Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.
Memaparkan catatan dengan label Hal diri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hal diri. Papar semua catatan

Rabu, 13 April 2011

Kenangan Bermain "CAR TOWN"

Main "Car Town" di FB, lawan geng2 sendiri.
Masing-masing tunjuk kreativiti.
Saya abadikan sebahagian kereta yang saya solek di sini.











Penat wooo edit guna photoshop!
Nak main pulak bercinta nak cari masa terluang.
Sibuk memanjang, tu yang tak banyak peluang untuk kemaskini blog.
Pengisian masa tahun 2011 sangat padat.
Nampaknya bayak perkara yang terpaksa di skipkan atau dekemudiankan keutamaannya.
Sabar je lah. Ni setakat garaj terakhir yang sempat dikemaskini...\


Selasa, 22 Mac 2011

Bersua Cikgu Sharom

13/03/2011
Hari ini hari ulangtahun saya.
Nak celebrate tak ada modal.
Jadi isteri saya ajak pegi makan... tapi makan kat rumah pengantin!

Di majlis tersebut, saya dapat hadiah hari jadi.
Allah jumpakan saya dengan cikgu yang ajar saya matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) masa tingkatan 3 ( tahun 1993 ). Lama betul kami tak bertemu. Rindu nak cium tangan beliau terkabul akhirnya. Beliau gagah lagi walaupun tak lama lagi akan berpencen. Masih mengajar di Puteri Wangsa sebagai Penolong Kanan.

Yang paling best sekali kenangan dengan beliau ialah, hasil didikannya saya dapat anugerah pelajar terbaik KHB 1993, dan sampai sekarang, diam tak diam saya dah 9 tahun mengajar matapelajaran yang beliau ajar dulu, KHB. Apa yang beliau ajarkan, saya sampaikan pula kepada generasi kini. Moga berkat ilmu yang beliau ajarkan dan saya kongsikan.




Ahad, 9 Januari 2011

Menjejak Sahabat Lama

(-2Hr b4 Mess Night)
Salam sahabat kat dalam gambar!
Kat manalah kalian berada... Apa khabo kalian semua... Rindu susah payah bersama... Bila lagi nak "gaduh22" macam dulu!!!
Moga kalian dalam rahmat dan ampunan Allah.

Selasa, 27 Julai 2010

SEDANG MENGUBAHSUAI BLOG

Kepada para pengunjung, saya memohon maaf sekiranya paparan pada blog ini kurang tersusun dan kurang selesa dikunjungi.

Buat masa ini saya pertama kali cuba untuk melakukan sedikit perubahan pada paparan dan susun atur bahan-bahan yang ingin dikongsikan.

Saya memang kurang pengalaman dalam melakukan hal seumpama ini. Maka tidak hairanlah jika perubahan yang dibuat kelak mungkin kurang memuaskan. Saya sekadar mencuba atas saranan teman baik saya USTAZ ZAIDI... Hehehe

Ahad, 2 Mei 2010

BUKU SIFIR PERTAMA KU


Tahun 1984, saya kenali sifir semasa darjah satu. Cikgu Misron yang kenalkan. Darjah dua, Cikgu Azizah pula sambung untuk pandaikan saya dalam matematik. Kalau tak hafal kena cubit, atau piat, atau ketuk, atau hafal kat depan kelas. Hmmm... garang cikgu ni, tapi dengan cara tu saya dah habis hafal masa darjah dua. Bila jumpa dengan Puan Soon ( paling garang dalam dunia. Mengajar matematik sampai saya darjah enam)... saya dah boleh senyum, walaupun setiap kali mata pelajaran dia saya telan penampar, roti panjang dan rotan halus. Best! Kalau beliau masih ada lagi, moga Allah kurniakan cahaya hidayah buat dia untuk mengenali dan memeluk Islam.
Buku ni masih saya simpan di Tebrau. Dah lusuh dah. Tapi kalau hilang boleh perang dunia ni! Hehehe....

Telefon Bimbit Terawal Saya


Philip Twist
Inilah telefon bimbit pertama saya. Masa tu duduk di Sabah. Lepas tu ada promosi cuma RM99.00. Saya pun cekut satu. Baru guna sehari dah ada masalah, hantar ke kedai balik sebab ada waranti. Hampir sebulan baru siap. Dari sini bermulalah episod tukar-tukar telefon bimbit.

