Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Isnin, 5 April 2010

MANCING 2


3 April 2010 Ekspedisi Memancing ke-2 bersama Ayie.
Lokasi yang sama, tetapi dengan misi baru...memburu "SIAKAP".

Trip agak lewat dimulakan disebabkan beliau terlibat dengan Mukhayyam statik. Free pun jam 8.30. Jadi saya pun ada masa untuk buat lebih persiapan.
Masa ni isteri pun terlibat dengan urusan Tilawah Al-Quran di Kg. Pasir, kira ni masa yang agak sesuai lah untuk ekspedisi. Jam 9 lebih Ayie pun sampai, dan kami pun terus bertolak.

Sebaik tiba ada sepasang suami isteri sedang termangu menanti umpan dijamah mangsa, tapi hasilnya masih tak kelihatan. Kami saling berkenalan, dan terus berhijrah ke kawasan muara.
Cuaca panas terik tiba-tiba bertukar mendung serta-merta disertai hujan lebat. Serangan monyet juga tak kunjung reda dan tak kurang hebatnya. Umpan yang dipasang habis, ikan tak juga naik.

Tangah hari Pak Abu (tuan rumah lubuk) ajak makan tengah hari. Kalau tak penuhi, dia takkan ajak makan lagi. Itu prinsip Pak Abu!

Lepas makan, kami solat kat tepi sungai, pastu sambung perjuangan. Lat 20 minit satu team lagi datang ke lokasi kami. Nampak ada yang otai-otai. Tapi kami layan je. Tak lama kemudian hujan lebat tak berhenti-henti sampai ke petang. Geng mereka dapat seekor Ikan Tanda, dan 2 ekor ketam. Sebelum mereka beransur (kehabisan umpan), saya dapat hasil yang pertama, seekor Tanda. Menjelang senja hujan makin lebat, saya naikkan pula seekor Sembilang. Puas bertarung dengan nyamuk yang semakin menggila, seekor ikan Bolos pula dinaikkan. Trip kali ini betul-betul mencabar kerana ikan yang bermain di permukaan air bukan main besar, tapi tak tak ada yang dapat dinaikkan. Tak lama kemudian, Ayie naikkan anak Sembilang sebagai hasil pertama.

Azan maghrib berkumandang, seketika kemudian saya berjaya menaikkan seekor Kerapu. Sebaik dapat, mulut berdoa agar Ayie turut Allah kurniakan rezeki yang sama.

Lat beberapa minit, joran kecil Ayie disambar siakap yang hampir sama saiznya. Syukur Alhamdulillah.

Sesi tengah malam kami batalkan kerana saya kena migrain dengan ditambah sakit batu karang yang belum begitu reda.


Hasil tangkapan kedua, seekor sembilang.

Sembilng, Tanda dan Bolos . . .

Ayie dengan hasil pertamanya... baby Sembilang.

Akhirnya... "mission accomplished" ... Siakap ditewaskan.

Rezeki Ayie tiba juga... rekod tangkapan terbaik beliau...

>> Tu yang bintik-bintik dengan yang macam kupu-kupu tu semuanya NYAMOOOK!!<<



Alhamdulillah.

1 ulasan:

아마르 (AMMAR) berkata...

hehe, mantap ustaz mancing...

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design