Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Khamis, 25 Mac 2021

USTAZ SAZALI KEMBALI KE RAHMATULLAH

 11 SYAABAN 1442H

25 MAC 2021

Tercatat tarikh ini sebagai hari duka 

Pemergian sahabat yang pernah bersama tika duka dan ketawa

Sahabat yang tidak pandai berbahasa nista

Sahabat yang senyumnya sentiasa dibawa walau kemana

Sahabat yang wajahnya tenang ceria

Marahnya tidak ketara

Ringan tulangnya tak terkata

Masa berlalu pantas andai dia bersama

Namun...

Semuanya telah berlalu pergi

Menjadi kenangan yang mengusik hati

Aku abadikan di sini

Untuk aku ingati 

Saat aku merindui

Kisah kegilaan kita berssama meniti dunia ini

Tenanglah kau di sana saahabatku ... Sazali

Di Alam Abadi






Ustaz Sazali Maarof (paling kanan berbaju maroon), sewaktu berkhidmat di SMIH (Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru). Beliau mengajar Matapelajaran Hafazan Al-Quran dan beberapa matapelajaran lain. Beliau aktif dalam aktiviti kelab beruniform di sekolah itu iaitu Pergerakan/Pertubuhan Syabab dan Fatayat Malaysia (PSFM). Dah macam nama Gerakan JI yang famaous waktu tu. Kali terakhir kami berjumpa sewaktu beliau bertugas sebagai Imam di sebuah masjid di Skudai Johor.

Video telatah Usta Sazali sewaktu kami ingin ke dewan semasa Sambutan Hari Guru 2007. Video zaman 3GP memang sangat-sangat tak clear. Syukur masih simpan untuk dikenang.

Terjumpa juga maklumat tentang beliau bertugas di sebuah Masjid di Kuantan.


Dan pagi ni...... Shafie Wasap berithu berit sedih....






Carilah aku andai tak kau temui kelibatku di Telaga Nabi

Carilah aku andai di Syurga tidak kau lihat wajahku nanti

...

...

...

-AL-FATIHAH-

Tiada ulasan:

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design