Hah... tu cuma sebahagian telefon milik saya. Yang lain ada lebih kurang 6 biji lagi yang dah di "trade in". Tu semua kat gambo tu rosak. Ada yang dah menyelam kat sungai, terjun laut, terjun tiruk dari tingkat 4 dan sebagainya...

Zaman tukar-tukar hand phone ini berakhir menjelang 2005. Masa tu otak baru berfungsi dengan betul-betul matang. Sekarang guna hp apa?
Guna "mak" punya!
Pinjam!!!
Huhu...

Isnin, 5 April 2010

MANCING 2


3 April 2010 Ekspedisi Memancing ke-2 bersama Ayie.
Lokasi yang sama, tetapi dengan misi baru...memburu "SIAKAP".

Trip agak lewat dimulakan disebabkan beliau terlibat dengan Mukhayyam statik. Free pun jam 8.30. Jadi saya pun ada masa untuk buat lebih persiapan.
Masa ni isteri pun terlibat dengan urusan Tilawah Al-Quran di Kg. Pasir, kira ni masa yang agak sesuai lah untuk ekspedisi. Jam 9 lebih Ayie pun sampai, dan kami pun terus bertolak.

Sebaik tiba ada sepasang suami isteri sedang termangu menanti umpan dijamah mangsa, tapi hasilnya masih tak kelihatan. Kami saling berkenalan, dan terus berhijrah ke kawasan muara.
Cuaca panas terik tiba-tiba bertukar mendung serta-merta disertai hujan lebat. Serangan monyet juga tak kunjung reda dan tak kurang hebatnya. Umpan yang dipasang habis, ikan tak juga naik.

Tangah hari Pak Abu (tuan rumah lubuk) ajak makan tengah hari. Kalau tak penuhi, dia takkan ajak makan lagi. Itu prinsip Pak Abu!

Lepas makan, kami solat kat tepi sungai, pastu sambung perjuangan. Lat 20 minit satu team lagi datang ke lokasi kami. Nampak ada yang otai-otai. Tapi kami layan je. Tak lama kemudian hujan lebat tak berhenti-henti sampai ke petang. Geng mereka dapat seekor Ikan Tanda, dan 2 ekor ketam. Sebelum mereka beransur (kehabisan umpan), saya dapat hasil yang pertama, seekor Tanda. Menjelang senja hujan makin lebat, saya naikkan pula seekor Sembilang. Puas bertarung dengan nyamuk yang semakin menggila, seekor ikan Bolos pula dinaikkan. Trip kali ini betul-betul mencabar kerana ikan yang bermain di permukaan air bukan main besar, tapi tak tak ada yang dapat dinaikkan. Tak lama kemudian, Ayie naikkan anak Sembilang sebagai hasil pertama.

Azan maghrib berkumandang, seketika kemudian saya berjaya menaikkan seekor Kerapu. Sebaik dapat, mulut berdoa agar Ayie turut Allah kurniakan rezeki yang sama.

Lat beberapa minit, joran kecil Ayie disambar siakap yang hampir sama saiznya. Syukur Alhamdulillah.

Sesi tengah malam kami batalkan kerana saya kena migrain dengan ditambah sakit batu karang yang belum begitu reda.


Hasil tangkapan kedua, seekor sembilang.

Sembilng, Tanda dan Bolos . . .

Ayie dengan hasil pertamanya... baby Sembilang.

Akhirnya... "mission accomplished" ... Siakap ditewaskan.

Rezeki Ayie tiba juga... rekod tangkapan terbaik beliau...

>> Tu yang bintik-bintik dengan yang macam kupu-kupu tu semuanya NYAMOOOK!!<<



Alhamdulillah.

Jumaat, 26 Mac 2010

KPLI oh KPLI

Kalau tidak silap, ini merupakan tahun ke-7 saya memohon KPLI. Buat masa ini masih hampa. Sebab itu tahun ini saya lebih bersungguh-sungguh untuk memastikan saya dapat merebut peluang ini pada tahun ini juga. Jika ditakdirkan masih tiada rezeki tahun ini, saya akan terus cuba sehingga usia 35 tahun (masa tu dah tak layak mohon).

