Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Selasa, 28 September 2010

MERIAM BATANG KELAPA



ARTILERI AIDILFITRI ( Koleksi )

TRADISI MERIAM TALANG
Kampung Talang, Perak.
















NGERI : Tangan Putus Angkara Mercun Buatan



Maklumat tidak diketahui.
Sumber : Norwan Sham

Ular Sawa Keluar Dari Mangkuk Ajaib!




Video ni adalah rakan "Mr.Zam Extreme" bernama Devi, berbangsa India. Beliau meminta agar video ini di upload sebagai peringatan untuk semua. Sebelum ular tersebut muncul, tandas tersebut selalu tersumbat. Tiba-tiba pada satu hari beliau nak buang hajat, beliau menjerit bila di cium oleh sesuatu dari dlm mangkuk tandas tersebut. Kejadian ini berlaku di Sentul minggu lepas.
perghhh.....anda pasti periksa tandas masing-masing selepas tengok video ni huhuhuhu

ACHTUNG!
JANGAN LUPA BACA DOA MASUK TANDAS!!!

Isnin, 27 September 2010

6 Puting Yang Serabai

Tergamak pulak nak bagi anak yang comel tu dengan puting yang huduh. Memang nampak lucu tapi, kang Tuhan bagi betul jadi rupa gitu tak mau pulak...






Dah kenapa la...

A2G VP5 : Berkampung di Camp Site di pinggir Milan Itali


22 Sept 2010
Awal pagi di 'camp site' di pinggir Milan, para konvoi kemanusiaan ke Gaza berkampung. Kenderaan di susun mengikut plot yang sedia di tapak perkemahan. Hari ini perlu menyediakan makanan sendiri.

Mee segera, biskut dan oleh-oleh seperti serunding Hari Raya menjadi menu sarapan. 8.00 pagi briefing konvoi di adakan. Sebahagian perwakilan ke bandaraya Milan untuk menghadiri persidangan media, yang tidak terlibat menyediakan menghantar maklumat kemedia masing-masing. Ini kesempatan keemasan untuk membeli laluan internet (Euro5.00 untuk 2 jam dari kaunter camp site). Semoga para sahabat handai, sanak saudara dapat mengikuti perkembangan dan perjalanan konvoi kami yang dipertanggungjawabkan membawa bantuan hasil sumbangan masyarakat Malaysia yang kita cintai.

Beberapa hari kebelakangan ini kami 'terlupa' benar bahawa bulan ini adalah Syawal ... tentu di Malaysia masih meriah sambutannya. Ucapan yang kami ucapkan disini setiap hari tak lain dan tak bukan ialah seruan perjuangan ...! ... Viva Palestina ! ... Free Gaza...! Hidup Palestin ..! Tiba-tiba pagi ini (oleh kerana kami tidak meneruskan perjalanan) kami sempat bersembang sambil sarapan k0pi radik yang kami kongsi dengan konvoi New Zealand ... teringat pula pasal Hari Raya ... dan masing-masing terpinga-pinga..?!. ... diikuti gelak ketawa ... kerana lupa yang kini maseh Syawal. Lantas Unit Kebajikan A2GVP5 (Hj Taufiq) membuat saranan agar petang ni konvoi A2G dan VPM mengadakan majlis ringkas Raya Insya Allah dengan mempelawa rakan-rakan konvoi bersama-sama.
Kepada rakan, taulan, sahabat, handai yang tidak sempat kami hubungi dan jawab SMS, e.mail, kad raya di akhir Ramadhan dan awal Syawal yang lalu dek kerana kesibukan membuat persiapan untuk menyertai konvoi mewakili rakyat Malaysia, kami mohon berbanyak kemaafan dan maaf zahir batin.

Source : Hisham Walat

Rabu, 22 September 2010

BECAUSE HE IS MUSLIM...














Source : Siti Sufina Kamarsani & Zainal Md Amin

Hajjah Faiza (beras Faiza) bertemu Pengerusi Aqsa Syarif

Pada pagi 21 September 2010, Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus, Pengerusi AQSA SYARIF telah hadir sebagai salah seorang panelis di Forum Hari Antarabangsa Keamanan UNESCO anjuran U Tun Husein Onn Malaysia (UTHM). Perasmi program tersebut Tun Mahathir (Pengerusi PERKIM) tidak
hadir dan diwakili oleh Tan Sri Dr Hamid Osman (SU Kehormat PERKIM).

