untuk simpanan maya koleksi saya. Pada masa yang sama saya boleh akses dengan mudah untuk mendengarkannya pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Kerana takut (sebab tak tahu) saya buang semua lagu yang bertanda copyright claim. Tinggallah beberapa yang ada.  Itupun belum buang semua.

Saya simpan dalam bentuk paparan video audiospectrum sagar saya sendiri tidak bosan melihat video tersebut. Pada masa yang sama saya juga dapat berkongsi minat yang sama dengan orang lain.

Menjelang usia yang dah semakin meninggi, timbullah satu kesedaran dalam diri. Lebih baik saya menjadikan medium ini sebagai wadah untuk saya berkongsi sesuatu yang boleh dimanfaatkan dan diamalkan bersama. Sekurang-kurangnya jika saya telah kembali menemui Sang Pencipta yang sangat aku rindui, masih ada sisa-sisa amalan yang masih mengalir. Dan pahalanya juga ku hadiahkan buat ibu bapaku, isteriku dan anak-anakku serta saudara kandungku. Amiin insyaAllah.

Lalu bermulalah perkongsian Selawat, Zikir, Amalan Harian dan Doa-doa untuk diamalkan bersama. Semoga usaha ini diberkati Allah. Lalu Allah melihatnya sebagai salah satu amalan yang mendekatkan diri ini kepadaNya, dan dengan rahmatNya, dimasukkan diri ini ke dalam Syurga FirdausNya tanpa hisab dan azab. Amiin. Moga yang membaca catatan ini juga Allah pandang dengan penuh rahmat dan memasukkan kalian ke dalam Syurga FirdausNya tanpa dihisab dan azab. Amiin ya Rabbal Alamiin.

Wajah Soleh Studio 2020. Sehingga hari ini Subscriber baru 41 orang dengan 51 video. Dengan izin Allah saya akan gandakan usaha untuk memperbanyakkan lagi perkongsian sementara masih ada sisa baki hayat yang Allah pinjamkan. Dengan kesihatan yang tidak beberapa mengizinkan ini (baru kena sakit jantung), saya perlu lebih giat berusaha agar sempat berkongsi video yang bermanfaat untuk semua. Ya Allah berkatilah usaha ini.


Sabtu, 14 November 2020

SELAWAT TOBIBIYAH


صلوات طبيبية

اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِيْ وَحَبِيْبِيْ

وَطَبِيْبِ قَلْبِيْ وَجَسَدِيْ وَرُوْحِيْ

سَيِّدِيِ رَسُوْلِ اللهِ مُحَمَّدِ اِبْنِ عَبْدِ اللهِ

الصَّادِقِ الْآمِيْنَ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ


Mari sama-sama amalkan selawat ini.

Untuk melihat video bacaan Selawat Tobibiyah, jom ke channel saya menerusi link berikut.

https://youtu.be/8AWHM08k4tU

Ataupun anda hanya perlu klik sahaja gambar di bawah untuk ke pautan channel video tersebut.

Jangan lupa like dan subscribe ya. 



SELAWAT TAFRIJIYYAH

 


صلوات تفريجية

 

اللَّهُمَّ صَلِّ صَلَاةً كَامِلَةً وَسَلِّمْ سَلاَمًا

تَامًّاعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِ الَّذِي

تَنْحَلُّ بِهِ الْعُقَدُ وَتَنْفَرِجُ بِهِ الْكُرَبُ

وَتُقْضَي بِهِ الْحَوَائِجُ وَتُنَالُ بِهِ الرَّغَائِبُ

وَحُسْنُ الْخَوَاتِمِ وَيُسْتَسْقَى الْغَمَامُ بِوَجْهِهِ الْكَرِيْمِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ فِيْ كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ  بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُوْمٍ لَكَ



 Sila ke pautan berikut untuk lihat video terapi Selawat Tafrijiyah

https://youtu.be/CVBNaQj5fdY


Atau klik gambar untuk ke link videonya. Terima kasih.




Rabu, 11 November 2020

BEST ARABIC KEYBOARD ONLINE

Mana nak cari keyboard arabic?

Mana nak cari keyboard yang boleh letak baris?

Setakat ni saya ada gunakan beberapa arabic keyboar. Baik software ataupun online. Yang paling selesa guna setakat ini ialah yang ni. Ada lagi banyak arabic keyboard online yang lain tapi dah selesa guna yang ni.


Kita boleh taip pakai keyboard fizikal, atau gunakan mouse dan klik pada stiap huruf yang ada kat monitor tu. Nak letak baris, tekan SHIFT, nanti keluar simbol baris dan tanda bacaan yang lain. Dah siap, select all & copy. Pastu pastekan kat mana-mana yang sesuai. Kat microsoft office ke, AI ke PS ke dll.

Ni link dia: https://www.branah.com/arabic


Selasa, 10 November 2020

YouTube Downloader

Mana nak cari youtube downloader?

Apa software nak download youtube?

Best youtube downloader?

Software untuk download youtube memang banyak. Tapi nak cari yang stabil memang payah. Yang ada tu lepas download kena convert-convert dulu baru boleh bukak. Ada pulak yang asyik-asyik kena update. Kalau tak layan update nanti crash masa download.

Hmmm....

Setakat ni saya paling puas hati guna youtube downloader ni.

y2mate ni website yang menawarkan solusi untuk download bahan dari youtube. Bukan sahaja video, malah boleh terus download untuk format mp3.

Copy link daripada youtube channel yang kita nak, pastekan kat kotak yang disediakan. pastu download.

Ada sikit iklan la, tapi xyah layan. Klik close je.

Yang penting dia download laju, dan kualiti resolution max!

Ni link dia : https://www.y2mate.com/en61

Memang saja nak simpan sini supaya x ilang. letak kat bookmark pun asyik hilang bila format pc... 

Hihihi

SOFTWARE PERCUMA

Mana nak cari software percuma?

Mana website yang bagi software free?

Hmmm... Bukan senang nak cari software percuma. Bukan senang nak cari free software yang boleh terus download je. Kebanyakan website yang kononnya nak bagi software percuma, tapi mintak suruh buat macam-macam. Suruh download itu ini dan last-last HAMPAEH! Tak boleh download, atau tak boleh complete install ataupun dia bagi yang trial.

Tak macam satu website ni. Geng Indon yang buat. Tahniah la. At least ada juga satu platform yang best macam ni. Insyaallah kompem boleh install dan guna. Silap-silap dapat yang full free version! Bukan sekadar software untuk buat kerja, game-game PC yang lejen pun banyak dia sediakan. Cuma larat tak larat nak download je lah.


Ni link website dia : https://gigapurbalingga.net/

Simpan kat sini supaya tak hilang. Boleh share dengan orang yang memerlukan. Yang banyak sangat duit, toksah banyak sangat bunyik la ye... cetak rompak bagai... gi beli dan duduk diam-diam dah la. Ni untuk orang yang memerlukan je. Hehehe...

Hmmm.... da makin banyak link yang hilang sejak kebelakangan ni. Entah apa masalah dia agaknya. Anyway, try je lah mana link yang masih ada. Trylah mana yang nak di try atas risiko sendiri. 

Hehehe...

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design