Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Rabu, 16 Februari 2011

10 Fakta Tentang Otak

1. Dari segi daya pemikiran otak, lelaki dan perempuan adalah sama. Kedua-dua jantina mempunyai kemampuan pemikiran otak yang sama. Tiada perbezaan antara jantina yang mempengaruhi kepandaian seseorang itu. Ia bergantung kepada cara kita mengaplikasikan kepada daya pemikiran tersebut ke tahap optimum.

2. Sel-sel otak boleh bertukar-tukar fungsi dan bentuk; bergantung kepada keadaan sekitar seperti kecederaan atau stroke.

3. Otak remaja tidak berkembang sepenuhnya. Oleh sebab itulah perangai mereka sedemikian.


4. Otak bermula dari ‘sebatang’ tube, yang kemudian berkembang menjadi otak yang anda lihat sekarang.

5. Otak dilindungi oleh blood-brain barrier, penyekat yang hanya membenarkan molekul tertentu sahaja untuk memasuki otak.

6. “Kita hanya menggunakan 10% otak kita untuk berfikir” tidak benar.

7. Semakin banyak sulcus, semakin pandai seseorang itu.

8. Otak adalah organ yang memerlukan tenaga paling banyak; 20% bekalan oksigen dan 25% glukosa. Berat otak hanya 2% daripada berat badan.

9. Saiz otak semakin kecil mengikut zaman. 5000 tahun dahulu manusia mempunyai saiz otak yang lebih besar daripada manusia zaman sekarang. Tidak diketahui kenapa. Ada teori mengatakan otak semakin cekap jadi tidak perlu mempunyai saiz yang besar. Ada juga yang mengatakan saiz tengkorak yang semakin kecil (berbanding 5000 tahun dahulu) kerana diet kita yang semakin ‘lembut’ dan tidak memerlukan rahang yang besar.

10. Berat otak manusia yang masih hidup ialah 1.3-1.4 kilogram. Tekstur otak pula seperti tofu.


Tiada ulasan:

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design