Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.
Memaparkan catatan dengan label Mekah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mekah. Papar semua catatan

Khamis, 1 April 2010

PROSES MENUKAR KISWAH


Dibawah ini ada sedikit gambar bagaimana proses menukar kiswa (kelambu Kaabah) dilaksanakan. Gambar agak kurang jelas kerana mungkin dirakam dengan menggunakan telefon bimbit. Terima kasih atas perkongsian gambar ini. Setidak-tidaknya nampaklah juga bagaimana pelaksanaannya dibuat.
Gambar berikut ialah Kaabah yang telah ditanggalkan kiswa sepenuhnya semasa proses penyalinan kepada kain kiswa yang baru.


Menggantikan kain penutup baru Kaabah atau kiswa pada setiap tahun menjadi satu tradisi bagi penduduk Mekah sejak sekian lama.

Bagi menggantikan kain penutup baru Kaabah pada tahun depan, kerja-kerja menjahit dan menenun dengan tangan telahpun dimulakan sekarang walaupun musim haji tahun ini baru saja berakhir.

Kerja-kerja menenun dan menyulam itu dilakukan oleh lebih 100 orang pekerja lelaki termasuk pekerja cacat di kilang atau bengkel kiswa di Umm Al-Jood, kira-kira 25 kilometer dari bandar Mekah.

Langsir pintu Kaabah tingginya ialah 6.5 meter dan 3.5 meter lebar diperbuat daripada kain sutera hitam dan tulisan khat ayat-ayat suci padanya adalah daripada sulaman benang emas dan perak.

Sementara tali pinggang Kaabah pula berukuran 47 meter dan 95 sentimeter lebar disulami dengan benang perak.

Kilang kiswa pertama ditubuhkan semasa pemerintahan Raja Abdul Aziz pada 1346 Hijrah, kira 78 tahun lalu dan pengurus yang pertama ialah Sheikh Abdul Rahman Muzhar.

Bagaimanapun kilang itu diperbesarkan beberapa tahun lalu daripada tiga seksyen kepada enam seksyen.

Kiswa dibuat dalam lima peringkat iaitu, peringkat mewarnanya di mana kain sutera direndam dalam air panas selama 24 jam hingga ia bertukar warna putih bercahaya sebelum diwarnakan hitam atau warna-warna lain mengikut bahagian-bahagian tertentu.

Peringkat kedua adalah kerja menenun dan kebanyakan kerja-kerja itu dilakukan dengan tangan, tetapi bagi bahagian-bahagian yang besar dan tidak memerlukan kerja seni dibuat menggunakan mesin.

Bagaimanapun sulaman tangan digunakan untuk sentuhan terakhir dan ia hanya boleh dilaksanakan oleh mereka yang mahir.

Fasa seterusnya ialah mencetak semua rekabentuk dan kaligrafi yang akan diletakkan pada hizam untuk disulam dan proses menyulam itu merupakan tugas yang cukup teliti dan mengambil masa yang panjang.

Kelambu Kaabah biasanya digantikan pada setiap 9 Zulhijah atau pada hari wukuf, iaitu ketika semua jemaah berkumpul di Padang Arafah, iaitu kemuncak ibadah haji.

Semasa zaman Rasulullah S.A.W, kiswa diperbuat dari kain yang dibawa dari Yemen dan ditukar dua tahun sekali, iaitu sebelum Ramadan dan semasa Hari Raya Aidiladha.

Selepas itu, kain penutup Kaabah dibuat di Mesir kerana kepandaian penduduknya dalam kerja-kerja menenun kain.

Sabtu, 5 September 2009

Persekitaran Mekah Akan datang

Assalamualaikum. Post kali ni adalah perbandingan dengan post yang lalu. Hmmm, kalau diperhatikan, gambar mereka yang menunaikan haji pada masa lampau memang sukar. Mereka terpaksa menempuh perjalanan yang jauh, memakan masa berbulan-bulan. Sebaik di tanah haram pula, mereka berhempas pulas pula untuk survive dengan persekitaran yang sangat berbeza dari tahah air mereka. Mereka tiada pilihan melainkan menyesuaikan diri dengan persekitaran di sana. Ibadah haji bagi mereka pastinya sangat memberi kesan yang amat mendalam. Lihatlah persekitarannya, dengan jemaah haji yang tidak seramai kini, tentunya memberi lebih kekhusyukan dan ketenangan kepada mereka. (gambar yang dipapar tak pasti haji atau umrah. sekadar hiasan)

Ada sumber-sumber mengatakan wajah persekitaran Mekah akan diubah sepenuhnya kepada keadaan berikut...lihat gambar :













Ini merupakan gambar terkini progres pembinaan yang dimaksudkan:



Hmm, semoga Kota Mekah tetap menjadi kota yang suci. Ia Medan Ibadah...bukan Pesta Ibdah, bukan Pusat Percutian, bukan Tempat Pelancongan, bukan Tugu Peringatan, bukan pula Pusat Kemewahan. Moga ketenangannya dan kesuciannya tetap terpelihara, dan Allah pasti pelihara dari kerosakan yang di usahakan oleh sang kafir. Yang akan memusnahkannya suatu ketika nanti, umat Islam itu sendiri bilamana Iman mereka telah dimamah nafsu cintakan dunia. Wallahu alam.

Persekitaran Mekah Dulu

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Dapat kembali ke alam blog. Walaupun komputer ni belum "pulih" sepenuhnya, dapat juga digunakan. Hmm..tak berkesempatan untuk buat post merdeka dan pengisian seawal Ramadhan. Tunggu juga mana tahu ada yang baik hati nak bagi free laptop ke, pc baru ke, tapi takda nampaknya...hehehe.

Post kali ni tentang galeri persekitaran Mekah pada masa lampau. Semoga pemaparan ini akan menambahkan lagi kekuatan untuk ke Tanah Suci. Moga azam saya untuk ke sana bersama anak dan isteri serta ibu dapat tertunai sebelum umur saya menjelang 40 tahun, atau tidak lebih dari itu, insyaallah...amiin.













Doakan untuk kami ya. Moga Allah izinkan kami untuk menjadi sebahagian tetamuNya. Semoga Allah juga mengabulkan doa setiap orang yang berhajat untuk ke sana...amiin.
ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design