Hajjah Faiza (beras Faiza) telah turut hadir pada forum tersebut dan telah bertemu dengan Ustaz Hasanuddin selepas itu. Beliau berminat untuk mendengar ceramah Ustaz pada malamnya di salah sebuah masjid di Batu Pahat setelah diberitahu tentang program berkenaan.

Pada malamnya, Hajjah Faiza telah hadir mendengar ceramah Ustaz Hasanuddin, walaupun keadaan hujan ribut petir sejak maghrib. Hajjah Faiza berkata, ini adalah kali pertama beliau mendengar ceramah Palestin dan berminat untuk menyampaikan ceramah palestin pada masyarakat umum. Hajjah Faiza juga memohon dari AQSA SYARIF agar dapat dibekalkan dengan bahan-bahan ceramah.

Diubahsuai berdasarkan cetusan penulisan Ustaz Hasanuddin


















Sumber http://johor.ikram.org.my/v3/mod/forum/discuss.php?d=57

Aqsa2Gaza (A2G VP5 ) : Selepas Paris, bandar Lyon pula

20 Sept. 2010 (hari ke 3 konvoi) menuju selatan Peranchis. Loyn adalah bandaraya ke dua terbesar selepas Paris di Peranchis. Jaraknya 430km diselatan Paris. Ia menjadi bandar persinggahan kedua Konvoi Kemanusiaan Viva Palestina 5. Sepertimana di Paris, kempen kesedaran Palestin lebih hebat di Lyon. Puluhan kenderaan konvoi berderu mengelilingi jalan-jalan raya , ditambah pula dengan kehadiran dua buah ambulan sebenar yang masih berfungsi.




Sambutan luar biasa penduduk dan Dato' bandar Lyon. Sebelah malamnya para peserta konvoi bermalam di sebuah hotel di Lyon.
Sumber : Hisyam Walat

A2V VP5 : Video Prof Madya Dr Hj Zin Kandar dan Ustaz Rofazlin Jusoh

Video ucapan ringkas Prof Madya Dr Hj Zin Kandar dan Ustaz Rofazlin Jusoh sebelum bertolak ke Gaza dari London.

Ustaz Ropa ( Pa... mu jaga dighi molek...aku sayang ke mu tahu dok...)


Prof Madya Dr Hj Zin Kandar


Moga perjalanan mereka sentiasa dalam rahmat Allah.

Persiapan Kenderaan A2G VP5

17 Sept 2010.
Hari ini peserta Konvoi telah menghabiskan seharian mendaftar dengan Viva Palestina UK dan mempersiapkan kenderaan yang akan digunakan sepanjang perjalan dari London ke Gaza.
Mereka telah memulakan hari dengan bersolat jamaah bersama-sama dan diikuti dengan bacaan ma’thurat di penginapan B&B Willesden. Seterusnya para pesertaberkongsi tazkirah yang telah disampaikan oleh Ameer MSM, Saudara Abdul Azim Ismail. Saudara Azim telah mengingatkan tentang pentingnya meluruskan niat sepanjang masa. Banyak ruang-ruang untuk tergelincir dari niat asal termasuk syubhat dan shahwat.

Setelah bersarapan pagi Nasi Lemak, mereka telah bertolak ke Luton dan sampai di tempat berkumpul di Guardian Business Park dan buat kali pertama melihat sendiri kenderaan yang akan mereka gunakan. Mereka melahirkan rasa bersemangat dan teruja apabila turut melihat beberapa peserta dari pelbagai negara telah mula berkumpul. Antara Negara yang diwakili termasuklah dari Northern Ireland, Australia, New Zealand, Kuwait dan dari seluruh pelusuk United Kingdom.
Kenderaan yang akan mereka gunakan terdiri dari Van komersial Nissan Interstar. Sebanyak 6 Van telah dibeli oleh pihak Viva Palestina UK bagi pihak Viva Palestina Malaysia. 3 daripadanya ditaja oleh Aqsa Syarif hasil kutipan dari rakyat Malaysia.

Setelah melihat secara ringkas kenderaan yang akan digunakan, mereka bergerak ke hypermarket berdekatan untuk membeli beberapa lagi barang keperluan yang akan digunakan sepanjang konvoi.
Mereka kemudiannya bergerak semula ke tempat berkumpul untuk urusan pendaftaran. Disana mereka telah bertemu dengan peserta konvoi Viva Palestina Malaysia yang lain iaitu Puan Azra Banu, Puan Azura dan Saudara Faisal. Beberapa borang perlu dilengkapkan dan kemudian bayaran pendaftaran dibuat. Viva Palestina UK kemudiannya telah mengagihkan set pelekat kenderaan untuk diletakkan bagi mengenalpasti kenderaan konvoi. Pihak Viva Palestina juga telah menyediakan pelekat tersendiri bagi kenderaan konvoi Malaysia.

Proses menyiapkan pelekat di kenderaan konvoi memakan masa yang agak lama. Walaupun meletihkan tetapi semua peserta merasa seronok. Ini juga merupakan peluang para peserta mengenali lebih mendalam hati budi peserta yang lain sebelum perjalanan bermula. Mereka dibantu oleh pelajar-pelajar Malaysia yang turut datang bukan dahaja dari sekitar London, juga sejauh Loughborough, Bath dan Southampton.

lemang dan rendang yang disediakan oleh keluarga Timbalan Ameer MSM, Saudara Azman Ali. Untuk makan malam, mereka telah dihidangkan pula dengan nasi pilau, ayam dan kambing bakar.

Setelah selesai semua urusan, peserta konvoi telah bertolak pulang ke penginapan di Willesden. Peserta telah sempat singgah di rumah En Mahfuzh untuk kudapan. Mereka sampai di tempat penginapan sekitar jam 11 malam.

Sementara para peserta mula berehat, ketua Konvoi sempat merakam wawancara dengan MSM tentang dakwah dan tarbiah. Video tersebut akan dikongsikan sedikit masa lagi.

Keseluruhannya, hari ini merupakan hari yang meletihkan tetapi sangat menceriakan dan memberi semangat. Semoga semangat ini dapat sedikit sebanyak menyuntik tenaga buat perjalanan mereka.
Sumber : Hisham Walat

Ketibaan Konvoi di London Disambut Pelajar Malaysia

Sep 17 |14:01
16 September 2010 – Konvoi Darat Aqsa 2 Gaza VP5 selamat tiba dari Doha dengan Qatar Airways tepat jam 1.02 petang waktu UK dengan suhu tempatan sekitar 15C. Rombongan disambut oleh Ameer Majlis Syura Muslimiun UK & Eire (MSM) Saudara Abdul Azim Ismail dan beberapa pelajar Malaysia di London-Gatwick Airport. Sebaik sampai mereka menunaikan solat berjamaah di Multy-faith hall yang diimamkan oleh Ustaz Rofazlin Jusoh (Sukarelawan dari AQSA Johor).

Seterusnya mereka dibawa dengan menaiki 3 buah kereta ke penginapan yang disediakan oleh MSM di Willesden London. Sepanjang perjalanan hampir 1 jam setengah ke penginapan, para sukarelawan berpeluang menikmati pemandangan landskap UK yang kebetulan cuaca cerah, seolah-oleh menyambut ketibaan para sukarelawaan Malaysia. Ketibaan mereka diraikan
dengan jamuan makan petang sambil beramah mesra.

Ujian Pertama Kumpulan Sukarelawan AQSA
Sebaik sahaja tiba di lapangan terbang, salah seorang dari anggota sukarelawan iaitu Hj Norazmi Talib telah ditahan untuk soal-siasat pihak imigresen UK. Ketua konvoi, PM Dr Mohd Zin , meyakini bahawa semua anggota sukarelawan telah terlebih dahulu dipastikan memiliki semua dokumen perjalanan yang lengkap, termasuk pendaftaran dengan Viva Palestina UK.

Kemungkinan besar insiden tersebut hanyalah suatu pemeriksaan rawak yang dijalankan secara rutin oleh pihak berkuasa UK. Harapan beliau insiden tersebut menjadi pengalaman berharga dan diambil secara positif walaupun terpaksa menunggu hampir lima jam sebelum dilepaskan pada jam 5.20 petang.

Ujian kecil tersebut tidak mematahkan semangat mereka walaupun para sukarelawan pada peringkat awalnya agak cemas. Bantuan dan nasihat dari Pengerusi Jawatankuasa Task Force Konvoi AQSA di Malaysia PM Dr Hafidzi dan Viva Palestina UK telah diperolehi dan sedikit sebanyak membantu menyelesaikan masalah tersebut.
Source : Mr. Hisham Walat

Konvoi Kemanusiaan ke Gaza (A2G VP5)


Mission : Aqsa To Gaza ( A2G VP5 )

Kami memerlukan anda untuk membantu kami
Tujuh (7) Sukarelawan AQSA akan menyertai Konvoi yang membawa barangan keperluan untuk rakyat PALESTIN.