Ramai teman-teman yang memohon sekali dua dah diterima. Mungkin itu rezeki masing-masing. Bagi saya yang memegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan kepujian Ekonomi Perancangan dan Pembangunan, saya sendiri tidak tahu bidang yang sesuai di pohon dalam KPLI. Rata-rata itulah yang menjadi punca kegagalan permohonan saya menurut beberapa sumber yang saya rujuk.

Namun permohonan kali ini lagi mengejutkan bagi diri saya.
Pagi ini "baru teringat" untuk menziarahi :

Saya pun segera menjenguk ke laman tersebut... tapi...
Lihat gambar berikut :


Orang kata kalau dah bukan jodoh, dikejar macamana sekalipun takkan dapat... Tapi kalau dah jodoh, usaha seciput pun membuahkan hasil.

Jadi, itulah cerita KPLI saya untuk ambilan Jun tahun ini... hampa lagi...
Alhamdulillah... ada hikmahnya...

(Ke ada anak murid yang doakan saya supaya jangan keluar dari sekolah ini?... Tapi saya sangat bimbang sebenarnya kalau-kalau saya dikeluarkan dari sekolah ini... huhu...)

Selasa, 23 Mac 2010

JORAN SAYA

Saya nak berkongsi minat saya dengan para penggemar hobi memancing kali ini. Untuk peringkat awal, saya sekadar nak abadikan "senjata" memancing saya yang menjadi nadi utama hobi ini dalam blog ini. Buat masa ini saya memiliki 4 batang joran beserta kekilinya.

Set joran terbaru yang dibeli di Kuala Terengganu.

Rod : PUYU 8 kaki
Kekili : TOMMAN MARANO MR6000
Gear ratio : 5.5:1
Ball bearing : 5

Joran yang lama berkhidmat, sehinggakan ada "ring" pada rod yang dah tanggal...hehe..

Rod : KALOI 6 kaki
Kekili : OKUMA METALLIX MT350
Gear ratio : 4.5:1
Ball bearing : 3

Joran kesayangan dan sentiasa ada dalam boot kereta. Joran paling berjasa nih! Sayangnya, mesin dia dah sampai tahap hujung hayat, dah tahap kena tukar.

Rod : DAIWA SUPERIOR 6 kaki
Kekili : SAMURAI GD5000
Gear ratio : 5:2:1
Ball bearing : 3

Joran lama untuk dapatkan umpan hidup. Biasanya pasang mata "apollo".

Rod : SANTEC 4 kaki
Kekili : SHIMANO 4000
Gear ratio : DYNA-BALANCE
Ball bearing : 4

Akan datang saya nak berkongsi kelengkapan yang terdapat dalam inventori saya pulak... (kotak pancing). Hmmm... tak banyak pun...macam saya kata, masih dalam peringkat belajar-belajar. Sesiapa yang nak berkongsi pengalaman, silakanlah. Boleh kita berkongsi pengalaman dan lokasi memancing.

Tapi hobi ini takkan bermakna seandainya tiada sokongan dari isteri tercinta... kelak "lesen" pun tak dapat... huhu... Terima kasih buat isteri tercinta!

MEMANCING 1


5 Mac 2010...Saya telah mendapat "lesen besar" dari isteri tersayang yang sangat memahami tahap "ketepuan" fikiran ini. Peluang yang ada saya maksimumkan besama rakan paling best dalam dunia buat masa ini untuk melaksanakan aktiviti yang telah sekian lama tidak saya nikmati. Aktiviti seumpama ini benar-benar memberikan saya ruang untuk berekreasi, menenangkan fikiran disamping mendekatkan diri dengan Sang Pencipta.

