Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.
Memaparkan catatan dengan label Kawan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kawan. Papar semua catatan

Khamis, 25 Mac 2021

USTAZ SAZALI KEMBALI KE RAHMATULLAH

 11 SYAABAN 1442H

25 MAC 2021

Tercatat tarikh ini sebagai hari duka 

Pemergian sahabat yang pernah bersama tika duka dan ketawa

Sahabat yang tidak pandai berbahasa nista

Sahabat yang senyumnya sentiasa dibawa walau kemana

Sahabat yang wajahnya tenang ceria

Marahnya tidak ketara

Ringan tulangnya tak terkata

Masa berlalu pantas andai dia bersama

Namun...

Semuanya telah berlalu pergi

Menjadi kenangan yang mengusik hati

Aku abadikan di sini

Untuk aku ingati 

Saat aku merindui

Kisah kegilaan kita berssama meniti dunia ini

Tenanglah kau di sana saahabatku ... Sazali

Di Alam Abadi






Ustaz Sazali Maarof (paling kanan berbaju maroon), sewaktu berkhidmat di SMIH (Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru). Beliau mengajar Matapelajaran Hafazan Al-Quran dan beberapa matapelajaran lain. Beliau aktif dalam aktiviti kelab beruniform di sekolah itu iaitu Pergerakan/Pertubuhan Syabab dan Fatayat Malaysia (PSFM). Dah macam nama Gerakan JI yang famaous waktu tu. Kali terakhir kami berjumpa sewaktu beliau bertugas sebagai Imam di sebuah masjid di Skudai Johor.

Video telatah Usta Sazali sewaktu kami ingin ke dewan semasa Sambutan Hari Guru 2007. Video zaman 3GP memang sangat-sangat tak clear. Syukur masih simpan untuk dikenang.

Terjumpa juga maklumat tentang beliau bertugas di sebuah Masjid di Kuantan.


Dan pagi ni...... Shafie Wasap berithu berit sedih....






Carilah aku andai tak kau temui kelibatku di Telaga Nabi

Carilah aku andai di Syurga tidak kau lihat wajahku nanti

...

...

...

-AL-FATIHAH-

Jumaat, 30 Julai 2010

Ku Temui Staff Razali

3 Julai 2010


Saya nak abadikan gambar terserempak dengan staf yang berkhidmat di UMS ROTU dahulu. Sangat mudah berurusan dengan beliau terutamanya hal gaji! Kalau nak mintak tolong apa2 pun mudah dengan beliau. Tengoklah senyuman beliau, tanda mudah diajak berunding. Tak gitu Staff!!! :D

Rabu, 30 Jun 2010

Selasa, 25 Mei 2010

Tolong Ustaz Ahmad Qahhar



Errr... kepada Adik Ihsan, maaf belum sempat nak isi maklumat kat sini...
Kemudian heh...

Rabu, 7 Oktober 2009

BICARA BUAT US. RAHIM

"...byk ilmu yg dpt kongsi dgn dia sepanjang 3 tahun kat smih tu.. semua yg us anuar beritahu pasal dia semua nya benar belaka. naqib ana sepanjang tahun terakhir di smih. seronok sgt2. seorang kawan, sahabat, rakan sekerja yg tak dpt diganti..

Alhamdulillah, ana sempat copy folder e-book beliau yg beliau kumpul dr internet sepanjang beliau di smih. folder tu byk mengandungi fail2 dan buku2 dan kitab2 yg tak mungkin dpt dibeli dipasaran... ana juga akan memberikan dan menyebarkan fail tersebut (dah dpt kebenaran dah) kepada sesiapa sahaja yg mahukannya.. juga ke dalam mane2 komputer yg ana format selama ini...

Begitulah antara pahala berpanjangan beliau sesudah beliau pergi meninggalkan smih....

Jasa dan budi beliau di smih perlu di beri penghargaan sewajarnya oleh pengetua dan pihak atasan dgn mengenetepikan segala prosedur dan birokrasi yg ada...

Semoga beliau terus dirahmati dan dipermudahkan urusannya sepanjang hidupnya..."

ZAJ 5 Oktober 2009

Rabu, 30 September 2009

Ustaz Abdul Rahim Sahlan : Hari Terakhir Di SMIH


Ustaz Abdul Rahim Sahlan, nama yang tak asing didengar di sekitar sini termasuklah Pasir Gudang, Kota Tinggi dan of course Batu Pahat.
Seorang yang mudah dihampiri, didekati, mudah memberikan pandangan yang telus, dan seorang pendengar yang baik. Hari ini beliau akan menamatkan tugasnya di SMIH setelah 11 tahun berkhidmat di sini. Terlalu banyak kenangan yang terukir sepanjang bersama dengan beliau yang sering saya panggil "WAK" atau lebih manis "WAK KANG"...( jangan mara haaaa... ).
Sepanjang bertugas bersama, terasa mudah bila ada beliau bersama. Jarang menolak untuk membantu, dan jika benar beliau tidak dapat membantu, lazimnya akan disertakan cadangan dan alternatifnya. Banyak perkongsian masalah baik peribadi mahupun soal kerja kami kongsi bersama. Of course bila kami berbincang tentang perkara yang peribadi kami akan bertutur dalam bahasa ibunda asal keturunan kami ..."GERMAN!!!" ( Jawa lah tu... )
Semua pelajar menyanjungi beliau. Apatah lagi beliau memiliki seribu satu maklumat tentang Palestin kerana beliau gemar "mengapdate" maklumat terkini isu semasa.
Saya diberitahu oleh beliau sendiri pada hari terakhir sebelum cuti raya bermula. Dalam diam, bergenang airmata bersama sebak tak sudah sepanjang memandu pulang. Mujurlah khabar angin tentangnya telah disampaikan oleh adik ipar yang bertugas di cafe tempat Ustaz Rahim bakal memulakan karier barunya.
Apapun akhirnya, di mana beliau duduk atau berdiri, bagi saya beliau bagai memayungi sekitarnya dengan ilmu yang tidak habis jika seharian dirimba. Salam persahabatan yang berpanjangan. Moga Allah meluaskan pintu rahmat dan rezekiNya buat Ustaz Rahim sekeluarga.
Selamat bertugas di tempat baru....
Njalok ngapuro seng akehakeh yo Wak...Kangen aku to Wak...

Jumaat, 15 Mei 2009

Rabu, 14 Januari 2009

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design