Misi kemanusiaan ke GAZA anjuran VIVAPALESTINA disertai oleh pelbagai pertubuhansukarela satu dunia termasuk Viva Palestina Malaysia dan Aqsa Syarif (AQSA). Konvoi puluhankenderaan pelbagai jenis dan saiz akan berlepas dari LONDON pada 18 Sept 2010 membawa pelbagai bantuan kepeluan penduduk Palestin/Gaza yang telah sekian lama dizalimi, dicederakan, dibunuh,dinafikan hak dan dikepung oleh regim zionis yahudi zalim. Penduduk Gaza sangat memerlukan makanan,perubatan, alatan pembelajaran dan bahan binaanbagi mereka meneruskan hidup seperti manusia biasa.


PENYERTAAN AQSA DALAM MISI KEMANUSIAAN:

Tiga (3) kenderaan telah dibeli dengan hargaRM165,000.00 dan usaha sedang dibuat untukmembeli pelbagai keperluan bagi dibawa ke Gaza. Kenderaan akan dipandu oleh 6 sukarelawan AQSA.

BANTULAH KAMI UNTUK MEMBANTU PALESTIN:

Di hari dan bulan Ramadhan dan Syawal yang penuh barakah, salurkan bantuan anda kepada wakil-wakil AQSA. Atau Bank In ke Akaun Maybank: AQSA SYARIF BERHAD. A/C No. 551575-004299. CIMB 12160000452101 (akaun Pengurusan).

Tel: 03-87334636; Fax: 03-87349636;

E.mail: admin@aqsasyarif.com
Web: www.aqsasyarif.com; www.aqsa2gaza.blogspot.com

Daging Mc Donald Tidak Halal ????

Salam.
Saya dapat e-mail dari rakan sekerja tentang Mc D ni. Mari kita kaji... & BACA SAMPAI HABIS!!!

" Aku memohon keampunan dan perlindungan dari ALLAH S.W.T atas kelemahan dan ketidakupayaan ku. Tidak lah aku mengharamkan sesuatu yang ALLAH S.W.T halalkan, sesungguhnya perbuatan itu murtad hukumnya. Ekoran pengumuman dari JAKIM mengenai penarikan balik pengiktirafan dari senarai yang diiktiraf JAKIM berkuatkuasa 15 April 2010 serta bukti kesahihan perkara ini sememangnya mengejutkan aku.

Aku enggan bersubahat dan dilaknat ALLAH S.W.T atas sebab menyembunyikan kebenaran serta kasih sayang ku sesama saudara seIslam seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak sempurna Iman seseorang kamu sehinggalah dia menyayangi saudara seIslamnya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri.” (daripada Anas r.a, riwayat Muslim) ’Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (Al-Baqarah: 159-160)

Bukti Pertama :
http://www.halal.gov.my/v2/index.php?ty=content_view&id=ANN 20100420101427&type=ANN

-Di sini JAKIM telah menyatakan tidak menerima pakai sijil halal dari Uruguay Islamic Centre.


Bukti Kedua : Surat dari JAKIM kepada Encik Bob Chan, Pengarah Urusan Mac Food Services (M) Sdn Bhd dan bukti daging berasal dari Uruguay yang tidak memenuhi piawai JAKIM menurut sumber permberi salinan surat ini.


Kepada saudara-saudari, sahabat2.. tolong sebar2kan kepada saudara2 kita kat luar sana… Copy paste gambar pun tak pa..

Perbetulkan aku jika ada kesilapan..


Aku telah menyampaikan… Segalanya ku serahkan kepada-NYA..

mencari redha Allah meskipun mengundang marah manusia.. tidak sekali mencari redha manusia tuk mengundang murka Allah.. InsyaAllah..

-sumber blog

For E-Mail Disclaimer, please see
http://www.digi.com.my/support/general/email_disclaimer.jsp

Ni Antara Komen Dari Rakan Yang Lain Tentang Kenyataan Di Atas :

"Assalamualaikum....
semua....dah tlong check kan dekat jakim tdi..(sbb suke mkn McD..huhu!!)
dah bercakap dengan Pun Hadida (O3-8315 0200) dr Bahagian Halal JAKIM..
Beliau telah mengesahkan bahawa produk McD adalah HALAL..
surat penarikan blik status halal pengedar dr uruguay tersebut adal sekadar pemberitahuan kepada mc food services bahaw product dr uruguay tersebut tidak halal dan semua dilarang utk menggunakan produk tersebut..mac food service telah mematuhi rahan tersebut.
sekian..."

"Salam
Saya harap ahli PIBG Hidayah kesemuanya memboikot McDonalds bukan kerana halal haramnya tapi kerana McDonalds yang menyokong regim Israel.
Sekian..."

Apa kata anda? Terpulang...kajilah sendiri.

Pesan Ustaz Hassanuddin Pada Malam Badar

BAHAGIAN 1


BAHAGIAN 2


Mengapa lambat di siar?
Tak mengapa, saya sekadar nak abadikan pesanan Mahaguru saya ni kat sini.

Taktik Menculik kanak2 di Shopping Complex Carrefour JB

Saya copy dari e-mail yang dikirim rakan setugas, Siti Suhaila Tasmon. Mari kita baca supaya tak menyesal!!!

SILA AMBIL IKHTIBAR ATAS APA YANG BERLAKU...Tajuk : Helah Menculik Kanak-Kanak Di Carrefour JBSubject : Child Kidnap Trick in Carrefour, JB


Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja... Kita tidak tahu entah siapa yang dapat diselamatkan dengan menghantar e-mel ini. Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada kawan yang ada anak-anak dan cucu-cucu... Terima Kasih.


Kita mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini semasa berbelanja di Carrefour JB. Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging, dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.

Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian, dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya. Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.

Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta.. Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur, dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur, dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.

Siapa pun yang melakukannya - iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya - melakukannya kurang daripada 10 minit. Ini bikin saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan mereka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.

Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit. Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu. Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas.

SEBARKAN BERITA INI SELUAS-LUASNYA SUPAYA PERINGATAN DAPAT DIBUAT BAHAWA ADA MANUSIA GILA LAGI GANAS DI KALANGAN KITA SEMUA !

Even if you do not have little kids, pass this one on to everyone you can think of. You never know who you might save by sending this e-mail! Please, take the time and forward this to any friend who has children & grandchildren! Thanks!

Wanted to share something that happened today while shopping at Carrefour. A mother was leaning over looking for meat and turned around to find her 4 years old daughter was missing. I was standing there right beside her, and she was calling her daughter with no luck.

I asked a man who worked at Carrefour to announce it over the loud-speaker. He did, and left me, he immediately walked right past me when I asked and went to a pole where there was a phone. He made an announcement for all the doors and gates to be locked, a code something. So they locked all the doors at once.

This took all of 3 minutes after I asked the guy to do this. They found the little girl 5 minutes later in a bathroom stall drugged. Her head was half shaved, and she was dressed in her underwear with a bag of clothes, a razor, and wig sitting on the floor beside her, to make her look different ..

Whoever this person was, took the little girl, brought her into thebathroom, shaved half her head, and undressed her in a matter of less than 10 minutes. This makes me shake to no end. Please keep a close eye on your kids when in big places where it's easy for you to get separated like Shopping Malls. It only took a few minutes to do all of that. Another 5 minutes and she would have been out the door.

I am still in shock that some sick person could do this, let alone in a matter of minutes. The days are over when our little ones could run rampant all over the place and nothing worse would happen then them annoying people. The little girl is fine. Thank God for fast workers who didn't take any chances .

BE SURE TO FORWARD THIS TO EVERYONE, SO THEY REMEMBER JUST HOW SICK PEOPLE ARE OUT THERE !

Rabu, 15 September 2010

Tikus Goreng Macam Ayam Goreng

Tengah berkira-kira untuk hidangan buat menjamu tetamu pada rumah terbuka? Hidangkanlah apa sahaja asalkan ikhlas, dan tidak menyusahkan diri. Yang penting halal. Jangan sekali-kali hidangkan menu berikut sekalipun kosnya sangat murah.

Hidangan ini cukup popular di negara China (menurut sumber). Cukup menarik kelihatannya menu ini kan? Mari kita lihat cara penyediaannya.

Mula-mula tangkap tikus, bersihkan bulu.
Nak bersihkan bulu senang je, guna api welding pun boleh.

Kemudian basuh, untuk bersihkan dari kuman dan bakteria... cewah...

Kemudian disiang dan potong kepada beberapa bahagian. Supaya mudah nak dinikmati kelak.

