Syukurlah masih tiada tanda peringatan sebegini di Malaysia. Setidak-tidaknya ia menjadi bukti perlanggaran moral di negara ini masih dalam kawalan dan masih ramai lagi yang memberikan perhatian serius dalam hal sebegini.
Siapa yang kata tiada perkara penyalahgunaan telefon bimbit dengan cara sedemikian di negara ini? Sememangnya banyak kejadian seumpama ini berlaku. Namun bukan kecanggihan telefon bimbit yang perlu dipersalahkan, sebaliknya sikap pengguna ( manusia ) itu sendiri.
Sama seperti penciptaan garfu, untuk makan mee, cucuk daging, dan sebagainya. Tapi kalau Kassim Selamat buat cucuk mata sendiri, takkan kita nak haramkan penggunaan garfu kerana tajam dan bahaya. Kalau ada orang gunakan buat tikam leher orang takkan garfu tu yang akan kita haramkan penggunaanya?
Hmmm...apa yang pasti, akal telah Allah anugerahkan untuk digunakan ke jalan yang betul. Untuk kemakmuran hidup manusia tu sendiri. Namun, nafsu yang Allah sertakan ke dalam setiap diri manusia pula menjadi ujian bagi memberi pilihan kepada manusia itu sendiri, sama ada nak Syurga ataupun Neraka.
Jadilah orang yang dapat gunakan akalnya dengan baik. Jangan sampai akal kita yang membuatkan kita terjerumus ke lembah Neraka Jahanam.
ACHTUNG!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan