Ini nasihat sempena nak raya
Versi PendekVersi Panjang ( Syahdu )
Singa ini dibesarkan ketika masih baby lagi oleh dua orang lelaki. Namun setelah membesar, tuannya terpaksa dengan berat hati melepaskannya ke hutan Afrika kerana singa ini terlalu besar. Beberapa lama kemudian, lazimnya atau secara saintifiknya, singa ini akan menjadi singa liar dan tidak akan mengenalli kedua-dua tuannya ini. Namun, kerana tuannya teramat rindu dan ingin juga bertemu dengan singa belaannya, mereka sanggup mengambil risiko dengan menjejakinya juga. Naun ternyata fitrah kasih sayang bawa ke mati. Singa belaannya masih mengenali, malah seakan-akan amat merindui tuan yang pernah membelanya sejak kecil. Betul atau tidaknya kisah ini, yang penting ambil pengajaran!
Balik-baliklah ke kampung halaman Raya ini.
Pandai-pandailah untuk merindui ibu bapa dan atuk nenek kita.
Binatang pun pandai rindu tuannya, masakan kita tak rindu mak ayah kita atas alasan jauh atau mak ayah tak suka kita???
Tiada ulasan:
Catat Ulasan