Sediakan bahan ramuan untuk menggoreng.

Kemudian gorengkan dengan api yang kuat


Dahpun siap... yum yum...

Sekali pandang macam peha ayam daaaa....

Selamat Jangan Mencuba!!!
Harammmm!!!

Perarakan Hari Kebangsaan China 2009

Tribute untuk cctvupload.
Ini sambutan kemerdekaan negara China tahun lalu ( 01.10.2009 )
Tahun ini kita tunggu 01.10.10 ... Apa perkembangan mereka agaknya...

Perarakan Hari Kebangsaan Singapura 2010




Saya peminat Peralatan Militari. Justeru saya abadikan kekuatan persenjataan negara jiran yang dipamerkan pada ulangtahun kemerdekaan mereka pada tahun ini. Tribute untuk ChineseJunk1 yang upload video ini.

Pada masa yang sama, saya merakamkan rasa kecewa lantaran sambutan ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke-53 yang bagi saya begitu hambar atas alasan menghormati bulan Ramadhan. Padahal, yang perlu dihindari pada bulan ini adalah perbuatan maksiatnya, bukan perarakan yang menunjukkan kekuatan pertiwi. Bukankah lebih menunjukkan semangat patriotik apabila sanggup membuat perarakan seperti biasa sekalipun berpuasa. Desas desus mengatakan, kerajaan kita nak jimatkan bajet... betul ke? Aduuu... malu kat negara jiran!

Kalau betul nak menghormati bulan Ramadhan, kenapa perarakan tersebut tidak dibuat sedangkan "konsert" pula dibenarkan??? Macamana tu? Sapa nak jawab?


China's Triassic Dragon?


The "China dragon fossils", were recently exhibited in the Xinwei Ancient Life Fossils Museum in Anshun, Guizhou.

When archeologists first stripped the clay off the fossil, they found the dragon had a pair of horns above its head and the shape of the dragon was very like the legendary animal often described in books and stories.

Dragons have often appeared in Chinese legends. The dragon with two horns on its head is regarded as a totem. The totem was first invented by Chinese ancestors and worshipped by the Chinese people. Therefore Chinese people are also called the "descendents of the dragon".

For a long time, scientists thought that the dragon was a fictional animal existing only in stories.

The dragon fossil was found in Guanling County, Anshun City, in 1996, and has been kept in a good condition. It is measured 7.6 meters long. Its head is 76 centimeters long and the neck is 54 centimeters long. The body is 2.7 meters in length and 68 centimeters in width, and the tail is 3.7 meters long.

The dragon’s head is in a triangle shape. Its mouth is 43 centimeters long. The widest part of the head is 32 centimeters long. The horns project from the widest part of the head, and are symmetrical and 27 centimeters long. They are a little bit curved and tilted, which makes the fossil look very much like the legendary dragon.

The China dragon was a reptile animal living in the ocean in Triassic Period about 200 million years ago. It was an amphibian. It spent most of its time living in water, although sometimes it walked on land. It also laid eggs on land. The animal lived on fish and small reptile animals.

This is the first time that China found a dragon fossil with a pair of horns. Its discovery provides some evidence to prove that dragons might really have horns. The fossil provides important scientific information for people to trace the origin of the Chinese legendary dragon.

Source : Lon's Blog

Five Palestinians Wounded As Army Shells Gaza

Wednesday September 15, 2010 06:08 by Saed Bannoura - IMEMC & Agencies

Palestinian medical sources reported that Five Palestinians were wounded on Tuesday evening, two seriously, after the Israeli army fired artillery shells into an area near Gaza city.
Two of the wounded Palestinians are in a serious condition; the Israeli army claimed that Palestinian fighters fired an anti-tank rocket at soldiers operating near the border fence causing no injuries.

An Israeli army spokesperson said that soldiers opened fire at the fighters wounding at least one of them.
Brigadier General Eyal Eisenberg held the Hamas movement responsible for the escalation and added that “Hamas controls Gaza and is responsible for anything that takes place there”.

Also on Tuesday, Israeli soldiers opened fire at Palestinian protestors near the Erez terminal, north of Gaza; no injuries were reported.
The attack only comes three days after the army killed three Palestinian shepherds in northern Gaza.

In related news, a number of military vehicles
invaded Juhr Ed Deek area in Gaza city and bulldozed farmlands.
The army also fired artillery shells at a trash-yard in Al Zeitoun neighborhood in Gaza city; damage was reported, no injuries.

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design