Pada pagi 21 September 2010, Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus, Pengerusi AQSA SYARIF telah hadir sebagai salah seorang panelis di Forum Hari Antarabangsa Keamanan UNESCO anjuran U Tun Husein Onn Malaysia (UTHM). Perasmi program tersebut Tun Mahathir (Pengerusi PERKIM) tidak
hadir dan diwakili oleh Tan Sri Dr Hamid Osman (SU Kehormat PERKIM).Hajjah Faiza (beras Faiza) telah turut hadir pada forum tersebut dan telah bertemu dengan Ustaz Hasanuddin selepas itu. Beliau berminat untuk mendengar ceramah Ustaz pada malamnya di salah sebuah masjid di Batu Pahat setelah diberitahu tentang program berkenaan.
Pada malamnya, Hajjah Faiza telah hadir mendengar ceramah Ustaz Hasanuddin, walaupun keadaan hujan ribut petir sejak maghrib. Hajjah Faiza berkata, ini adalah kali pertama beliau mendengar ceramah Palestin dan berminat untuk menyampaikan ceramah palestin pada masyarakat umum. Hajjah Faiza juga memohon dari AQSA SYARIF agar dapat dibekalkan dengan bahan-bahan ceramah.
Diubahsuai berdasarkan cetusan penulisan Ustaz Hasanuddin
Sumber http://johor.ikram.org.my/v3/mod/forum/discuss.php?d=57
Tiada ulasan:
Catat Ulasan