Bertolak kira-kira jam 6.30 petang dengan menaiki kenderaan beliau, behenti untuk solat maghrib di stesen Petronas Kota Tinggi. Perjalanan diteruskan sehinggalah ke lokasi memancing di Teluk Sengat. Jam 10.30 malam, beserta tawakal, kami mula berlabuh. Sepanajang malam sehingga air surut kira-kira jam 4 pagi, kami berperang dengan nyamuk...perun sabut yang berasap berkepul-kepul tak mampu mengusir nyamuk-nyamuk kampung ni... di tambah lagi serangan "belin" ( sejenis belut yang paling tidak disukai pemancing )...tak berhenti.

Jam 4.30 berpindah ke jeti. Memancing di sana, solat subuh di jeti, berehat seketika.

Jam 7.30, pergi cari sarapan, berkongsi pengalaman dengan nelayan warga emas, dan berkenalan dengan pemancing dari daerah lain. Dapat lokasi baru untuk akan datang.

Balik ke JB setelah dijamu oleh Pak Abu dengan hidangan lokan yang lazat.

Jenis ikan yang dapat dinaikkan seperti sembilang, kerapu, tanda, belanak dan beberapa spesis lain yang saya pun tak kenal. Maklumlah, baru nak berjinak-jinak dengan hobi ni.

Ayie dengan hasil sembilang pertamanya


Saya mengambil giliran menaikkan sembilang yang kecil sedikit dari Ayie


Seekor kerapu pula dinaikkan pada lokasi yang sama. Selepas ikan ini, beberapa ikan lain turut dinaikkan, namun Ayie tidak mengizinkan gambar diambil atas tujuan "keselamatan". ( Padahal beliau jeles tak dapat ikan sebanyak saya )! Syukur alhamdulillah atas rezeki yang Allah kurniakan.

Rabu, 17 Jun 2009

Semakan KPLI

Alhamdulillah. Semakan KPLI kini boleh di semak di portal rasmi kementerian pelajaran :

http://www.moe.gov.my/

Saya telah menyemak permohanan KPLI saya untuk tahun yang ke -7. Alhamdulillah, inilah hasil yang telah pihak kerajaan usahakan lantaran kekurangan dan keperluan terhadap guru-guru lelaki.


Hah . . . Ini adalah bukti kegagalan kali ke-7 saya cuba menempatkan diri dalam saingan merebut peluang KPLI. Siapa kata setiap calon lelaki yang memohon pasti akan diterima? Saya menyanggah pendapat tersebut hehehe. Apapun saya yakin ada hikmah disebalik kegagalan saya kali ini. Moga Allah memberikan kebaikan dan meluaskan rezeki saya untuk menyara keluarga. Memang tidak dinafikan, bertugas sebagai guru di "sebuah sekolah swasta" seperti sekarang, cukup perit terutamanya dalam soal menyara keluarga. Semoga Allah merahmati di atas kesabaran ini.

Yahuuuuu gagal Kali Ke-7

Selasa, 16 Jun 2009

Semakan KPLI

Hari ni try semak keputusan temuduga KPLI untuk penha,bilan Jun 2009. Berdebar-debar juga. Tak macam sebelum-sebelum ni. Ini merupakan kali ke-7 memohon KPLI, tapi kali ni rasa lain macam. Mana tidaknya, sebelum ni KPLI saja, yang ni KPLI-Jqaf. Tak ke mengarut tu. Tapi sekadar mencuba apa salahnya.



Namun, hasil semakan adalah seperti berikut! :-


Hanya boleh disemak 17 Jun hingga 23 Jun. Kena bersabar sikit.

Khamis, 27 November 2008

ACHTUNG!

27 Nov 2008



Kali pertama dalam hidup menjoinkan diri ke alam virtual ni. Bertatih-tatih rasa nak mulakan benda ni. Tengok budak-budak umur 7 tahun pun dah ada blog sendiri, malu pulak rasanya. Tak boleh tidak kena cuba jugak. Hmmm...nampak kaku jugak, tapi baik ada daripada tak mulakan langsung. Kan sebahagian dari ilmu jugak ni. Kalaulah ada sesiapa yang dah expert nak ajarkan, bestnye rasa. Mesti meriah jadinya benda ni. Ye lah, mula-mula untuk diri sendiri, lepas tu dah pandai sikit-sikit bolehlah buat medan amalan macam blog Ustaz Zaharuddin tu. Asalkan jangan sampai kena tangkap macam Raja Petra!
ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design