Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Rabu, 15 September 2010

Daging Khinzir Sebelah Makanan Bayi


Kepada pelanggan kedai Jiang ( Taman Impian Jaya ), saya nasihatkan berhati-hati dalam memilih barangan yang dijual terutamanya makanan. Makanan yang halal tidak boleh diletakkan bersama-sama makanan yang haram. Mungkin pemilik kedai tidak tahu atau mungkin kurang mengambil berat tentang perletakan susunan makanan yang haram dan halal dalam pandangan Islam. Hal ini tidak boleh dipandang mudah oleh para peniaga kerana pelanggan mereka terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Perkara ini boleh menimbulkan rasa tidak selesa kepada pengguna muslim. Kepada yang rajin berkunjung ke kedai ini, tolong berikan saranan dan teguran kepada pemilik premis terbabit.

Sebagai pengguna Muslim pula, saya menasihatkan, selagi ada pilihan yang lebih baik, carilah. Tu kat belakang kedai Jiang, ada kedai Muslim, memang barang tak banyak, tapi terjamin. Kalau setakat nak beli peralatan tak apalah, tapi hal makanan tolong ambil berat. Walaupun kita tak pegang atau makanan haram tersebut, tetapi memakan makanan yang kedudukannya bercampur halal haram memberi kesan kepada akhlak dan sikap anak-anak kita. Perhati-perhatikan, kalau makanan bayi sebelah daging khinzir, atau minuman bergas sebelah arak, elakkan dari mengambilnya. Jangan pandang remeh!

ACHTUNG!

Tiada ulasan:

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design