Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Isnin, 21 Februari 2011

Buku Haram Yang Halal Di Indonesia

Saya terkejut apabila dimaklumkan oleh seorang pensyarah yang juga merupakan seorang Dekan fakulti menunjukkan beberapa buah buku yang beliau miliki. Beliau membelinya semasa berada di negara jiran. Banyak dijual buku-buku seumpama itu di sana, dan beliau hanya membeli beberapa buah yang terkenal. Antaranya :




Astaghfirullahal azhiim.
Yang mengejutkan saya, saya difahamkan penulis-penulis buku seumpama ini masih beragama Islam, tetapi melihat Al-Quran menurut kacamata bible!!! Malah kedapatan pula menurut sumber seakan-akan beberapa buah institusi yang bertanggungjawab memberikan kefahaman Islam kepada masyarakat turut melakukan perbuatan menghasilkan artikel dan penerbitan buku seumpama ini. Wallahualam. Jika ada kesilapan maklumat, mohon diperbetulkan dengan hikmah.

Syukur kerajaan Malaysia masih berkuasa sehingga penerbitan buku-buku seumpama itu tidak wujud di negara ini. Tetapi sampai bila kita tidak pasti. Semoga negara kita ini terus beroleh perlindungan Allah dari unsur-unsur seperti itu yang ternyata menghancurkan ummat Islam itu sendiri. Moga binasalah tangan-tangan celaka yang mendapat kecelakaan Allah!

Headlamp Cefiro Masuk Kat Iswara


Dapat camkan tak headlamp Cefiro lama?
Tengok betul-betul. Dia terbalikkan lampu dia untuk bagi fit. Kreatif jugak owner Iswara ni.

Kemalangan di Kampung Maju Jaya

19 Februari 2011
2.19 pm
Berhampiran Sekolah Kebangsaan Kampung Maju Jaya
Wira sondol lori 1 tan.




Kemalangan di Felda Ulu Tebrau

13 Februari 2011
9.20 pm
Berhampiran Sekolah Agama Felda Ulu Tebrau.
Punca : Nak ambil cd kat lantai kereta, tunduk kejap, dongak terus bantai tiang.

Moga Allah pelihara kita dari perkara yang tidak diingini.

Kemalangan di Taman Puteri Wangsa

8 Februari 2011

7.17 pm

7.18 pm

7.22 pm

7.23 pm

7.25 pm

7.28 pm

7.29 pm

7.29 pm

Jumaat, 18 Februari 2011

PC Power Tanpa "Housing"

Siapa kata PC yang tak ada "housing" tak power?
Ni ada 3 PC power yang dimiliki oleh 3 orang yang power!
Kreatif, sebab mereka hanya perlukan keupayaan memori dan grafik yang tinggi. Jadi mereka teak perlu kepada housing yang cantik. Yang penting komputer power!!! hehehe





TECHNOLOGY : Ego Kits for mountain bikes





While electric commuting bikes are currently experiencing a surge in popularity, electric mountain bikes such as the Conway E-Rider and the KTM eGnition are also showing up on tradeshow floors with increasing frequency. Most of these are designed as cross-country and/or trail bikes, with the idea that the motor can extend their range above the reaches of pure human power – of course, they might also appeal to couch potatoes who want all the fun of mountain biking, with a minimum of the exercise. The EGO-Kit, however, is an electric motor that can be added onto an existing downhill mountain bike, with the specific purpose of replacing a chair lift for getting bike and rider to the top of the mountain.

The high-torque brushless motor puts out 1200W of nominal power, and 2400W maximum. It’s fed by a 48V lithium-iron phosphate battery, that is carried in an included backpack. That battery charges in 1.5 hours, is good for 1,500 loading cycles, and provides a range of 40 kilometers (25 miles) – although that figure depends highly on the grade of the mountain that’s being climbed.

The motor mounts on the bottom of the down tube, near the bottom bracket. This midships low-center-of-gravity configuration is said to have little effect on the bike’s handling. Its output is determined via a control unit and throttle, mounted on the handlebar. All of the gear, excluding the rider-worn battery, has a combined weight of 4.4 kilograms (9.7 lbs).

The kit is reportedly compatible with about 70 percent of downhill mountain bikes currently on the market. Riders can choose between completely forgoing the motor, using it to assist their pedaling, or using it on its own. At maximum output, it can manage a top speed of 70 kph (43 mph). It is also said to be able to handle inclines of up to 80 percent, although that depends on rider skills, motor temperature and soil conditions.

The EGO-Kit can be purchased through the company website for EUR1,870 (about US$2,520), plus shipping from Germany. A 500W version is also available for EUR1,650($2,225). Sales are slated to begin on April 1st ... no joking.




Nasib Hand Phone Di tangan Anak Kecil

Harap-harap tidaklah kejadian seumpama ini berlaku kepada saya. Maka dengan itu marilah sama-sama kita letakkan telefon bimbit kita di tempat yang benar-benar selamat. Nak marah mereka atas kesilapan mereka pun tak guna sebab mereka tak tahu apa salah mereka. Dalam kepala mereka yang ada adalah hiburan. Silap-silap dia nak buat lawak atau silap mata supaya kita terhibur... tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Mari kita berawas!!!

Rabu, 16 Februari 2011

10 Fakta Tentang Otak

1. Dari segi daya pemikiran otak, lelaki dan perempuan adalah sama. Kedua-dua jantina mempunyai kemampuan pemikiran otak yang sama. Tiada perbezaan antara jantina yang mempengaruhi kepandaian seseorang itu. Ia bergantung kepada cara kita mengaplikasikan kepada daya pemikiran tersebut ke tahap optimum.

2. Sel-sel otak boleh bertukar-tukar fungsi dan bentuk; bergantung kepada keadaan sekitar seperti kecederaan atau stroke.

3. Otak remaja tidak berkembang sepenuhnya. Oleh sebab itulah perangai mereka sedemikian.


4. Otak bermula dari ‘sebatang’ tube, yang kemudian berkembang menjadi otak yang anda lihat sekarang.

5. Otak dilindungi oleh blood-brain barrier, penyekat yang hanya membenarkan molekul tertentu sahaja untuk memasuki otak.

6. “Kita hanya menggunakan 10% otak kita untuk berfikir” tidak benar.

7. Semakin banyak sulcus, semakin pandai seseorang itu.

8. Otak adalah organ yang memerlukan tenaga paling banyak; 20% bekalan oksigen dan 25% glukosa. Berat otak hanya 2% daripada berat badan.

9. Saiz otak semakin kecil mengikut zaman. 5000 tahun dahulu manusia mempunyai saiz otak yang lebih besar daripada manusia zaman sekarang. Tidak diketahui kenapa. Ada teori mengatakan otak semakin cekap jadi tidak perlu mempunyai saiz yang besar. Ada juga yang mengatakan saiz tengkorak yang semakin kecil (berbanding 5000 tahun dahulu) kerana diet kita yang semakin ‘lembut’ dan tidak memerlukan rahang yang besar.

10. Berat otak manusia yang masih hidup ialah 1.3-1.4 kilogram. Tekstur otak pula seperti tofu.


Jangan Lepa Laptop Di Tangan Anak

Rata-rata ramai ibu bapa yang mengambil jalan mudah untuk memujuk anak masing-masing. Dengan kata lain daripada melihat anak menangis, ramai ibu bapa yang rela mempertaruhkan komputer riba yang berharga ribuan ringgit. Mereka seolah-olah telah bersedia pula paa bila-bila masa untuk mengambil giliran menangis itu setelah komputer tersebut terbarai....


Ingatlah ibu bapa. Jangan marahkan anak-anak kita bagai nak rak...sedangkan ia berpunca dari kesilapan kita.






Khamis, 10 Februari 2011

PESAN ROH

APABILA roh keluar daripada jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya, kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata:

"Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan, sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu: "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh daripada tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu:
"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh".

Selepas dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengkafan kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai hari kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan:
"Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka.

“Sesungguhnya pada hari ini aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya.” Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan:
"Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikanaku.

"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku. Adapun di dunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku."

Wallahualam.


Selasa, 8 Februari 2011

6 Air Terjun Tercantik di China

Air terjun Tsangpo Badong.
Air terjun antara yang tertua, primitif dan penuh misteri. Terletak di sebuah sungai ke 23 terpanjang di dunia ( 2,840km ).

Air terjun Detian
Berhampiran sempadan antarabangsa di antara bandar Shuolong di Guangxi, China dengan Yuxi di Chongqing di Vietnam.

Air terjun Hukou
Turut dikenali sebagai Kettle's Mouth dan terletak di Sungai Kuning. Ketinggian air terjun ini kira-kira 30m.

Air Terjun Jiulong

Air terjun Nuorilang
Terletak di Jiuzhaigou, dengan ketinggian 2,365m dari aras laut.

Air terjun Huangguoshu
Terletak di sempadan antara Zhenling dan Guanling dan terkategori sebagai air terjun yang kecil di sini.

Indah sungguh ciptaan Allah. Menenangkan hati hamba-hambaNya sama ada yang menyembahnNya, mahupun yang menyekutukanNya. Bagi yang beriman, ciptaan ini akan menambahkan keimanan dan rasa kehambaan yang mendalam sehingga diri sendiri dapat mencegah diri dari dosa. Namun bagi fasiq dan tidak beriman, hanya menjadikan mereka semakin sesat dan jauh dari rahmat dan ampunan Allah, bahkan di akhirat kelak azab yang Allah sediakan sangat dahsyat dan tidak tergambar kesengsaraanNya.
Ya Allah, ampunilah kami...




10 Creative Invention

Topi dengan corak "otak"!

Speaker box dengan bentuk dapur. ( Macam tak best la )

Katil mudah kemas! Menarik betul lah.

Minum-minum kat buai...

Payung untuk anjing... errr... tak best!

Straw bentuk cermin mata... errr... tak best!

Rak kasut .... sangat kreatif kan... jimat ruang!

Chalk board watch... hehehe... susah juga nak bacanya.

Kotak pelbagai guna.

Errr... kak, sapa yang nak tengok jam tu...?
Akak sendiri ke orang lain? Ke akak jadi menara jam bergerak...hehehe!