Salam.
Saya dapat e-mail dari rakan sekerja tentang Mc D ni. Mari kita kaji... & BACA SAMPAI HABIS!!!
" Aku memohon keampunan dan perlindungan dari ALLAH S.W.T atas kelemahan dan ketidakupayaan ku. Tidak lah aku mengharamkan sesuatu yang ALLAH S.W.T halalkan, sesungguhnya perbuatan itu murtad hukumnya. Ekoran pengumuman dari JAKIM mengenai penarikan balik pengiktirafan dari senarai yang diiktiraf JAKIM berkuatkuasa 15 April 2010 serta bukti kesahihan perkara ini sememangnya mengejutkan aku.
Aku enggan bersubahat dan dilaknat ALLAH S.W.T atas sebab menyembunyikan kebenaran serta kasih sayang ku sesama saudara seIslam seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak sempurna Iman seseorang kamu sehinggalah dia menyayangi saudara seIslamnya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri.” (daripada Anas r.a, riwayat Muslim) ’Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (Al-Baqarah: 159-160)
Bukti Pertama :
http://www.halal.gov.my/v2/index.php?ty=content_view&id=ANN 20100420101427&type=ANN
-Di sini JAKIM telah menyatakan tidak menerima pakai sijil halal dari Uruguay Islamic Centre.
Bukti Kedua : Surat dari JAKIM kepada Encik Bob Chan, Pengarah Urusan Mac Food Services (M) Sdn Bhd dan bukti daging berasal dari Uruguay yang tidak memenuhi piawai JAKIM menurut sumber permberi salinan surat ini.
Kepada saudara-saudari, sahabat2.. tolong sebar2kan kepada saudara2 kita kat luar sana… Copy paste gambar pun tak pa..
Perbetulkan aku jika ada kesilapan..
Aku telah menyampaikan… Segalanya ku serahkan kepada-NYA..
mencari redha Allah meskipun mengundang marah manusia.. tidak sekali mencari redha manusia tuk mengundang murka Allah.. InsyaAllah..
-sumber blog
For E-Mail Disclaimer, please see
http://www.digi.com.my/support/general/email_disclaimer.jsp
Ni Antara Komen Dari Rakan Yang Lain Tentang Kenyataan Di Atas :
"Assalamualaikum....
semua....dah tlong check kan dekat jakim tdi..(sbb suke mkn McD..huhu!!)
dah bercakap dengan Pun Hadida (O3-8315 0200) dr Bahagian Halal JAKIM..
Beliau telah mengesahkan bahawa produk McD adalah HALAL..
surat penarikan blik status halal pengedar dr uruguay tersebut adal sekadar pemberitahuan kepada mc food services bahaw product dr uruguay tersebut tidak halal dan semua dilarang utk menggunakan produk tersebut..mac food service telah mematuhi rahan tersebut.
sekian..."
"Salam
Saya harap ahli PIBG Hidayah kesemuanya memboikot McDonalds bukan kerana halal haramnya tapi kerana McDonalds yang menyokong regim Israel.
Sekian..."
Apa kata anda? Terpulang...kajilah sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan